Perunding Emas: Emas
close
Memaparkan catatan dengan label Emas. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Emas. Papar semua catatan

2017-07-05

Set Barangan Emas Sesuai Untuk Hantaran Perkahwinan

Ini dia set yang ideal untuk pengantin lelaki menjadikan barangan emas sebagai hantaran buat pasanganya yang dicintai.
Set Barangan Emas Sesuai Untuk Hantaran Perkahwinan




Dihari bahagia itu,dengan hantaran yang membuatkan pengantin wanita berasa teruja dan begitu mengkagumkan.Set-set ini sebenarnya bukan ditetapkan.Tapi dipilih-pilih mengikut kadar hantaran dua sejoli.


Set Barangan Emas Sesuai Untuk Hantaran Perkahwinan
Kalau masa lalu,wang kertas menjadi pilihan.Tapi kini,emas fizikal dalam perbagai bentuk semakin menjadi tren.Dapat juga disimpan sebagai aset rumah tangga yang kukuh dan stabil berbanding wang wang tunai sebagai hantaran.Si isteri juga boleh memainkan peranan penting dalam memberi stabilan ekonomi rumah tangga dengan menyimpan emas.Dengan ini,rumah tangga tak mudah goyah dek dilanda kegawatan ekonomi rumah tangga kalau-kalau berlaku perkara luar dugaan.


Dengan adanya emas fizikal sebagai simpanan aset.Ia berperanan sebagai penyokong penstabilan ekonomi.Juga menjadi benteng terakhir dalam menjadi pertahanan ekonomi sesuatu rumah tangga apabila kehabisan wang tunai.Emas fizikal tersebut boleh dipajak bagi mendapatkan wang segera bagi keperluan yang mustahak dan penting.


Tak Digalakan Pajak Emas


Tidak disarankan untuk menggunakan wang pajakan untuk pembelian-pembelian atau perbelanjaan yang tak berapa mustahak seperti beberapa senarai berikut;


  • Pembelian perabut baru
  • Pembelian alat-alat peribadi baru seperti kelengkapan kosmetik
  • Pembelanjaan bercuti
  • Pembelian membeli belah tidak terancang
  • Pembelian dan pembelanjaan yang bukan bersifat mustahak lain
Set Barangan Emas Sesuai Untuk Hantaran Perkahwinan
Semua senarai diatas anda boleh nilaikan keperluan semasa.Adakah ia benar-benar diperlukan sehingga anda perlukan wang tunai dengan memajak emas fizikal tersebut?Pertimbangkan adakah pembelian tersebut bersifat tambah nilai,menyelamat atau pembelian pembelanjaan hangus?pembelanjaan hangus maksudnya tidak membawa hasil atau sekadar tidak diperlukan sangat.

Pajak Bila Perlu


Boleh dipajak andai wang tunai tersebut sangat diperlukan seperti:

  • Mengalami kejadian luar dugaan seperti sakit (memelukan wang untuk pembayaran bil-bil hospital)
  • Menggunakan wang pajakan untuk membayar hutang yang sama dengan nilai wang pajakan seperti pinjaman ptptn,mara,dan sebagainya,dengan alasan tak nak pinjam duit orang lain semata-mata nak bayar pinjaman lain.Dari situ pinjaman kewangan tak selesai-selesai.
  • Tak berniat untuk membuat pinjaman lain.Dengan cara ini,gunakan emas itu sebagai penyelesaian terakhir bagi menyelesaikna baki hutang yang ada.
  • Mampu menjelaskan wang pajakan dalam tempoh yang ditetapkan setelah emas tersebut dipajak (mampu tebus balik emas)
  • Menggunakan wang pajakan untuk urusan penting yang mustahak yang tak menyebabkan tempoh tebus emas tu menjadi tergendala.
Selalunya,emas fizikal ni tak digunakan kecuali bagi tujuan penyimpan aset.Macam bertindak sebagai besi konkrit yang menghalang sesuatu bangunan itu runtuh serta-merta.Berbanding orang yang tidak miliki emas,ekonominya terdedah kepada keruntuhan yang tinggi dengan serta merta terutama INFLASI.

Kelebihan Emas Vs Wang Tunai


Inflasi begitu tinggi akan menjejaskan potensi wang tunai kerana,wang kertas sangat sensitif dengan iklim-iklim global,politik dan persekitaran yang bercelaru.Banding emas,ya bersifat kukuh dan sentiasa ada permintaan.Emas adalah alat matawang yang dipercayai dan diterima diseluruh dunia.Emas walaupun bengkok,patah,atau cair kepanasan,masih laku dan tetap dianggap emas walaupun nilainya sesudah perkara tu akan menjadi susut sikit kerana perlu dilebur balik.Jadi kos susut nilai tu diserap untuk kos melebur emas bagi tujuan dibentuk balik.Bandingkan dengan wang tunai? kalau koyak,terconteng,ada kesan-kesan yang sensitif sikit,terbakar sikit,dan faktor-faktor lain,nilainya serta merta tak laku.Tak ramai nak terima kalau ada wang tunai yang koyak sikit apatah lagi koyak separuh.

Zakat Emas


Zakat emas perlulah dibayar apabila cukup syarat zakat emas.Mereka yang ingin membayar atau menafsir nilai emas yang dimiliki hendaklah merujuk kepada pusat zakat di negeri masing-masing bagi tujuan tersebut.

Kenapa Emas Perlu Zakat?


Emas termasuk dalam kategori harta kekayaan.Emas adalah logam bernilai.Ia menjadi alat tukaran diterima ramai.Dikenakan zakat hanya pada kadar tertentu.Anda boleh bertanyakan kepada pegawai pusat zakat dicawangan berdekatan anda untuk maklumat yang lebih tepat dan menepati syarak.

Bagaimana Mendapatkan Emas Dengan Harga Berpatutan?


Harga emas memang turun dan naik.Jarang turun tapi selalu naik.Untuk dapatkan emas fizikal dengan harga berpatutan walau harga emas semasa naik,jadilah ahli.Hanya cara tu saja boleh membuatkan anda membeli emas dengan harga berpatutan walau harga emas sedang naik,tapi anda boleh mendapatkan emas dengan harga lebih rendah dari harga pasaran dengan menggunakan kelebihan harga ahli.

Bagaimana Nak Jadi Ahli?


Nak jadi ahli adalah mudah.Cuma bayar yuran keahlian sekali seumur hidup.Ya.Yuran keahlian powergold adalah sekali seumur hidup untuk setakat ni.Ada beberapa pakej ahli yang boleh dipilih.Saya boleh terangkan pakej-pakej tersebut pada harga mampu dan berpatutan.Disamping itu terdapat hadiah sampingan kepada ahli yang menjadi ahli berdaftar yang sah.Banyak lagi kelebihan bukan setakat beli emas harga ahli.Banyak lagi manfaat lain yang tak difikirkan.Jika berminat untuk bertanya dan menjadi ahli,boleh hubungi saya atau tinggalkan komen dibawah untuk saya hubungi anda kembali.Inn shaAllah,saya cuba membantu untuk mencapai matlamat aset kewangan anda menjadi stabil Salam sayang dari saya.

Emelkan pertanyaan anda ke email syedhusseinalmuhammad@gmail.com atau syedhusseinproniaga@gmail.com

My Perunding Emas

Menbantu Perancangan Aset Kewangan Yang Stabil

Read More

2017-01-05

1 Aun Emas Bersamaan Dengan Gram

1 Aun Emas Bersamaan Dengan Gram
1 Aun Emas Bersamaan Dengan Gram

1 aun emas adalah bersamaan dengan 28.349g terdapat juga dari sumber lain mencatitkan 1 aun emas bersamaan dengan 31.10g.Ni ada beberapa nilai standart convert 1 troy ounce gold to gram.

Kalau ikut nilai berat u.k dan u.s pun terdapat beza sikit kat situ.Kalau ikut Timbangan Berat Emas Online kat sini memang akan muncul keputusan berbeza dari segi standart masing-masing.


Gambar merujuk kalkulator dari www.traditionaloven.com menunjukan 1 aun (troy) emas bersamaan 31.10 gram (g).

My Perunding Emas


Read More

2014-09-30

Kepentingan Memiliki Emas Fizikal

Kepentingan Memiliki Emas Fizikal

Kepentingan Memiliki Emas Fizikal
Kepentingan Memiliki Emas Fizikal Bukanlah tajuk asal untuk ruangan artikel berkaitan info Emas ketika ini.Saya mengubahnya dari tajuk asal iaitu kepentingan emas fizikal.Cuma ada tambahan 'Memiliki' emas fizikal.

Kepentingan dan Memiliki adalah satu faktor mengapa emas itu menjadi penting.Faktornya PENTINGnya emas adalah ingin me Memiliki.Dan pada masa sama juga,faktor yang menyebabkan ras ingin meMiliki adalah kerana emas itu adalah begitu PENTING dalam hidup seseorang,masyarakat dan juga negara iaitu sebagai aset nilai.

Emas menjadi kegunaan sejak ia dijumpai oleh manusia pada awal-awal manusia mengenal emas.Salah satu hak mutlak emas ini adalah logam yang tidak dapat ditandingi mana-mana logam lain.Yang paling terdekat adalah perak atau 'Silver'.Itupun perak jauh kebelakangan meninggalkan emas yang begitu menjadi pilihan ramai,Hingga dijadikan matawang seperti dinar berbanding dirham yang yang kira sebagai matawang kecil.Sebahagian nikmat-nikmat Allah swt kurnian kepada manusia diatas muka bumi ini.

1. Emas merupakan satu-satunya matawang yang tidak pernah gagal dalam sejarah penggunaannya oleh manusia selama lebih 5,000 tahun.

2. Emas adalah pelindung kekayaan yang sebenar

3. Emas tidak boleh dimanipulasi, diduplikasi atau dijana semula.

4. Emas merupakan logam berharga yang terunggul di dunia.

5. Emas mempunyai nilai intrinsik yang tersendiri dan diiktiraf sebagai medium pertukaran di seluruh dunia.

6. Emas adalah stabil dan kukuh walaupun mengalami krisis ekonomi dan inflasi.

7. Emas mudah untuk ditukarkan kepada wang tunai.

8. Emas merupakan pelaburan yang boleh dilakukan oleh sesiapa dan ianya juga praktikal
Read More
© 2014 MyEmasSale | Perunding Emas. All Rights Reserved.

Website tuned by http://myemassale.blogspot.my/

Designed By My-Perunding Emas
© 2014 MyEmasSale | Perunding Emas. All Rights Reserved.

Website tuned by http://myperundingemas.blogspot.com/