Perunding Emas: Harga Emas Hari Ini 23 Ogos 2017
close

2017-08-22

Harga Emas Hari Ini 23 Ogos 2017

Harga Emas Hari Ini 23 Ogos 2017

Harga Emas Per Gram Malaysia (Malaysian Ringgit) 23 Ogos 2017

Gold Price Per Gram in Malaysian Ringgits
Malaysian Ringgits per Gram
Gold Price Per Kilo in Malaysian Ringgits
Malaysian Ringgits per Kilo


[Tukaran : 1 troy aun = 31.1034768 gram]

Diatas adalah LIVE harga emas hari ini per gram dalam ringggit malaysia.Setakat awal pagi ini 23 ogos 2017,diniagakan pada rm176.85 per gram.Manakala untuk sekilo emas diniagakan rm17685.04
.

Harga emas dilihat sedang menanti rentak baru ketika isu antara kerajaan amerika syarikat membuat kenyataan mengenai kedudukan tenteranya di afganistan.Selain itu,isu mengenai korea utara yang maish berlanjutan.Ini memberikan pelabur-pelabur emas menunggu waktu terbaik dalam membuat keputusan mengenai emas.

Dijangkakan,tempias daripada konflik korea utara-amerika syarikat,emas akan menjadi tumpuan sebagai bentuk 'Safe Heaven' iaitu simpanan paling bernilai berbanding aset-aset lain.

Dalam pada itu,hal-hal yang memungkinkan harga emas tidak mengalami kenaikan mendadak pada tahun ini adalah ura-ura mengenai kadar kenaikan faedah oleh FED (Persekutuan Rizab Amerika).Tahun 2017,amerika dilihat cuba untuk menguatkan keupayaan dollar amerika dan menarik lebih ramai pelabur-pelabur untuk melabur dalam sektor kewangan dan dollar.Ini memberikan kesan kepada harga emas apabila keupayaan dollar amerika memikat dan menguat dalam beberapa bulan ini.

Peluang baik juga untuk pengemar-pengemar emas yang menumpukan pembelian secara kecil-kecilan.Untuk mereka,dengan penurunan harga emas ini,memberikan lebih kebaikan untuk menambah aset dalam emas seperti goldbar dan dinar.Dua item emas yang popular goldbar dan dinar masih memiliki peminat tersendiri disamping memperluaskan keperbagaian skop simpanan semasa dan tetap.

Harga emas akan menunggu kedudukan rizab persekutuan amerika pada 24 0g0s -26 ogos untuk membuat keputusan mengenai hal-hal kenaikan kadar faedah untuk tahun 2017.Kenaikan kadar faedah ini akan memberikan pelabur minat untuk melabur dalam sektor kewangan yang ditawarkan oleh amerika syarikat sekaligus harga emas boleh menurun sedikit kesan kenaikan kadar faedah oleh rizab persekutuan amerika.Harga emas dijangka akan ditampung oleh permintaan domestik seperti emas perhiasan,dan perniaga-niaga domestik lain.

Tawaran goldbar emas 999 1gram harga mampu milik dibuka.Lengkapkan pesanan anda sekarang BORANG PESANAN PEMBELIAN 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

© 2014 MyEmasSale | Perunding Emas. All Rights Reserved.

Website tuned by http://myemassale.blogspot.my/

Designed By My-Perunding Emas
© 2014 MyEmasSale | Perunding Emas. All Rights Reserved.

Website tuned by http://myperundingemas.blogspot.com/