Emas Perhiasan Sebagai Aset?
Adakah anda pernah memikirkan emas perhiasan sebagai aset?
Emas yang cara yang paling baik untuk dijadikan sebagai aset bagi saya adalah apa sahaja logam emas termasuklah barangan kemas selagi barangan kemas itu tidak bercampur dengan batu permata,batu zamrud,batu belian (walaupun belian mahal),dan assesori sebagai tambahan kepada emas.Alasan saya adalah,andai kata kita pergi ke mana-mana cawangan yang menyedikan Perkhidmatan ar-Rahnu (untuk urusan pajak-gadai),mana-mana emas perhiasan yang ada batu permata,atau chrome (warna dia seakan silver) akan merendahkan nilai barangan kemas tersebut.Ini kerana,mesin penimbang emas akan mengalami kesukaran (saya tidak pasti sukar yang bagaimana) dalam menentukan berat sesuatu barang kemas yang ada diikat dengan batu permata,atau ditambah assesori seperti chrome.
Yang keduanya,emas perhiasan masih boleh dijadikan aset selagi mana ianya emas.Cuma,anda perlu faham bahawa,kos upah barangan kemas perhiasan begitu tinggi,jarang ada yang rendah.Barangan kemas juga ada kos-kos lain seperti kos pembuatan dan kos gst.
Dinar,Goldbar sesuai dijadikan aset.Kerana kosnya lebih murah dari barangan kemas.Selain mutunya lebih tinggi dari barangan kemas iaitu 999.9.
Namun,saya juga mengakui,memiliki barangan kemas sebagai aset,akan tetapi,barangan kemas yang saya jadikan aset tersebut adalah barangan kemas tanpa batu permata,atau chrome sebagai assesori tambahannya (mudah dinilaikan kerana yang kita mahu simpan adalah nilai emas,bukan nilai batu permata atau chrome).Batu permata dan assesori lain yang ada pada emas perhiasan itu jarang sekali diambil kira.Yang kita atau orang mahukan adalah emas tersebut.
Akan tetapi,barangkan emas perhiasan tersebut masih bernilai.Cuma untuk dijadikan aset,anda harus fahami,material apakah yang anda ingin jadikan sebagai aset simpan nilai? emasnya atau assesorinya?Anda boleh tentukan sendiri bagaimana cara menyimpan aset anda.
Perunding Emas Anda
P/s-Adalah pandangan peribadi penulis selaku peminat emas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan