Matlamat Menyimpan
Perlu diberikan perhatian adalah objektif atau matlamat sebenar kepada simpanan.Ada beberapa matlamat utama SIMPANAN PERIBADI.
Pertama-Simpanan Jangka Pendek
Kedua-Simpanan Jangka Sederhana
Ketiga-Simpanan Jangka Panjang seterusnya boleh berubah kepada simpanan persaraan atau hari tua
Kalau memilih simpanan jangka sederhana.Perlu juga memilih apakah tindakan seterusnya.Begini.Kalau dah buat satu keputusan menyimpan,anda kena tetapkan bahawa simpanan itu adalah untuk menyimpan.
Bagaimana Langkahnya?
Anda semak pendapatan peribadi anda.Cara ini untuk membuat tolakan perbelanjaan bulanan dan tolakan untuk simpanan peribadi.Gunakan lebihkan tolakan tersebut untuk menyimpan atau asingkan siap-siap serendah 10-15% sebagai simpanan peribadi.Contoh di bawah:Simpan 10-15% daripada gaji bersih anda
Selepas anda tolak semua kos dan dah dapat gaji bersih, tolak lagi dari gaji bersih tersebut 10-15% untuk masuk dalam akaun simpanan.
Lepas dah asingkan atau dah tetapkan nilai dalam 10-15% untuk simpanan,fikirkan pula jenis simpanan.Adakah masih nak menyimpan dalam tunai?
Anda mungkin boleh cuba menyimpan dalam emas fizikal.Iaitu emas yang boleh anda pegang sebab tu disebut emas fizikal.
Asingkan Simpanan
Seterusnya,buatlah simpanan yang berasingan yang bersifat bukan tunai.Contoh menyimpan dengan emas fizikal.Dengan cara ini anda tak perlulah pergi jauh-jauh untuk asingkan wang tunai dengan wang simpanan.Cukup bezakan jenis simpanan saja.Beza fungsi wang tunai dengan emas fizikal sangat jauh.Wang tunai yang disimpan mudah TERPANGGIL untuk digunakan dalam masa yang singkat.Berbanding emas fizikal,anda akan melihat emas fizikal itu sebagai 'OH INI ASET SIMPANAN' berbanding anda melihat 'WANG TUNAI'.Dimana anda cenderung untuk gunakan?wang tunai bukan?oleh kerana itu emas fizikal lebih mendorong anda untuk menyimpan (SIMPAN PERIBADI YANG LEBIH MURTAMAD).
Simpanan Peribadi
Simpanan Peribadi hanya boleh digunakan sebagai 'Backup finance' kalau ada urusan mustahak.Contoh masuk hospital,tiba-tiba berlaku sesuatu kecemasan dan lain-lain lagi.Atau anak mendapat tawaran belajar ke luar negara yang pasti perlukan tunai segera.Emas yang disimpan boleh di pajak di Ar-Rahnu.
Jenis Emas Untuk Disimpan
Banyak jenis emas yang ditawarkan sekarang.Dulu nak simpan emas ni perlukan ribuan ringgit.Sekarang perbagai produk emas dengan minima seberat 0.5gram.Kalau dulu bayangkanlah,nak simpan emas tak dapat dalam unit gram-gram kecil.Kilo-kilo harganya hanya orang yang mampu saja.Kini tidak lagi.Seberat 0.5g dengan ketulenan 999,anda boleh mulakan simpanan peribadi yang lebih ekfisyen dan kukuh.
Jenis Emas Mampu Milik
Perkara Yang Mengagalkan Niat
Yang mengagalkan niat anda untuk menyimpan adalah anda terlalu menetapkan untuk menyimpan dalam jumlah besar.Contoh,anda nak simpan sebulan rm1000.Dari bulan ke bulan,anda tak pernah berjaya dapat simpan rm1000.
Itulah contoh kenapa anda tak buat simpanan peribadi,kerana jumlah simpanan yang anda tetapkan sebulan terlalu tinggi berbanding peratus gaji anda.Kerana itu,anda kena cuba dengan cara menyimpan emas SEMINIMA 1G.Anda akan dapati,ia jauh lebih mudah berbanding apa anda sangkakan,dan simpanan anda dari bulan ke bulan akan bertambah dari 1gram ke 2gram tanpa terjejas.
My Perunding Emas
Untuk urusan pembelian emas fizikal boleh hubungi saya seperti berikut:
PM atau Like fb Myperundingemas
Emelkan pertanyaan anda ke - Syedhusseinalmuhammad@gmail.com
Atau tinggalkan pesanan dibawah untuk saya hubungi anda kemudian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan