Tips Simpan Emas ini saya kongsikan supaya anda dapat sama-sama membuat pilihan berdasarkan keperluan menyimpan.
Apa yang perlu anda pilih dan tetapkan? apa yang anda mahukan bila menyimpan goldbar emas 999 dengan barangan kemas 916? Nak pilih yang mana? goldbar 999 atau barangan kemas 916?
Tetapkan Matlamat Menyimpan
Anda perlu tetapkan matlamat menyimpan sebelum memilih bentuk atau jenis simpanan.Sebagai contoh:
Anda nak buat simpanan untuk jangka masa panjang.Lebih kurang dalam jangka 1 tahun ke 5 tahun simpanan.
Bentuk simpanan sesuai untuk jangka masa panjang adalah GOLDBAR 999.Ini bermakna,antara barangan kemas dan goldbar,yang lebih memberikan potensi pulangan simpanan yang menarik adalah goldbar.Kerana,goldbar memang sesuai dijadikan aset simpanan.
Analisis Antara Goldbar Vs Barangan Kemas
Tentang Gold Bar :
Kelebihan
Lain-lain :
• Harga gold bar di kedai emas biasanya sama untuk semua,sebagai contoh katakan harga pasaran ialah RM200g
maka harga 10g =RM2000 dan 100g=RM20000
Syarikat emas fizikal pula biasanya menawarkan harga yang lebih murah untuk emas yang lebih berat
Contoh : RM1800 untuk 10g dan RM16500 untuk 100g
• Namun begitu,untuk jongkong 1gram,tiada mana-mana institusi yang menawarkan harga murah kerana kos pembuatannya tinggi.
Bayangkan sekeping jongkong 1kg (1000g) ,hendak dipotong kecil menjadi 1g,perlu dipotong dan ditempa sebanyak 1000 kali!!
Disebabkan inilah harga jongkong kecil 1gram lebih mahal.Namun harga gold bar jongkong kecil @ gold bar 1gram keluaran syarikat emas fizikal biasanya murah RM20-RM50 berbanding kedai emas.
• Tidak banyak tempat pajakan@ ar rahnu yang terima gold bar untuk pajakan,jadi simpanlah untuk tujuan yang disebutkan di atas.Anda boleh hubungi Ar-Rahnu Express untuk bertanyakan mengenai goldbar anda.
Barangan kemas ini selalu disebut sebagai Emas Perhiasan.Kerana dibuat untuk tujuan perhiasan seperti cincin,gelang,rantai,subang,keronsang dan sebagainya.Ia diperbuat dengan sedikit campuran bahan lain untuk menguatkan ikatan struktur emas.Kerana itu emas perhiasan ini berketulenan 916 berbanding emas 999 yang lebih lembut dan kalau emas jenis 999 dibuat cincin atau emas perhiasan,ianya mudah mengalami bengkok,kemek,kerana sifat emas 999 tu sendiri lembut dan kurang sesuai dijadikan emas perhiasan.Emas 916 selalunya dipakai oleh golongan wanita sahaja bagi perhiasan diri.Akan tetapi,golongan lelaki juga menjadikan emas perhiasan ini sebagai bentuk aset pelaburan,perniagaan,simpanan dan hadiah kepada orang tersayang.
Kelebihan
Lain-lain :
• Barang kemas kini tidak terhad untuk dipakai oleh kaum wanita sahaja,tetapi kaum lelaki juga suka membelinya untuk tujuan simpanan,pelaburan dan bisnes.
• Dari segi harga,kedai emas biasanya mengenakan upah tukang dan harganya lebih mahal sehingga 20% dari harga emas mentah,manakala syarikat pengeluar emas fizikal menjual barang kemas dengan harga yang sangat murah dan tiada upah tukang.
• Sesuai untuk mereka yang sudah memiliki banyak dinar dan gold bar dan hendak mempelbagaikan bentuk simpanan emas fizikal sebagai salah satu alternatif apabila hendak memajak nanti.
• Sebaiknya jika untuk simpanan,pilih yang jenis padu dan emas 999 atau emas 916
• Elakkan yang mempunyai banyak batu permata
• Elakkan membeli emas putih kerana susut nilainya mencecah sehingga 70%
• Ramai menyangkakan emas yang disadur seakan-akan emas putih sebagai emas putih,sebenarnya ia adalah Chrome ( lama-lama warnanya akan pudar dan kembali ke warna emas )
Kesimpulannya,setiap jenis dan bentuk emas fizikal yang dihasilkan ada peranannya tersendiri dan sebaiknya pelbagaikan bentuk simpanan.Sebagai contoh,saya sendiri membeli dinar dan gold bar selepas berpuas hati dengan pelbagai koleksi barang kemas untuk dipakai.Sebelum itu saya mempunyai lebih banyak dinar dan gold bar dari barang kemas,tetapi saya seimbangkan semula.Kini saya simpan dinar dan gold bar untuk matlamat jangka masa panjang yang ingin dicapai.
My Perunding Emas
Jika anda inginkan mendapatkan nasihat atau ingin mengetahui produk yang ditawarkan,boleh hubungi saya seperti dibawah atau tinggalkan pesanan diruang komen untuk saya hubungi semula.
Fb Page Kedai Emas Murah Malaysia
Fb Page Perunding Emas Malaysia
Email syedhusseinalmuhammad@gmail.com

- Harganya lebih murah berbanding barang kemas kecuali jongkong 1 gram kerana kos pembuatannya tinggi
- Memberi pilihan kepada mereka yang ingin membuat simpanan semata-mata.
- Pilihan untuk mereka yang sudah banyak barang kemas,dan ingin simpan dalam bentuk jongkong pula.
- Bentuk fizikalnya lebih menyerlah berbanding emas untuk simpanan/pelaburan yang lain dan menjadi kebanggaan kepada pemiliknya
- Sesuai untuk simpanan jangka masa panjang seperti untuk pendidikan anak-anak,perkahwinan,simpanan hari tua ,membeli rumah dan lain-lain.
Lain-lain :
• Harga gold bar di kedai emas biasanya sama untuk semua,sebagai contoh katakan harga pasaran ialah RM200g
maka harga 10g =RM2000 dan 100g=RM20000
Syarikat emas fizikal pula biasanya menawarkan harga yang lebih murah untuk emas yang lebih berat
Contoh : RM1800 untuk 10g dan RM16500 untuk 100g
• Namun begitu,untuk jongkong 1gram,tiada mana-mana institusi yang menawarkan harga murah kerana kos pembuatannya tinggi.
Bayangkan sekeping jongkong 1kg (1000g) ,hendak dipotong kecil menjadi 1g,perlu dipotong dan ditempa sebanyak 1000 kali!!
Disebabkan inilah harga jongkong kecil 1gram lebih mahal.Namun harga gold bar jongkong kecil @ gold bar 1gram keluaran syarikat emas fizikal biasanya murah RM20-RM50 berbanding kedai emas.
• Tidak banyak tempat pajakan@ ar rahnu yang terima gold bar untuk pajakan,jadi simpanlah untuk tujuan yang disebutkan di atas.Anda boleh hubungi Ar-Rahnu Express untuk bertanyakan mengenai goldbar anda.
Barang Kemas (Emas Perhiasan)
Barangan kemas ini selalu disebut sebagai Emas Perhiasan.Kerana dibuat untuk tujuan perhiasan seperti cincin,gelang,rantai,subang,keronsang dan sebagainya.Ia diperbuat dengan sedikit campuran bahan lain untuk menguatkan ikatan struktur emas.Kerana itu emas perhiasan ini berketulenan 916 berbanding emas 999 yang lebih lembut dan kalau emas jenis 999 dibuat cincin atau emas perhiasan,ianya mudah mengalami bengkok,kemek,kerana sifat emas 999 tu sendiri lembut dan kurang sesuai dijadikan emas perhiasan.Emas 916 selalunya dipakai oleh golongan wanita sahaja bagi perhiasan diri.Akan tetapi,golongan lelaki juga menjadikan emas perhiasan ini sebagai bentuk aset pelaburan,perniagaan,simpanan dan hadiah kepada orang tersayang.
Kelebihan
- Dijadikan barang perhiasan wanita
- Mudah menarik kaum hawa untuk memilikinya kerana rekaan yang cantik dan kilauan yang memukau.
- Membentuk 4 penjuru kepenggunaan atau keperluan seperti:
- Simpanan
- Perhiasan
- Pelaburan
- Perniagaan
- Mudah untuk dapatkan tunai kerana diterima di semua pajakan@ ar rahnu.
Lain-lain :
• Barang kemas kini tidak terhad untuk dipakai oleh kaum wanita sahaja,tetapi kaum lelaki juga suka membelinya untuk tujuan simpanan,pelaburan dan bisnes.
• Dari segi harga,kedai emas biasanya mengenakan upah tukang dan harganya lebih mahal sehingga 20% dari harga emas mentah,manakala syarikat pengeluar emas fizikal menjual barang kemas dengan harga yang sangat murah dan tiada upah tukang.
• Sesuai untuk mereka yang sudah memiliki banyak dinar dan gold bar dan hendak mempelbagaikan bentuk simpanan emas fizikal sebagai salah satu alternatif apabila hendak memajak nanti.
• Sebaiknya jika untuk simpanan,pilih yang jenis padu dan emas 999 atau emas 916
• Elakkan yang mempunyai banyak batu permata
• Elakkan membeli emas putih kerana susut nilainya mencecah sehingga 70%
• Ramai menyangkakan emas yang disadur seakan-akan emas putih sebagai emas putih,sebenarnya ia adalah Chrome ( lama-lama warnanya akan pudar dan kembali ke warna emas )
Kesimpulannya,setiap jenis dan bentuk emas fizikal yang dihasilkan ada peranannya tersendiri dan sebaiknya pelbagaikan bentuk simpanan.Sebagai contoh,saya sendiri membeli dinar dan gold bar selepas berpuas hati dengan pelbagai koleksi barang kemas untuk dipakai.Sebelum itu saya mempunyai lebih banyak dinar dan gold bar dari barang kemas,tetapi saya seimbangkan semula.Kini saya simpan dinar dan gold bar untuk matlamat jangka masa panjang yang ingin dicapai.
Tidak kira sama ada berkerja di sektor kakitangan awam atau persendirian,pelajar,perniaga,persara,anda boleh mulakan menyimpan emas seminima yang mungkin.Ramai orang telah memulakan menyimpan tak banyak sikit dalam proses mengimbangi sistem kewangan,perbelanjaan,simpanan dan aset.
Jika anda inginkan mendapatkan nasihat atau ingin mengetahui produk yang ditawarkan,boleh hubungi saya seperti dibawah atau tinggalkan pesanan diruang komen untuk saya hubungi semula.
Fb Page Kedai Emas Murah Malaysia
Fb Page Perunding Emas Malaysia
Email syedhusseinalmuhammad@gmail.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan