Perunding Emas: Index Harga Emas Melonjak Setelah Mesyuarat Di FED
close

2018-03-22

Index Harga Emas Melonjak Setelah Mesyuarat Di FED

Index Harga Emas Melonjak Setelah Mesyuarat Di FED


Harga emas menerima bias awal setelah persekutuan rizab Amerika mengumumkan keputusan hasil mesyuaratnya beberapa hari lalu.Dalam faktor lain yang menjadi pendorong kuat kenaikan dan pengerakan harga emas pada bulan mac 2018 ini,kadar inflasi di Britain memungkinkan kepercayaan terhadap emas meningkat.Beberapa hari lalu,Britain mencatatkan kadar inflasinya kepada 2.7% berbanding jangkaan 2.8%.Kadar yang diumumkan 0.1% lebih rendah.Ini mendorong matawang pound sterling berasa tertekan berbanding matawang lain.

Harga emas pada hari ini 22 mac 2018 setakat jam 5.50 pagi,naik 1.73% kepada rm168.16 segram berbanding beberapa hari lalu yang biasa bergerak pada rm166-rm165.00 segram.Adakah index harga emas boleh melepasi rm170.00 segram pada april 2018?

Harga emas walaubagaimanapun mengambil peluang kebaikan ini,apabila sekali lagi unggul sebagai item kalis inflasi.Akan tetapi saya berharap harga emas tidak melepasi index rm200 segram sehingga tahun 2018 berakhir ini adalah bagi menambah stok simpanan dan aset-aset jangka sederhana iaitu daripada 2018-2020 akan datang.
Sponsor

Bagaimana dengan analisis akan datang?

Analisis jangka hadapan amat terkait rapat dengan situasi luar jangka dan kadar inflasi yang berupada-ubah pada setiap suku tahuan.Jadi ini memainkan beberapa faktor dalam mempengaruhi harga emas.Jangkaan saya adalah kerajaan amerika syarikat sejak di ambil alih oleh presiden baru mereka,amat galak dalam menarik pelabur untuk melabur didalam sektor kewangan dan pelaburan didalam negara.Pelabur-pelabur juga mengintai polisi-polisi yang menguntungkan jangka sederhana selain kestabilan dalam politik.Kalau kurang kestabilan politik,pelabur tidak akan berani mengambil risiko ini kerana nilai matawang bleh terkesan dan keuntungan berasaskan keyakinan dan permintaan akan berkurang dan merugikan mereka.

Faktor-faktor lain yang menyusutkan kadar inflasi adalah harga minyak yang masih di dagangkan dalam jajaran rendah.Hal ini mendorong kurangnya kepenggunaan bahan api selain mengurangkan kos operasi berasaskan bahan api seperti perhantaran pesanan,dan lain-lain yang menggunakan sumber bahan api yang kerap seperti sektor pengankutan.

Saya menjangkakan ekonomi Malaysia akan menjadi lebih mantap pada tahun 2018,dan mengharapkan aktiviti perekonomian rakyat kembali bergerak cergas sekaligus merancakkan kembali pertumbuhan ekonomi negara ini.Bagi mewujudkan suasana harmoni didalam ekonomi,industri Iks perlu diberikan sokongan untuk mendapatkan pasaran,ini kerana peranan iks amat penting selain masyarakat sudah mulai mengambil inisiatif memulakan iks secara berperingkat dan baru.



Secara kesimpulanya,masyarakat perlu memperbagaikan corak bentuk simpanan bagi menghadapi cabaran-cabaran akan datang yang tidak diduga.Antara mulai menyimpan emas fizikal seperti goldbar.Ini kerana,emas amat bertindak balas kepada sistem kewangan dan ekonomi yang diluar dugaan seperti ketika ini,apabila sesuatu isu timbul atau cuaca iklim pasaran berubah dimana pelabur mengambil langkah berhati-hati untuk memasuki pasaran,emas boleh dijadikan play safe atau safe heaven yang mantap.Ini kerana,didalam sektor ekonomi,akan terbit dan tidak dpaat lari dari risiko-risiko luar jangka.

Penulis Perunding Emas Malaysia & Pengedar golbar 999 seluruh Malaysia


Nota-Analisis adalah pandangan peribadi penulis.Tidak mengambarkan jangkaan pasaran dan prestasi masa depan.Sila rancang kewangan anda dengan bijak.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

© 2014 MyEmasSale | Perunding Emas. All Rights Reserved.

Website tuned by http://myemassale.blogspot.my/

Designed By My-Perunding Emas
© 2014 MyEmasSale | Perunding Emas. All Rights Reserved.

Website tuned by http://myperundingemas.blogspot.com/