Perunding Emas: Cara Kira Nilai Pajakan Emas Di Ar Rahnu
close

2017-09-07

Cara Kira Nilai Pajakan Emas Di Ar Rahnu

Cara kita kadar upah pinjaman cagaran emas di ar rahnu.Saya difinasikan soalan cik Nurul ni maksud adalah cagaran emas di ar rahnu.Baik.Untuk mendapatkan NILAI PAJAKAN sebanyak rm1000,seseorang itu perlukan paling tak pun dalam 10 gram emas (dah tolak berat batu ataupun chorome atau lain-lain yang bukan emas).

Saya bawakan contoh soalan yang dihantar oleh pelawat website saya untuk bertanyakan soalan.Terima kasih kerana mengajukan soalan kepada saya.

Disini akan saya jelaskan serba sedikit dalam hal urusan proses pajak gadai.Tapi anda perlu tahu bahawa,tak semua tempat proses pajak gadainya sama.Contoh,pajak gadai bank rakyat berbeza dengan pajak gadai ar rahnu pos.Setiap ar rahnu beza prosesnya.Beza tak banyak,ada yang beza kadar upah saja,ada yang bezanya tak terima goldbar,ada yang terima.Tapi dari segi patuh syariah,tak ada beza,kerana syariat tu sendiri tetap,tak boleh di ubah-ubah ikut suka barulah konsept patuh syariah menghasilkan kesejahteraan masyarakat.

Goldbar murah amethyst

Saya buat satu contoh,kalau anda ada 10 gram emas 999 yang tanpa batu atau emas putih,maksudnya tak perlu nak tolak berat batu untuk dapatkan berat emas tulen.Senang cerita goldbar memang fine gold 999.

CARA KIRA PAJAK GADAI AR RAHNU


Anda ada setiap 1 goldbar tu 5gram.Jadi 2 goldbar tu 10gram.Jadi nilai marhum adalah dikira untuk 10gram goldbar 999 atau 24k adalah rm2083.20

cara kira nilai pajakan emas di ar rahnu
Nilai marhum ni adalah nilai harga 10 gram goldbar pada tarikh tu.Setiap kali anda datang nak pajak emas atau goldbar,petugas ar rahnu tersebut akan timbang emas dan nilaikan dengan NILAI MARHUM barulah jumlah pinjaman akan diberikan.

Dari jumlah nilai marhum tu,sebanyak 65% saja akan diberikan sebagai bentuk PINJAMAN.
65% pinjaman maksimun dari nilai marhum.Jadi anda dapat pinjaman sebanyak rm1354.08.Untuk dapatkan nilai yang seragam,dibundarkan kepada nilai terhampir atau digenapkan untuk senang proses.Jadilah rm1350.00.

Cara kiranya adalah
 [NILAI MARHUM TOLAK 65%]

Nilai pinjaman maksimum anda adalah rm1350.00.Anda hanya nak pinjam sebanyak rm1000 saja.Tapi kalau anda nak pinjam sampai rm2000 tu tak boleh sebab had maksimum pinjaman anda adalah rm1350.00.Jadi sama anda nak pinjam rm1350.00 atau rm1000 tu boleh pilih ikut anda.

Cara Kira Upah Simpan Emas

Upah simpan emas anda perlu dibayar mengikut jumlah bulan.Kadar UPAH SIMPAN ni adalah kadar upah untuk nilai harga marhum.Contoh macam ni.KADAR UPAH X NILAI MARHUM.

Setakat ni,saya rasa,ar rahnu tak ada lagi upah pinjaman.Kerana sistem ar rahnu adalah bebas riba bebas faedah bebas interest.Kadar upah hanya dikenakan untuk UPAH SIMPAN EMAS.Upah simpan emas ni dikenakan macam saya tulis diatas berbeza-beza dari ar rahnu yang lain.Ada yang upah simpanya serendah rm0.65 untuk setiap rm100.Ada yang rm0.85 untuk setiap rm100.

Nilai upah simpan emas anda ni ikut jumlah marhum.Tapi dikira setiap rm100 akan dikenakan  upah simpan.Kalau anda simpan emas bernilai rm1000 jadilah kiraanya anggaranlah macam ni:

[rm2000/100]=10x0.65=rm13.00 jumlah upah simpan emas sebulan.

Berapa Lama Nak Simpan Emas?

Upah simpan emas anda ada tu nak simpan berapa lama?katakan 6 bulan,jadilah rm13.00x6=rm78.00.

Anda akan banyar siap-siap kadar upah simpan emas tu.Rm1000-rm78.00=rm922.00.Tapi,kalau anda nak bayar masa nak tebus emas tu balik boleh,nanti anda kena bayar balik sebanyak rm1078.00 sebab anda belum bayar hutang upah simpan sebelum ni.Sebab anda pilih bayar upah simpan tu kemudian jadilah rm1078.00.

Anda dapat rm922.00 ditangan selepas tolak upah simpan emas.Tapi anda perlu ingat,jangan lupa tebus balik emas bila tarikh matang.Lambat tebus emas anda berisiko dilelong.Jangan sampai kena lelong,sebaliknya hanya pajak emas untuk keperluan mustahak saja.

Kalau ada apa-apa yang anda tak faham,boleh komen,kirimkan email,whatsapp atau pm saya.Inn shaAllah akan saya balas secepat yang boleh.Contoh kiraan di atas adalah hanya mengira unit-unit kecik saja,yang unit kecik mcam sen-sen tu selalunya urusan rasmi di kaunter saja kira.Dan satu lagi,kadar upah adalah berbeza-beza antara satu sama lain.Elok anda buat survey dulu dimana cawangan ar rahnu yang terima emas anda.

Contoh ada yang terima barang kemas saja,ada yang terima semua jenis barang kemas,ada yang terima hanya emas 9k keatas.Ada yang terima emas 20k saja.Jadi anda perlu tahu apakah jenis barang kemas anda tu? adakah jenis 24k,22k,20,18k,atau 9k?Cara paling mudah nak tahu senang saja..anda pergi ke mana-mana cawangan ar rahnu bagi tahu nak periksa ketulenan emas.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

© 2014 MyEmasSale | Perunding Emas. All Rights Reserved.

Website tuned by http://myemassale.blogspot.my/

Designed By My-Perunding Emas
© 2014 MyEmasSale | Perunding Emas. All Rights Reserved.

Website tuned by http://myperundingemas.blogspot.com/