Perunding Emas: Risiko Hutang Amerika Syarikat Cecah $20 Trilion
close

2017-08-25

Risiko Hutang Amerika Syarikat Cecah $20 Trilion

Hutang amerika syarikat baru-baru ini telah hampiri paras risiko kegagalan debitnya apabila dilaporkan oleh jabatan pembedaharaan negara itu beberapa kali tahun ini.Terkini dilaporkan bahawa,hutang kerajaan amerika syarikat berjumlah $19.8 trilion setakat ogos 2017.Had siling bagi membuat pinjaman hutang negara itu ditetapkan tidak melebihi $20 trilion dollar amerika.
Risiko Hutang Amerika Syarikat Cecah $20 Trilion
Hutang Vs Pendapatan

Tanpa membuat pinjaman,amerika dikatakan akan mengalami kegagalan dalam struktur kewangan seperti kegagalan dalam pembayaran gaji sektor kerajaan dan pembelanjaan operasi mengurus kerajaan.Ini mengundang kebimbangan ahli-ahli kongress mengenai risiko dalam kewangan yang boleh menjejaskan prestasi pasaran kewangan.

Dalam menegaskan nada amaran itu,Setiausaha pembendaharaan amerika syarikat,Steven Mnuchin berkata,jabatanya telah berulang kali memberi nasihat dan amaran mengenai risiko yang bakal dihadapi negara itu andai kata had pinjaman hutang mereka tidak di tingkatkan walaupun had pinjaman itu ditentang oleh ahli-ahli kongres amerika syarikat.

Amerika syarikat menetapkan had siling hutang pinjaman mereka sebanyak $20 trilion dollar amerika dan kini memelukan ahli kongres untuk menaikan jumlah had pinjaman bagi membuat pinjaman hutang supaya operasi kewangan negara itu dapat berjalan seperti biasa.Tanpa menaikan had hutang pinjaman tersebut,amerika tidak memiliki sumber kewangan yang cukup untuk menampung bil-bil operasi yang bakal mereka tangung terutama menjelang akhir september ini.

Situasi ini tidak memberikan amerika banyak pilihan selain memcari jalan supaya had hutang pinjaman dinaikan walau berhadapan risiko yang sama pada masa depan.Sementara itu,setiasausaha akhbar White House,Sarah Huckabee menyatakan pada selasa lalu bahawa pentadbiran Trump inginkan had siling hutang negara itu dinaikan dengan segera bagi menampung belanjawan negara.Amerika syarikat telah mengalami defisit yang sangat tinggi hingga terpaksa membuat pinjaman bagi menampung belanjawan negara itu setelah sekian lama.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

© 2014 MyEmasSale | Perunding Emas. All Rights Reserved.

Website tuned by http://myemassale.blogspot.my/

Designed By My-Perunding Emas
© 2014 MyEmasSale | Perunding Emas. All Rights Reserved.

Website tuned by http://myperundingemas.blogspot.com/