Perunding Emas: April 2018
close

2018-04-06

Syarat Mohon Program Perumahan Rakyat


Syarat Mohon Program Perumahan Rakyat



BSN MyHome (Program Perumahan Rakyat) adalah suatu pemberian dalam bentuk pinjaman kepada mereka yang bekerja sendiri atau yang tidak mempunyai pendapatan tetap. Kini, anda juga boleh memiliki rumah.
Didalam struktur program ini memberikan aspek-aspek kemudahan pembiayaan kepada individu yang belum memiliki rumah dan berkerja sendiri atau tidak mempunyai pendapatan tetap.Syarat-syarat bagi kelayakan memohon program perumahan rakyat ini boleh disemak dibawah;

Saya senaraikan sikit apa yang perlu,untuk butiran lebih penuh anda kena merujuk kepada BSN sendiri atau layari laman BSN dan pilih ruangan Program Perumahan Rakyat akan kelaur disitu syarat-syaratnya.

Keperluan
  Warganegara Malaysia.
»  Berumur antara 18 – 60 tahun.
»  Pemohon Individu / Bersama.
»  Mempunyai bukti bekerja sendiri.
»  Mempunyai pendapatan minima RM1,000 sebulan.
»  Pembiayaan rumah pertama dan untuk didiami sendiri sahaja.
»  Bagi pembiayaan hartanah kos rendah atau sederhana sahaja




Ciri-ciri & Manfaat
»  Pembiayaan sehingga RM120,000.
»  Kadar faedah KA + 3.00%.
»  Margin pembiayaan sehingga 100% (termasuk MRTA / MRTT & TLRT).
»  Tempoh pembiayaan sehingga 35 tahun.
 Nota:  Kadar Asas (KA) BSN semasa adalah 4.10% ( berkuatkuasa mulai 7 Februari 2018).
Caj Bayaran Lewat
»  Ansuran Bulanan Tertunggak  ×  1%  ×  Bil. Hari Tertunggak  ⁄  365.

Duti Setem
»  Dokumen Prinsipal - Caj Duti Setem adalah secara ad valorem.
»  Lain-lain dokumen – RM 10

Disini saya rasa jarang ada pembiayaan perumahan bagi pendapatan bawah atau minima rm1,000 sebulan.Ini satu kemudahan pembiayaan yang menarik dan diharap dapat membantu golongan yang memelukan perkhidmatan ini.

Terdapat banyak lagi skim pembiayaan perumahan,tapi bagi saya ini lebih bersesuai kepada kelompok berpendapatan rendah.Skim program perumahan rakyat ini mungkin boleh menjadi jalan keluar kepada permohonan anda sebelum ini yang selalu ditolak oleh bank-bank hanya kerana tak menepati syarat minimum gaji.Tapi anda boleh mencuba untuk skim ini.

Tips 

Anda juga boleh mendapatkan info-info daripada skim program perumahan rakyat tentang model rumah tersebut dan lokasi perumahan tersebut apabila anda bertanya kepada mereka.


Borang

Borang anda boleh pergi lari website BSN download atau pergi kaunter cawangan BSN.Saya bagi link borang untuk anda.

Borang pemohonan program perumahan rakyat Bsn  (kalau link tak berfungsi,anda boleh pergi terus ke kaunter BSN minta borang)

Untuk memastikan anda berupaya komitmen dalam pembayaran tersebut,kerana ini adalah pembiayaan perumahan,jadi kosnya agak tinggi,pastikan anda memiliki sumber pendapatan yang kosisten dalam komitmen bulan.Supaya tak dikenakan caj lewat.Jadi ini untuk mengelakan banyak wang mengalir keluar setelah pembiayaan diluluskan.Mulai saat diluluskan,anda perlu mulakan membuat struktur pengurusan kewangan dan perbelanjaan anda dengan bijak.Contohnya,utamakan membayar bil-bil utiliti dan pembiayaan dulu sebelum berbelanja besar menukar perabut baru.

Emas boleh bayar hutang

Anda juga boleh menyimpan emas fizikal sebagai persediaan yang mana emas tersebut boleh menjadi tulang belakarang sokongan sekiranya tiba-tiba pendapatan anda mengalami kemerosotan atas faktor-faktor tak diduga.Emas yang anda simpan itu boleh dipajak di ar rahnu untuk menampung kos kewangan anda pada waktu-waktu genting.Contoh waktu genting,tengah bulan.Duit sudah bayar semua bil,duit di tangan cukup-cukup,kena pula masa nak guna duit segera,tak ada cara lain meminjam jugalah.Jadi kalau ada emas,contoh lagi goldbar 1gram,bolehlah pajak sekejap dalam jangka masa 3-6 bulan begitu,anda tak perlu lagi meminjam orang lain.Cuma sampai had masa,tebus balik emas anda tu.

Emas Amethyst

Cara yang mudah anda nak dapatkan goldbar keluaran amethyst,boleh ke page fb Myperundingemas


Perunding Emas Malaysia

Nota-Artikel adalah pandangan peribadi penulis.Tidak mengambarkan kemungkinan atau apa juga faktor luar jangka masa depan.

Read More
© 2014 MyEmasSale | Perunding Emas. All Rights Reserved.

Website tuned by http://myemassale.blogspot.my/

Designed By My-Perunding Emas
© 2014 MyEmasSale | Perunding Emas. All Rights Reserved.

Website tuned by http://myperundingemas.blogspot.com/