Perunding Emas: Cara Beli Emas Atau Barang Kemas Idaman
close

2016-07-23

Cara Beli Emas Atau Barang Kemas Idaman

Cara Beli Emas Atau Barang Kemas Idaman


Cara Beli Emas Atau Barang Kemas IdamanKatakanlah,emas yang kita ingin beli itu bernilai rm700.Saya ambil sebagai contoh sahaja.Kita nak beli 1 dinar.Dinar tu harga pada masa kita nak beli tu dalam rm700.Nak kumpul duit untuk dapat beli dinar,lambat lagi tambahan komitmen tinggi dengan segala yang perlu dibayar.

Main Kutu 


Main kutu ini anda perlukan seramai beberapa orang ahli yang jujur dan dipercayai.Komitmen sebagai ahli kutu juga perlu ada bagi tujuan keupayaan membayar nilai apabila tarikh bayar duit kutu sampai.

Untuk dapatkan sebanyak rm700 secara main kutu,kita boleh tetapkan sebanyak rm100/setiap orang selama 7 bulan.Jadi kita perlukan 7 orang ahli yang akan membayar setiap bulan rm100 darab 7 orang ahli kutu.

Ajaklah sesiapa dikalangan rakan pejabat,jiran-jiran,adik beradik atau sesiapa yang kita rasa boleh dipercayai dan jujur.Anda boleh sahaja menetapkan nilai yang lebih dari rm100 dengan tujuan memendekan tempoh main kutu.Atau mengurangkan tempoh main kutu dengan mengurangi nilai wang akan tetapi anda perlu menambahkan pula bilangan ahli bagi menampung nilai yang kurang supaya cukup genap rm700 tadi.Sebenarnya tak berapa syok kalau main kutu terlalu panjang.7 bulan itu saya kira sudah agak panjang.

Apabila kesepakatan dicapai dikalangan ahli kutu tadi,buatlah satu surat perjanjian antara dikalangan ahli dan syarat-syaratnya supaya ahli dapat mematuhi syarat berkenaan.Kemudian lakukan proses undian yang adil.

Beli Emas Dengan Duit Kutu


Dapat bila tiba giliran anda,dapatlah anda membeli emas atau barang kemas hasil dari Beli Emas Dengan Duit Kutu mengikut pilihan hati anda sama ada Dinar,Goldbar,Syiling Emas atau juga Barang kemas seperti cincin,rantai,gelang dan sebagainya.



1 ulasan:

© 2014 MyEmasSale | Perunding Emas. All Rights Reserved.

Website tuned by http://myemassale.blogspot.my/

Designed By My-Perunding Emas
© 2014 MyEmasSale | Perunding Emas. All Rights Reserved.

Website tuned by http://myperundingemas.blogspot.com/