Perunding Emas: Analisis Ekonomi
close
Memaparkan catatan dengan label Analisis Ekonomi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Analisis Ekonomi. Papar semua catatan

2018-03-22

Index Harga Emas Melonjak Setelah Mesyuarat Di FED

Index Harga Emas Melonjak Setelah Mesyuarat Di FED


Harga emas menerima bias awal setelah persekutuan rizab Amerika mengumumkan keputusan hasil mesyuaratnya beberapa hari lalu.Dalam faktor lain yang menjadi pendorong kuat kenaikan dan pengerakan harga emas pada bulan mac 2018 ini,kadar inflasi di Britain memungkinkan kepercayaan terhadap emas meningkat.Beberapa hari lalu,Britain mencatatkan kadar inflasinya kepada 2.7% berbanding jangkaan 2.8%.Kadar yang diumumkan 0.1% lebih rendah.Ini mendorong matawang pound sterling berasa tertekan berbanding matawang lain.

Harga emas pada hari ini 22 mac 2018 setakat jam 5.50 pagi,naik 1.73% kepada rm168.16 segram berbanding beberapa hari lalu yang biasa bergerak pada rm166-rm165.00 segram.Adakah index harga emas boleh melepasi rm170.00 segram pada april 2018?

Harga emas walaubagaimanapun mengambil peluang kebaikan ini,apabila sekali lagi unggul sebagai item kalis inflasi.Akan tetapi saya berharap harga emas tidak melepasi index rm200 segram sehingga tahun 2018 berakhir ini adalah bagi menambah stok simpanan dan aset-aset jangka sederhana iaitu daripada 2018-2020 akan datang.
Sponsor

Bagaimana dengan analisis akan datang?

Analisis jangka hadapan amat terkait rapat dengan situasi luar jangka dan kadar inflasi yang berupada-ubah pada setiap suku tahuan.Jadi ini memainkan beberapa faktor dalam mempengaruhi harga emas.Jangkaan saya adalah kerajaan amerika syarikat sejak di ambil alih oleh presiden baru mereka,amat galak dalam menarik pelabur untuk melabur didalam sektor kewangan dan pelaburan didalam negara.Pelabur-pelabur juga mengintai polisi-polisi yang menguntungkan jangka sederhana selain kestabilan dalam politik.Kalau kurang kestabilan politik,pelabur tidak akan berani mengambil risiko ini kerana nilai matawang bleh terkesan dan keuntungan berasaskan keyakinan dan permintaan akan berkurang dan merugikan mereka.

Faktor-faktor lain yang menyusutkan kadar inflasi adalah harga minyak yang masih di dagangkan dalam jajaran rendah.Hal ini mendorong kurangnya kepenggunaan bahan api selain mengurangkan kos operasi berasaskan bahan api seperti perhantaran pesanan,dan lain-lain yang menggunakan sumber bahan api yang kerap seperti sektor pengankutan.

Saya menjangkakan ekonomi Malaysia akan menjadi lebih mantap pada tahun 2018,dan mengharapkan aktiviti perekonomian rakyat kembali bergerak cergas sekaligus merancakkan kembali pertumbuhan ekonomi negara ini.Bagi mewujudkan suasana harmoni didalam ekonomi,industri Iks perlu diberikan sokongan untuk mendapatkan pasaran,ini kerana peranan iks amat penting selain masyarakat sudah mulai mengambil inisiatif memulakan iks secara berperingkat dan baru.



Secara kesimpulanya,masyarakat perlu memperbagaikan corak bentuk simpanan bagi menghadapi cabaran-cabaran akan datang yang tidak diduga.Antara mulai menyimpan emas fizikal seperti goldbar.Ini kerana,emas amat bertindak balas kepada sistem kewangan dan ekonomi yang diluar dugaan seperti ketika ini,apabila sesuatu isu timbul atau cuaca iklim pasaran berubah dimana pelabur mengambil langkah berhati-hati untuk memasuki pasaran,emas boleh dijadikan play safe atau safe heaven yang mantap.Ini kerana,didalam sektor ekonomi,akan terbit dan tidak dpaat lari dari risiko-risiko luar jangka.

Penulis Perunding Emas Malaysia & Pengedar golbar 999 seluruh Malaysia


Nota-Analisis adalah pandangan peribadi penulis.Tidak mengambarkan jangkaan pasaran dan prestasi masa depan.Sila rancang kewangan anda dengan bijak.
Read More

2018-03-16

Analisis Index Harga Emas Mac 2018

Analisis Index Harga Emas Mac 2018
Daripada analisis-analisis terdahulu yang saya buat dimana didalam analisis saya tu menjangkakan bahawa harga emas tidak akan naik tinggi sehingga pertengahan tahun ini.Ini kerana harga emas masih mencari rentak pasaran semasa dunia.Jadi pelabur-pelabur banyak menumpukan kepada beberapa sektor lain seperti hartanah dan pelaburan saham-saham.Hal ini kerana kerajaan Amerika Syarikat masih galak menarik pelabur untuk melabur didalam negara mereka.Bagi menarik pelabur-pelabur,kadar faedah adalah satu daya tarik yang berpengaruh.Ini kerana kenaikan kadar faedah memberikan pelabur lebih pilihan untuk melabur kerana kadar keuntungan diperolehi adalah tinggi.

Pada keputusan kenaikan kadar faedah ini,dibuat oleh rizab persekutuan Amerika Syarikat iaitu FED.Selepas berbulan-bulan spekulasi, persembahan besar hampir di sini dan untuk para pelabur emas, ini boleh menjadi pukulan terbaik logam untuk memecahkan jajaran semasa, menurut beberapa penganalisis.

Malah, ini mungkin pandangan mingguan yang paling lurus yang boleh ditulis oleh wartawan kewangan kerana satu-satunya pelabur yang menonton minggu depan adalah mesyuarat dasar monetari Federal Reserve.

Ole Hansen, ketua strategi komoditi, menyatakan bahawa mesyuarat itu datang sebagai dagangan emas dalam jarak paling sempit sejak 2012. Dia menjelaskan bahawa pasukan lawan telah meneutralkan momentum emas buat masa sekarang iaitu melemahkan pengerakan index harga emas; ketidakpastian geopolitik menyediakan sokongan kritikal sementara ancaman kenaikan kadar faedah memberikan kesan kepada pasaran emas.

Pasaran emas sedang bersedia untuk menamatkan minggu keempat kerugian dan suram apabila harga menguji hujung dagangan yang lebih rendah. Niaga hadapan bulan April lalu diniagakan pada $ 1,311.50 satu auns, turun hampir 1% dari Jumaat sebelumnya.

Pasaran perak juga menguji sokongan dalam saluran perdagangan baru-baru ini kerana ia menghasilkan keuntungan minggu lalu dan dalam niaga hadapan perak yang terakhir didagangkan pada $ 16.255 auns, turun 2% dari minggu sebelumnya.

Tahap Untuk Menonton

Untuk bulan lalu, harga emas telah dicatat dalam lingkungan antara $ 1,300 dan $ 1,340 kerana pasaran telah menunggu panduan dari Federal Reserve.

Manakala Lawler mengjangkakan harga emas jatuh minggu depan, dia berkata bahawa dia tidak menjangkakan harga jatuh jauh di bawah purata bergerak 200 hari, yang mencecah $ 1,298 satu auns.

Lawler mengatakan bahawa walaupun harga menurun dalam jangka terdekat dengan emas, beliau melihat potensi jangka panjang apabila pelabur mencari pelaburan alternatif yang selamat.Beliau tetap berangapan emas adalah satu bentuk pelaburan yang selamat untuk jangka panjang.

"Saya fikir emas benar-benar bersinar tahun ini, kita perlu melihat lagi turun naik dalam pasaran ekuiti," katanya. "Saya fikir emas masih mempunyai peluang untuk menolak lebih tinggi tahun ini kerana terdapat banyak ketidakpastian yang bertentangan dipasaran."

Chris Beauchamp, penganalisis pasaran di IG, berkata bahawa gambar teknikal emas kelihatan lemah dan harga yang kukuh di bawah $ 1,314 satu ounce boleh memberi isyarat kepada $ 1,295 satu ons.

Di atas, banyak penganalisis melihat rintangan awal pada $ 1,340 satu auns tetapi secara keseluruhanya, emas perlu memecah paras tertinggi 2016 sekitar $ 1,375 untuk menghidupkan kehidupan baru ke pasaran.

Kesimpulan akhir untuk analisis ini adalah emas boleh diniagakan rendah lagi pada pertengahan tahun 2018.Kalau jangkaan ini berlaku,ini adalah satu peluang untuk pembeli membeli emas dengan harga murah.Oh yeah, Bank of England juga mengadakan mesyuarat dasar monetari hari selepas Fed.jadi kita akan lihat apakah kesan-kesan hasil mesyuarat tersebut.Adakah polisi-polisi baru diwujudkan bagi meransang pelaburan dan ekonomi?Atau adakah Bank of England nak umumkan pembelian emas besar-besaran?inilah analisis..kalau sesebuah bank pusat mengumumkan pembelian emas,dengan keputusan itu harga emas mungkin berpeluang melonjak naik.

Dalam analisis saya setakat ini,harga emas kekal diniagakan tidak tinggi hingga satu minggu lagi atau sehingga awal bulan april 2018.Harga jangkaan emas akan turun adalah kepada index sekitar $1,295 seaun.

Perunding Emas Malaysia

Penjual emas 999 (Amethyst Gold) dan 916 (Bk)
Fb - Perunding Emas Malaysia 
Ig - Perundingemas 
Twitter - Myperundingemas 
Hotline +60195409575/+601159227597
whatsapp +601159227597

Syed Hussein
Pengedar Emas Amethyst berdaftar (Powergold)


Nota-Analisis tidak mengambarkan prestasi harga emas sebenar.Ini hanyalah analisis peribadi penulis.Selain itu,kami tidak menyediakan skim-skim pelaburan atau menerima mana-mana kutipan wang untuk pelaburan,atau melantik agen atau wakil untuk menerima wang bagi pelaburan kerana kami bukan syarikat pelaburan emas.Sila dapatkan nasihat perunding/pakar pelaburan yang bertauliah.Amalkan pengurusan kewangan yang bijak.
Read More

2018-02-05

Kadar Dasar Semalaman (OPR) 3.25% Dan Kesan Terhadap Emas

.
.Kadar Dasar Semalaman (OPR) 3.25%Kadar Dasar Semalaman (OPR) 3.25%
.
Kenaikan Kadar Dasar Semalaman/Overnight Policy Rate naik sebanyak 25 mata kepada 3.25% diumumkan oleh Bank Negara Malaysia pada bulan januari (2018) yang lalu.Dimana pengumuman ini dijangka memberikan beberapa kesan-kesan setara kenaikanya termasuk pengukuhan matawang ringgit,aliran tunai dalam negara,serta beberapa impak didalam ruangan sektornya yang mana turut diserta oleh pengguna-pengguna sendiri.

Penglibatan pengguna didalam kesan ini tidak secara menyeluruh.Secara kasar penjelasan mengenai kadar dasar semalaman ini atau disebut sebagai OPR,memetika daripada tulisan tersebut:

"Overnight Policy Rate (atau Kadar Dasar Semalaman) adalah kadar faedah yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia.

Ia adalah kadar yang dikenakan oleh bank yang berikan pinjaman dekat bank yang meminjam sejumlah dana (duit).Duit yang ada dalam sesebuah bank boleh jadi bertambah atau berkurang setiap hari, bergantung pada aktiviti seperti pengeluaran atau deposit oleh pelanggan.Nak mudah faham, bank akan pinjamkan sebanyak mungkin kepada pelanggan setiap hari. Sebab ini adalah salah satu cara bank buat duit.Dan bila dah tamat waktu operasi, ada bank yang mempunyai lebihan atau kekurangan duit dalam simpanan mereka.

Bank pula perlu memastikan jumlah tertentu dikekalkan dan disimpan dalam bank setiap hari.Bila terjadi antara 2 situasi ni, bank (yang tak cukup duit) terpaksa meminjam sejumlah duit untuk satu tempoh masa (semalaman).Mereka akan meminjam daripada bank lain (yang mempunyai lebihan dana) atau dekat BNM sendiri.Dan pembiayaan ini akan dikenakan Kadar Faedah Semalaman (OPR) yang telah ditetapkan oleh BNM. Semua ini bagi memastikan sistem perbankan kekal stabil.OPR hanya dikenakan dekat institusi kewangan, dan bukan dekat pelanggan (kita).Pengurangan kadar OPR akan memberi kesan dekat kos pinjaman antara bank, yang akhirnya akan menjurus kepada kesan berangkai."[1]

Kesan-kesan berangkai tersebut amat spesifik dan tidak dapat ditetapkan sejauh mana impaknya.Merujuk kepada pakar-pakar analisis ekonomi dan dalam sektor jualan,

"Menurut CIMB Research, Proton Holdings Bhd. dan Perusahaan Otomobil Kedua Negara Sdn. Bhd. (Perodua) boleh terjejas susulan pendedahan kedua syarikat itu terhadap pasaran massa.
Jelas firma penyelidikan itu, BNM mungkin menaikkan OPR sebanyak 25 mata asas kepada 3.25 peratus pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari bank pusat itu esok.
Tambahnya, BNM telah mengekalkan OPR yang menjadi pe­nanda aras rujukan pinjaman pada tiga peratus sejak Julai 2016 dan sekiranya berlalu kenaikan, ini bermakna kadar faedah yang lebih tinggi dikenakan untuk pinjaman."[2]

KESAN OPR NAIK TERHADAP EMAS


Index kadar dasar semalaman (OPR) tidak mempengaruhi harga emas.Ini kerana harga emas ditentukan berdasarkan pasaran dunia.Sebarang aktiviti jual beli emas adalah berdasarkan permintaan dan penawaran emas dipasaran.Permintaan emas tetap meningkat sama ada OPR turun atau naik keran emas tidak terkait dengan kadar-kadar faedah yang dibuat oleh bank-bank.Emas ada item yang bebas dari pengaruh bank.Bank di dunia tidak dapat menentukan harga emas.Sebaliknya,harga emas ditentukan oleh pasaran dunia.Peningkatan index kadar semalaman lebih tertumpu kepada aliran-aliran tunai matawang dan proses pengukuhan matawang dan matawang itu dikeluarkan oleh bank-bank manakala emas tidak dikeluarkan oleh bank melainkan emas dilombong oleh kilang-kilang sebelum diproses mencari emas kepada beberapa jenis item seperti:

Goldbar,Dinar dan juga BK (barangan kemas).

Kualiti emas itu akan menentukan harga emas disamping penawaran dan permintaan dipasaran.Seandainya emas dikawan oleh bank-bank,emas tidak lagi akan menjadi pengukuhan aset dan pelindung nilai.Kepercayaan emas akan hilang seandainya emas dikawal oleh pihak-pihak tentu.Setakat ini,belum ada firma yang mengawal emas,kecuali kawalan terhadap kualiti emas supaya kualiti dan piawai emas terjamin tulen.

Dengan itu,digalakan membeli emas secara tunai atau secara tidak berhutang.Pembelian emas dengan berhutang akan meningkatkan kesan terkena impak OPR kerana membeli emas menggunakan wang hasil pinjaman.Bank-bank boleh mengubah suai kadar faedah pinjaman terhadap mana-mana jenis pinjaman tidak terhadap kepada pinjaman perumahan,kereta,peribadi dan sebagainya.Ini sedikit kemungkinan akan mengurangkan pembelian emas datang hasil pinjaman.Tidak digalakan membeli emas untuk dibuat aset sekiranya pembelian item emas melalui pinjaman peribadi dari bank yang mungkin tidak terbatas kepada penjanjian perkhidmatan sewa beli (pinjaman sewa beli).Pembiayaan peribadi juga boleh diubah suai mengikut penyedia perkhimatan tertentu.Apa yang dituliskan disini adalah analis-analis jangkaan oleh penulis.

