Sekian lama saya menunggu untuk harga emas bergerak menghampiri rm160.00 segram.Data yang dapat saya ambil setakat jam 19.30 petang 3 julai 2018,menunjukan harga emas berada pada paras rm162.35 segram.
Harga emas bergerak secara trendingnya menurun minggu ini setelah berberapa hari dalam keadaan neutral.Harga emas tertekan berikutan pengukuhan matawang dollar Amerika Syarikat.Penurunan harga emas ketika ini adalah terendah sejak bulan november atau disember tahun lalu disamping kurangnya permintaan emas dipasaran.
Daripada capaian data kontrak bulan ogos 2018,Harga emas untuk kontrak hadapan pada penutupan perdagangan Isnin melemah US$12,80 atau 1,02% ditutup ke US$1.241,70, sekaligus menjadi harga terendah sejak Desember 2017.
Harga emas kebiasaanya bertindak balas terhadap matawang dollar.Dengan pengukuhan dollar tersebut membuat harga emas menjadi turun dan terdapat pada kelebihan untuk peminat emas membeli dengan harga sedikit rendah.
Bagi pelabur emas,ini mungkin masa yang suram untuk mereka kerana mereka terpaksa meresap kerugian hasil penuruan tersebut.Emas masih di yakini dalam jangka panjang menjelang 2020 sebagaimana analisis menjangkakan harga item itu akan naik sehingga rm500.00 segram.
Mungkin saja buat waktu ini,harga emas boleh bergerak sehingga rm160.00 segram.Kalaulah harga emas bergerak serendah itu,ini bagi pendapat peribadi saya amat baik kepada pembeli untuk membeli dan menyimpan emas.Anda mungkin tak akan jumpa lagi emas serendah ini pada masa akan datang.
Perunding Emas Malaysia
Syed Hussein @Ahli powergold berdaftar
Boleh hubungi saya untuk mula simpan emas sebagai aset tetap jangka panjang.Beli emas dapat emas.1 Bulan 1 gram.
Nota-Penulisan adalah analisis peribadi.Tidak mengambarkan pasaran masa depan.Rancang kewangan anda dengan bijak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan