Perunding Emas: Februari 2018
close

2018-02-06

4 Cara Cuci Emas Dengan Soda Bikarbonat


4 Cara Cuci Emas Dengan Soda Bikarbonat


Apa soda bikarbonat dan cuka boleh bagi manfaat pada emas anda? selain digunakan untuk makanan dan dalam masakan,kedua bahan tersebut boleh bagi manfaat seperti pengilat dan mencuci emas.Bahan ini boleh menjadikan emas anda tampak seolah baru.Pasti orang-orang atau jiran anda bertanya "Baru beli emas ke?beli emas baru ke? hubby hadiah cincin baru ke?padahal anda cuci emas je punn..

Boleh cuba panduan seperti dibawah.

Tips Cuci Emas Dan Kilatkan Emas Dengan Soda Bikarbonat Dan Cuka

Soda birkarbonat serta cuka boleh digunakan untuk proses mengilatkan emas dan mencuci emas.Cara mengilat dan mencuci emas ikut panduan berikut:


4 Langkah Mengilat dan cuci emas


Pertama-Campurkan tiga bahagian soda bikarbonat kepada satu bahagian.

Kedua-Campurkan bahan bersama sehingga menjadi bentuk tampalan tebal.

Ketiga-Sapukan pes dengan kapas.Tutup seluruh bahagian emas dengan pes.Kemudian letakkan ke dalam bekas.

Keempat-Tuang cuka keatas emas tersebut.Rendam emas sepenuhnya ke dalam cuka.Biarkan selama 5 minit.

Tips dari ar rahnu xpress Selamat mencuba

Read More

2018-02-05

Kadar Dasar Semalaman (OPR) 3.25% Dan Kesan Terhadap Emas

.
.Kadar Dasar Semalaman (OPR) 3.25%Kadar Dasar Semalaman (OPR) 3.25%
.
Kenaikan Kadar Dasar Semalaman/Overnight Policy Rate naik sebanyak 25 mata kepada 3.25% diumumkan oleh Bank Negara Malaysia pada bulan januari (2018) yang lalu.Dimana pengumuman ini dijangka memberikan beberapa kesan-kesan setara kenaikanya termasuk pengukuhan matawang ringgit,aliran tunai dalam negara,serta beberapa impak didalam ruangan sektornya yang mana turut diserta oleh pengguna-pengguna sendiri.

Penglibatan pengguna didalam kesan ini tidak secara menyeluruh.Secara kasar penjelasan mengenai kadar dasar semalaman ini atau disebut sebagai OPR,memetika daripada tulisan tersebut:

"Overnight Policy Rate (atau Kadar Dasar Semalaman) adalah kadar faedah yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia.

Ia adalah kadar yang dikenakan oleh bank yang berikan pinjaman dekat bank yang meminjam sejumlah dana (duit).Duit yang ada dalam sesebuah bank boleh jadi bertambah atau berkurang setiap hari, bergantung pada aktiviti seperti pengeluaran atau deposit oleh pelanggan.Nak mudah faham, bank akan pinjamkan sebanyak mungkin kepada pelanggan setiap hari. Sebab ini adalah salah satu cara bank buat duit.Dan bila dah tamat waktu operasi, ada bank yang mempunyai lebihan atau kekurangan duit dalam simpanan mereka.

Bank pula perlu memastikan jumlah tertentu dikekalkan dan disimpan dalam bank setiap hari.Bila terjadi antara 2 situasi ni, bank (yang tak cukup duit) terpaksa meminjam sejumlah duit untuk satu tempoh masa (semalaman).Mereka akan meminjam daripada bank lain (yang mempunyai lebihan dana) atau dekat BNM sendiri.Dan pembiayaan ini akan dikenakan Kadar Faedah Semalaman (OPR) yang telah ditetapkan oleh BNM. Semua ini bagi memastikan sistem perbankan kekal stabil.OPR hanya dikenakan dekat institusi kewangan, dan bukan dekat pelanggan (kita).Pengurangan kadar OPR akan memberi kesan dekat kos pinjaman antara bank, yang akhirnya akan menjurus kepada kesan berangkai."[1]

Kesan-kesan berangkai tersebut amat spesifik dan tidak dapat ditetapkan sejauh mana impaknya.Merujuk kepada pakar-pakar analisis ekonomi dan dalam sektor jualan,

"Menurut CIMB Research, Proton Holdings Bhd. dan Perusahaan Otomobil Kedua Negara Sdn. Bhd. (Perodua) boleh terjejas susulan pendedahan kedua syarikat itu terhadap pasaran massa.
Jelas firma penyelidikan itu, BNM mungkin menaikkan OPR sebanyak 25 mata asas kepada 3.25 peratus pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari bank pusat itu esok.
Tambahnya, BNM telah mengekalkan OPR yang menjadi pe­nanda aras rujukan pinjaman pada tiga peratus sejak Julai 2016 dan sekiranya berlalu kenaikan, ini bermakna kadar faedah yang lebih tinggi dikenakan untuk pinjaman."[2]

KESAN OPR NAIK TERHADAP EMAS


Index kadar dasar semalaman (OPR) tidak mempengaruhi harga emas.Ini kerana harga emas ditentukan berdasarkan pasaran dunia.Sebarang aktiviti jual beli emas adalah berdasarkan permintaan dan penawaran emas dipasaran.Permintaan emas tetap meningkat sama ada OPR turun atau naik keran emas tidak terkait dengan kadar-kadar faedah yang dibuat oleh bank-bank.Emas ada item yang bebas dari pengaruh bank.Bank di dunia tidak dapat menentukan harga emas.Sebaliknya,harga emas ditentukan oleh pasaran dunia.Peningkatan index kadar semalaman lebih tertumpu kepada aliran-aliran tunai matawang dan proses pengukuhan matawang dan matawang itu dikeluarkan oleh bank-bank manakala emas tidak dikeluarkan oleh bank melainkan emas dilombong oleh kilang-kilang sebelum diproses mencari emas kepada beberapa jenis item seperti:

Goldbar,Dinar dan juga BK (barangan kemas).

Kualiti emas itu akan menentukan harga emas disamping penawaran dan permintaan dipasaran.Seandainya emas dikawan oleh bank-bank,emas tidak lagi akan menjadi pengukuhan aset dan pelindung nilai.Kepercayaan emas akan hilang seandainya emas dikawal oleh pihak-pihak tentu.Setakat ini,belum ada firma yang mengawal emas,kecuali kawalan terhadap kualiti emas supaya kualiti dan piawai emas terjamin tulen.

Dengan itu,digalakan membeli emas secara tunai atau secara tidak berhutang.Pembelian emas dengan berhutang akan meningkatkan kesan terkena impak OPR kerana membeli emas menggunakan wang hasil pinjaman.Bank-bank boleh mengubah suai kadar faedah pinjaman terhadap mana-mana jenis pinjaman tidak terhadap kepada pinjaman perumahan,kereta,peribadi dan sebagainya.Ini sedikit kemungkinan akan mengurangkan pembelian emas datang hasil pinjaman.Tidak digalakan membeli emas untuk dibuat aset sekiranya pembelian item emas melalui pinjaman peribadi dari bank yang mungkin tidak terbatas kepada penjanjian perkhidmatan sewa beli (pinjaman sewa beli).Pembiayaan peribadi juga boleh diubah suai mengikut penyedia perkhimatan tertentu.Apa yang dituliskan disini adalah analis-analis jangkaan oleh penulis.

HARGA EMAS SEMASA


Gold Price Per Gram in Malaysian Ringgits

     Ringgit Malaysia per Gram
Gold Price Per Kilo in Malaysian Ringgits

     Ringgit Malaysia per Kilo
Harga emas semasa ketika ini sangat baik.Bahkan terdapat aktiviti rancak pada awal tahun ini dalam pembelian emas sektor domestik.

Setakat jam 11.24 pagi ini 5 februari 2018,Harga emas hari ini RM167.73/gram naik RM0.35 .Ini mengalakan permintaan emas.Saya tetap menjangkakan harga emas tidak berada terlalu tinggi sekitar pertengahan tahun ini.Lebih banyak turun itu adalah kebaikan yang boleh direbutkan sebelum harga emas menjadi gila yang tidak dikawal lagi.Harga emas semasa kini masih waras.Emas,adalah item yang sukar untuk dikawal harganya.Kalau ia naik,tak diketahui bila harga emas akan turun.Kalau ia turun,tak diketahui bila kita akan rebut peluang mendapatkanya.

Setakat ini ikut pandangan peribadi,kalau ia turun ke paras rm150 per gram,itu dah saya kira bonus yang datang bergolek mengetuk rumah anda.Ibarat gerhana bulan,jarang-jarang terjadi.Kalau terjadi,berebut orang nak tengok.

Penurunan Harga Emas


Penurunan harga emas memang perkara yang kalau boleh dielakan oleh pelabur.Berbanding penyimpan,hal ini kerana,selain emas kalis inflasi,emas adalah penyimpan aset.Harga emas diselaraskan dengan matawang.Semakin matawang susust,harga emas tetap sama.Harga emas tetap sama cuma yang bergerak ada turun naik matawang.Contoh,selalu seseorang akan semak harga emas setiap hari semalam sebagai contoh harga emas semalam adalah:

Contoh pengerakan harga emas

SEMALAM:RM150.00 SEGRAM
HARI INI:RM155.00 SEGRAM +5.00

Yang bergerak itu adalah harga emas daripada matawang kertas.Emas ditawarkan dipasaran dunia dan dibeli dengan matawang.Kerana matawang ada turun naik,ia selalu ditawarkan dengan menyebut berapa harga emas hari ini,kerana itu disebut hari ini berharga rm155.00 segram.Itu menunjukan bahawa matawang itu susut sebanyak rm5.00 berbanding segram emas.Kalau semakin susut matawang,dan barangan semakin meningkat,ia boleh terkena kesan inflasi.Kuasa beli menurun,dan permintaan berkurang.Ini kalau mengikut pengiraan asas-asas ekonomi.


Catatan
Artikel ditulis berdasarkan pengalaman,analisis,pandangan peribadi sahaja.Tidak mencerminkan prestasi kewangan dan pasaran hadapan akan datang.Dapatkan nasihat perunding-perunding ekonomi,pelaburan yang pakar dan bertauliah sebelum membuat keputusan.Wang anda tangungjawab anda.Amatkan pengurusan kewangan yang pintar.

Sumber:
[1]http://gilahartanah.com/impak-penurunan-opr-yang-pasti-anda-suka-nak-tahu/
[2]http://www.utusan.com.my/bisnes/ekonomi/kenaikan-opr-beri-impak-1.596619
Read More
© 2014 MyEmasSale | Perunding Emas. All Rights Reserved.

Website tuned by http://myemassale.blogspot.my/

Designed By My-Perunding Emas
© 2014 MyEmasSale | Perunding Emas. All Rights Reserved.

Website tuned by http://myperundingemas.blogspot.com/