HARGA EMAS SEMASA


Gold Price Per Gram in Malaysian Ringgits

     Ringgit Malaysia per Gram
Gold Price Per Kilo in Malaysian Ringgits

     Ringgit Malaysia per Kilo
Harga emas semasa ketika ini sangat baik.Bahkan terdapat aktiviti rancak pada awal tahun ini dalam pembelian emas sektor domestik.

Setakat jam 11.24 pagi ini 5 februari 2018,Harga emas hari ini RM167.73/gram naik RM0.35 .Ini mengalakan permintaan emas.Saya tetap menjangkakan harga emas tidak berada terlalu tinggi sekitar pertengahan tahun ini.Lebih banyak turun itu adalah kebaikan yang boleh direbutkan sebelum harga emas menjadi gila yang tidak dikawal lagi.Harga emas semasa kini masih waras.Emas,adalah item yang sukar untuk dikawal harganya.Kalau ia naik,tak diketahui bila harga emas akan turun.Kalau ia turun,tak diketahui bila kita akan rebut peluang mendapatkanya.

Setakat ini ikut pandangan peribadi,kalau ia turun ke paras rm150 per gram,itu dah saya kira bonus yang datang bergolek mengetuk rumah anda.Ibarat gerhana bulan,jarang-jarang terjadi.Kalau terjadi,berebut orang nak tengok.

Penurunan Harga Emas


Penurunan harga emas memang perkara yang kalau boleh dielakan oleh pelabur.Berbanding penyimpan,hal ini kerana,selain emas kalis inflasi,emas adalah penyimpan aset.Harga emas diselaraskan dengan matawang.Semakin matawang susust,harga emas tetap sama.Harga emas tetap sama cuma yang bergerak ada turun naik matawang.Contoh,selalu seseorang akan semak harga emas setiap hari semalam sebagai contoh harga emas semalam adalah:

Contoh pengerakan harga emas

SEMALAM:RM150.00 SEGRAM
HARI INI:RM155.00 SEGRAM +5.00

Yang bergerak itu adalah harga emas daripada matawang kertas.Emas ditawarkan dipasaran dunia dan dibeli dengan matawang.Kerana matawang ada turun naik,ia selalu ditawarkan dengan menyebut berapa harga emas hari ini,kerana itu disebut hari ini berharga rm155.00 segram.Itu menunjukan bahawa matawang itu susut sebanyak rm5.00 berbanding segram emas.Kalau semakin susut matawang,dan barangan semakin meningkat,ia boleh terkena kesan inflasi.Kuasa beli menurun,dan permintaan berkurang.Ini kalau mengikut pengiraan asas-asas ekonomi.


Catatan
Artikel ditulis berdasarkan pengalaman,analisis,pandangan peribadi sahaja.Tidak mencerminkan prestasi kewangan dan pasaran hadapan akan datang.Dapatkan nasihat perunding-perunding ekonomi,pelaburan yang pakar dan bertauliah sebelum membuat keputusan.Wang anda tangungjawab anda.Amatkan pengurusan kewangan yang pintar.

Sumber:
[1]http://gilahartanah.com/impak-penurunan-opr-yang-pasti-anda-suka-nak-tahu/
[2]http://www.utusan.com.my/bisnes/ekonomi/kenaikan-opr-beri-impak-1.596619
Read More
© 2014 MyEmasSale | Perunding Emas. All Rights Reserved.

Website tuned by http://myemassale.blogspot.my/

Designed By My-Perunding Emas
© 2014 MyEmasSale | Perunding Emas. All Rights Reserved.

Website tuned by http://myperundingemas.blogspot.com/