Perunding Emas: News
close
Memaparkan catatan dengan label News. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label News. Papar semua catatan

2018-07-03

Harga Emas Bergerak Dibawah Rm163.00 Segram

harga emas 3 julai 2018


Sekian lama saya menunggu untuk harga emas bergerak menghampiri rm160.00 segram.Data yang dapat saya ambil setakat jam 19.30 petang 3 julai 2018,menunjukan harga emas berada pada paras rm162.35 segram.



Harga emas bergerak secara trendingnya menurun minggu ini setelah berberapa hari dalam keadaan neutral.Harga emas tertekan berikutan pengukuhan matawang dollar Amerika Syarikat.Penurunan harga emas ketika ini adalah terendah sejak bulan november atau disember tahun lalu disamping kurangnya permintaan emas dipasaran.

Daripada capaian data kontrak bulan ogos 2018,Harga emas untuk kontrak hadapan pada penutupan perdagangan Isnin melemah US$12,80 atau 1,02% ditutup ke US$1.241,70, sekaligus menjadi harga terendah sejak Desember 2017.

Harga emas kebiasaanya bertindak balas terhadap matawang dollar.Dengan pengukuhan dollar tersebut membuat harga emas menjadi turun dan terdapat pada kelebihan untuk peminat emas membeli dengan harga sedikit rendah.

Bagi pelabur emas,ini mungkin masa yang suram untuk mereka kerana mereka terpaksa meresap kerugian hasil penuruan tersebut.Emas masih di yakini dalam jangka panjang menjelang 2020 sebagaimana analisis menjangkakan harga item itu akan naik sehingga rm500.00 segram.

Mungkin saja buat waktu ini,harga emas boleh bergerak sehingga rm160.00 segram.Kalaulah harga emas bergerak serendah itu,ini bagi pendapat peribadi saya amat baik kepada pembeli untuk membeli dan menyimpan emas.Anda mungkin tak akan jumpa lagi emas  serendah ini pada masa akan datang.

Perunding Emas Malaysia

Syed Hussein @Ahli powergold berdaftar
Boleh hubungi saya untuk mula simpan emas sebagai aset tetap jangka panjang.Beli emas dapat emas.1 Bulan 1 gram.

goldbar murah malaysia



Nota-Penulisan adalah analisis peribadi.Tidak mengambarkan pasaran masa depan.Rancang kewangan anda dengan bijak.


Read More

2018-02-05

Kadar Dasar Semalaman (OPR) 3.25% Dan Kesan Terhadap Emas

.
.Kadar Dasar Semalaman (OPR) 3.25%Kadar Dasar Semalaman (OPR) 3.25%
.
Kenaikan Kadar Dasar Semalaman/Overnight Policy Rate naik sebanyak 25 mata kepada 3.25% diumumkan oleh Bank Negara Malaysia pada bulan januari (2018) yang lalu.Dimana pengumuman ini dijangka memberikan beberapa kesan-kesan setara kenaikanya termasuk pengukuhan matawang ringgit,aliran tunai dalam negara,serta beberapa impak didalam ruangan sektornya yang mana turut diserta oleh pengguna-pengguna sendiri.

Penglibatan pengguna didalam kesan ini tidak secara menyeluruh.Secara kasar penjelasan mengenai kadar dasar semalaman ini atau disebut sebagai OPR,memetika daripada tulisan tersebut:

"Overnight Policy Rate (atau Kadar Dasar Semalaman) adalah kadar faedah yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia.

Ia adalah kadar yang dikenakan oleh bank yang berikan pinjaman dekat bank yang meminjam sejumlah dana (duit).Duit yang ada dalam sesebuah bank boleh jadi bertambah atau berkurang setiap hari, bergantung pada aktiviti seperti pengeluaran atau deposit oleh pelanggan.Nak mudah faham, bank akan pinjamkan sebanyak mungkin kepada pelanggan setiap hari. Sebab ini adalah salah satu cara bank buat duit.Dan bila dah tamat waktu operasi, ada bank yang mempunyai lebihan atau kekurangan duit dalam simpanan mereka.

Bank pula perlu memastikan jumlah tertentu dikekalkan dan disimpan dalam bank setiap hari.Bila terjadi antara 2 situasi ni, bank (yang tak cukup duit) terpaksa meminjam sejumlah duit untuk satu tempoh masa (semalaman).Mereka akan meminjam daripada bank lain (yang mempunyai lebihan dana) atau dekat BNM sendiri.Dan pembiayaan ini akan dikenakan Kadar Faedah Semalaman (OPR) yang telah ditetapkan oleh BNM. Semua ini bagi memastikan sistem perbankan kekal stabil.OPR hanya dikenakan dekat institusi kewangan, dan bukan dekat pelanggan (kita).Pengurangan kadar OPR akan memberi kesan dekat kos pinjaman antara bank, yang akhirnya akan menjurus kepada kesan berangkai."[1]

Kesan-kesan berangkai tersebut amat spesifik dan tidak dapat ditetapkan sejauh mana impaknya.Merujuk kepada pakar-pakar analisis ekonomi dan dalam sektor jualan,

"Menurut CIMB Research, Proton Holdings Bhd. dan Perusahaan Otomobil Kedua Negara Sdn. Bhd. (Perodua) boleh terjejas susulan pendedahan kedua syarikat itu terhadap pasaran massa.
Jelas firma penyelidikan itu, BNM mungkin menaikkan OPR sebanyak 25 mata asas kepada 3.25 peratus pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari bank pusat itu esok.
Tambahnya, BNM telah mengekalkan OPR yang menjadi pe­nanda aras rujukan pinjaman pada tiga peratus sejak Julai 2016 dan sekiranya berlalu kenaikan, ini bermakna kadar faedah yang lebih tinggi dikenakan untuk pinjaman."[2]

KESAN OPR NAIK TERHADAP EMAS


Index kadar dasar semalaman (OPR) tidak mempengaruhi harga emas.Ini kerana harga emas ditentukan berdasarkan pasaran dunia.Sebarang aktiviti jual beli emas adalah berdasarkan permintaan dan penawaran emas dipasaran.Permintaan emas tetap meningkat sama ada OPR turun atau naik keran emas tidak terkait dengan kadar-kadar faedah yang dibuat oleh bank-bank.Emas ada item yang bebas dari pengaruh bank.Bank di dunia tidak dapat menentukan harga emas.Sebaliknya,harga emas ditentukan oleh pasaran dunia.Peningkatan index kadar semalaman lebih tertumpu kepada aliran-aliran tunai matawang dan proses pengukuhan matawang dan matawang itu dikeluarkan oleh bank-bank manakala emas tidak dikeluarkan oleh bank melainkan emas dilombong oleh kilang-kilang sebelum diproses mencari emas kepada beberapa jenis item seperti:

Goldbar,Dinar dan juga BK (barangan kemas).

Kualiti emas itu akan menentukan harga emas disamping penawaran dan permintaan dipasaran.Seandainya emas dikawan oleh bank-bank,emas tidak lagi akan menjadi pengukuhan aset dan pelindung nilai.Kepercayaan emas akan hilang seandainya emas dikawal oleh pihak-pihak tentu.Setakat ini,belum ada firma yang mengawal emas,kecuali kawalan terhadap kualiti emas supaya kualiti dan piawai emas terjamin tulen.

Dengan itu,digalakan membeli emas secara tunai atau secara tidak berhutang.Pembelian emas dengan berhutang akan meningkatkan kesan terkena impak OPR kerana membeli emas menggunakan wang hasil pinjaman.Bank-bank boleh mengubah suai kadar faedah pinjaman terhadap mana-mana jenis pinjaman tidak terhadap kepada pinjaman perumahan,kereta,peribadi dan sebagainya.Ini sedikit kemungkinan akan mengurangkan pembelian emas datang hasil pinjaman.Tidak digalakan membeli emas untuk dibuat aset sekiranya pembelian item emas melalui pinjaman peribadi dari bank yang mungkin tidak terbatas kepada penjanjian perkhidmatan sewa beli (pinjaman sewa beli).Pembiayaan peribadi juga boleh diubah suai mengikut penyedia perkhimatan tertentu.Apa yang dituliskan disini adalah analis-analis jangkaan oleh penulis.

HARGA EMAS SEMASA


Gold Price Per Gram in Malaysian Ringgits

     Ringgit Malaysia per Gram
Gold Price Per Kilo in Malaysian Ringgits

     Ringgit Malaysia per Kilo
Harga emas semasa ketika ini sangat baik.Bahkan terdapat aktiviti rancak pada awal tahun ini dalam pembelian emas sektor domestik.

Setakat jam 11.24 pagi ini 5 februari 2018,Harga emas hari ini RM167.73/gram naik RM0.35 .Ini mengalakan permintaan emas.Saya tetap menjangkakan harga emas tidak berada terlalu tinggi sekitar pertengahan tahun ini.Lebih banyak turun itu adalah kebaikan yang boleh direbutkan sebelum harga emas menjadi gila yang tidak dikawal lagi.Harga emas semasa kini masih waras.Emas,adalah item yang sukar untuk dikawal harganya.Kalau ia naik,tak diketahui bila harga emas akan turun.Kalau ia turun,tak diketahui bila kita akan rebut peluang mendapatkanya.

Setakat ini ikut pandangan peribadi,kalau ia turun ke paras rm150 per gram,itu dah saya kira bonus yang datang bergolek mengetuk rumah anda.Ibarat gerhana bulan,jarang-jarang terjadi.Kalau terjadi,berebut orang nak tengok.

Penurunan Harga Emas


Penurunan harga emas memang perkara yang kalau boleh dielakan oleh pelabur.Berbanding penyimpan,hal ini kerana,selain emas kalis inflasi,emas adalah penyimpan aset.Harga emas diselaraskan dengan matawang.Semakin matawang susust,harga emas tetap sama.Harga emas tetap sama cuma yang bergerak ada turun naik matawang.Contoh,selalu seseorang akan semak harga emas setiap hari semalam sebagai contoh harga emas semalam adalah:

Contoh pengerakan harga emas

SEMALAM:RM150.00 SEGRAM
HARI INI:RM155.00 SEGRAM +5.00

Yang bergerak itu adalah harga emas daripada matawang kertas.Emas ditawarkan dipasaran dunia dan dibeli dengan matawang.Kerana matawang ada turun naik,ia selalu ditawarkan dengan menyebut berapa harga emas hari ini,kerana itu disebut hari ini berharga rm155.00 segram.Itu menunjukan bahawa matawang itu susut sebanyak rm5.00 berbanding segram emas.Kalau semakin susut matawang,dan barangan semakin meningkat,ia boleh terkena kesan inflasi.Kuasa beli menurun,dan permintaan berkurang.Ini kalau mengikut pengiraan asas-asas ekonomi.


Catatan
Artikel ditulis berdasarkan pengalaman,analisis,pandangan peribadi sahaja.Tidak mencerminkan prestasi kewangan dan pasaran hadapan akan datang.Dapatkan nasihat perunding-perunding ekonomi,pelaburan yang pakar dan bertauliah sebelum membuat keputusan.Wang anda tangungjawab anda.Amatkan pengurusan kewangan yang pintar.

Sumber:
[1]http://gilahartanah.com/impak-penurunan-opr-yang-pasti-anda-suka-nak-tahu/
[2]http://www.utusan.com.my/bisnes/ekonomi/kenaikan-opr-beri-impak-1.596619
Read More

2017-08-29

Harga Emas Hari Ini 29 Ogos 2017

Salam hangat dari saya perunding emas anda


Harga Emas Hari Ini 29 Ogos 2017


Harga emas hari ini diniagakan cergas.Prestasi harga emas mencatatkan kenaikan yang mendadak susulan pasca even terbaru persekutuan rizab amerika baru-baru ini.
Gold Price Per Gram in Malaysian Ringgits

     Ringgit Malaysia per Gram
Gold Price Per Kilo in Malaysian Ringgits

     Ringgit Malaysia per Kilo


Setakat pada pagi ini untuk hari ini,harga emas dicatat berada pada paras rm180.70 segram,sementara emas diniagakan rm180700.58 per kilogram.Sokongan terhadap emas mencatatkan peningkatan dan kepercayaan tinggi berbanding dollar amerika.Dalam persaingan euro dan dollar amerika,matawang euro minggu ini kelihatan mendominasi berbanding dollar.Sementara harga emas juga memberikan dominasi dipasaran berbanding dollar.Lihat harga emas pada 25 ogos 2017

Emas mempunyai struktur semulajadi sebagai item berharga yang tetap menjadi pilihan sebagai aset simpanan (seperti dinar dan goldbar) mahupun pelaburan.
Read More

2017-08-25

Risiko Hutang Amerika Syarikat Cecah $20 Trilion

Hutang amerika syarikat baru-baru ini telah hampiri paras risiko kegagalan debitnya apabila dilaporkan oleh jabatan pembedaharaan negara itu beberapa kali tahun ini.Terkini dilaporkan bahawa,hutang kerajaan amerika syarikat berjumlah $19.8 trilion setakat ogos 2017.Had siling bagi membuat pinjaman hutang negara itu ditetapkan tidak melebihi $20 trilion dollar amerika.
Risiko Hutang Amerika Syarikat Cecah $20 Trilion
Hutang Vs Pendapatan

Tanpa membuat pinjaman,amerika dikatakan akan mengalami kegagalan dalam struktur kewangan seperti kegagalan dalam pembayaran gaji sektor kerajaan dan pembelanjaan operasi mengurus kerajaan.Ini mengundang kebimbangan ahli-ahli kongress mengenai risiko dalam kewangan yang boleh menjejaskan prestasi pasaran kewangan.

Dalam menegaskan nada amaran itu,Setiausaha pembendaharaan amerika syarikat,Steven Mnuchin berkata,jabatanya telah berulang kali memberi nasihat dan amaran mengenai risiko yang bakal dihadapi negara itu andai kata had pinjaman hutang mereka tidak di tingkatkan walaupun had pinjaman itu ditentang oleh ahli-ahli kongres amerika syarikat.

Amerika syarikat menetapkan had siling hutang pinjaman mereka sebanyak $20 trilion dollar amerika dan kini memelukan ahli kongres untuk menaikan jumlah had pinjaman bagi membuat pinjaman hutang supaya operasi kewangan negara itu dapat berjalan seperti biasa.Tanpa menaikan had hutang pinjaman tersebut,amerika tidak memiliki sumber kewangan yang cukup untuk menampung bil-bil operasi yang bakal mereka tangung terutama menjelang akhir september ini.

Situasi ini tidak memberikan amerika banyak pilihan selain memcari jalan supaya had hutang pinjaman dinaikan walau berhadapan risiko yang sama pada masa depan.Sementara itu,setiasausaha akhbar White House,Sarah Huckabee menyatakan pada selasa lalu bahawa pentadbiran Trump inginkan had siling hutang negara itu dinaikan dengan segera bagi menampung belanjawan negara.Amerika syarikat telah mengalami defisit yang sangat tinggi hingga terpaksa membuat pinjaman bagi menampung belanjawan negara itu setelah sekian lama.




Read More

2017-08-22

Rupa Bentul Goldbar Amethyst 1 Gram

Sebelum ni saya di tanya mengena rupa bentuk Goldbar emas 999.Pada kebiasaanya,ramai orang akan beranggapan mengenai emas hanya terhad untuk perhiasan seperti cincin,subang,rantai gelang dan lain-lain.Fungsi emas sebenarnya tak terhad kepada emas perhiasan.Yang selalu digunakan untuk emas perhiasanan diperbuat daripada emas berkualiti 916.Mana kala untuk goldbar,emas berketulenan 24 karat sesuai dijadikan bentuk simpanan.Kerana emas 999 sifatnya lembut,kurang sesuai dijadikan cincin.Kerana mudah bengkok.Cincin 916 tu pun dah senang nak kemek atau rosak.

Goldbar keluaran amethyst 999

Oleh kerana ada seorang kakak ni bertanya mengenai goldbar,jadi saya tulis sedikit penerangan.Saya tengok akak ni pun memang minat pasal emas.Satu per satu saya terangkan daripada emas 916 hinggalah emas 999.Saya perkenalkan kepada dia tentang goldbar,dinar dan syiling emas keluaran amethyst.

Goldbar keluran amethyst adalah diperbuat daripada emas fine gold 24 karat.Emas pure dengan emas fine gold lain.Yang pure tu bermaksud asli.Yang fine tu bermaksud emas yang di leburkan balik.Emas asli dari sumber dari ladang..hehe 'Segar dari ladang'.Sebab tu adalah tertulis fine gold dengan pure gold.Cuma nak bezakan kualiti emas-emas ni adalah berdasarkan gred.Ada yang 999 paling tinggi,917,916,dan kebawah.Gred lama yang biasa digunakan contoh 24 karat,22 karat,18 karat sampailah 9 karat pun masih ada nilai selagimana ia emas.

Jom saya belanja gambar-gambar goldbar...

induk goldbar
Ni Ibu Goldbar (Jongkong Emas Kilo2)

Ibu goldbar ni orang tak simpan kat rumah.Tempat simpan jongkong emas adalah lengkap dengan ciri keselamatan dan pengawal keselamatan.Berat jongkong emas pun bukan dalam unit gram.Biasanya paling kurang 1 kilogram emas.Biasa disimpan oleh pemerintah negara,bank,syarikat-syarikat atau hartawan dan ahli perniagaan.Mereka menyimpan dalam bentuk emas adalah untuk mengelak kesan-kesan inflasi dan risiko kegagalan matawang (wang fiat susut nilai),atau kejatuhan matawang.Bila kejatuhan matawang,mereka yang menyimpan wang tunai dalam bentuk matawang negara itu,akan turut terkena tempias,walaupun bukan mereka yang penyebab kejatuhan matawang,tapi kerana mereka simpan wang dalam bentuk matawang negara tu,akan terkesan.Kalau seseorang itu simpan emas,dia mungkin boleh pindahkan ke matawang lain tanpa masalah kalau dia nak tanpa susut nilai (asalkan emas tu dia punya dan tak dicagarkan).

Emas goldbar 1 gram powergold
Yang Ini baru dianggap goldbar mampu milik

Goldbar amethyst 1 gram 999.Ini lah anak-anak jongkong emas yang dipotong kecil-kecil jadilah berat dia 1 gram saja.Bila saya terangkan pada kakak tersebut,dia jadi begitu semangat nak tahu lebih,apa lagi saya tinggalkan nombor whatsapp saya untuk dia whatsapp bila-bila masa.Setakat ni memang dia ada rasa nak menyimpan dalam emas fizikal.Saya cadangkan pada dia,goldbar adalah item terbaik untuk simpanan.Saya pun nak tambah goldbar ni dalam inventori simpanan emas fizikal saya pelahan-lahan.1 GRAM pun kalau 12 bulan kosisten dah berapa? tak ke jadi 12gram emas setahun...kalau sekarang (setakat 22 ogos 2017)  harga 10g goldbar adalah rm2,067.00,tahun depan tak tahu la berapa.Kalau dia naik 50% wow! gi haji deme..

Simpan 1gram sebulan goldbar
Simpanan Goldbar Jangka Panjang

Simpanan goldbar sikit-sikit macam kat atas tu.Kalau jadikan dalam bentuk simpanan tetap.Simpan untuk pergi haji,umrah,kawin,hantaran,hadiah dan sebagainya.Untuk buat modal berniaga pun boleh.Untuk buat bayar hutang pun boleh.Pajak goldbar tu di Ar Rahnu Xpress,dapatlah duit tunai.

Bila emas dah cukup syarat zakat,boleh isi borang untuk keluarkan zakat.Jangan kumpul ems sampai lupa nak bayar zakat.Bila dah bayar zakat,diharap simpanan emas tu berkat seadanya.
Setiap goldbar amethyst dilengkapi nombor siri.
Setiap goldbar amethyst dilengkapi nombor siri

Didatangkan dalam paket yang menarik.Simpan sikit dulu,ada duit lebih tukar kepada goldbar.Bila arasa nak pakai duit sebab ada emegercy,boleh cagar di ar rahnu xpress macam saya terangkan tadi kat atas.

Kalau tak ada kes kecemasan,simpan dan terus simpan.Panjang umur pergi haji/umrah.Cagarkan goldbar tu pada ar rahnu,duit tu pergilah haji/umrah.Bila selesai haji/umrah,tebus balik satu-satu surat pajak tu.Asingkan surat pajak tu satu goldbar satu sura pajak.Jangan campur semua goldbar dalam 1 surat pajak.nak tebus nak dah tak boleh tebus satu satu.Sebab dah semua dalam satu surat.Kalau asing-asing surat,bole tebus satu surat satu surat dulu.

Macam mana nak beli goldbar amethyst ni? Isi borang BORANG PESANAN PEMBELIAN nanti anda ikut langkah-langkah tersebut.

My Perunding Emas


Read More

2017-08-07

Harga Emas Dipasaran Dunia Dijangka Rendah Minggu Depan

Untuk minggu depan,harga emas dijangka rendah bermula minggu kedua pada bulan ogos 2017 berikutan dollar amerika yang akan mengukuh pada minggu yang sama.

Pertembungan dua item pasaran dunia ini memberikan peluang kepada peminat emas untuk mendapatkan emas dengan harga lebih rendah minggu kedua bulan ogos 2017,dimana lebih tumpuan diberikan kepada dollar berbanding emas.

Beberapa siri permintaan dollar mungkin mendorong harga emas diniagakan dalam kedudukan rendah pada tempoh tersebut.

Harga Emas Dipasaran Dunia Dijangka Rendah Minggu Depan
USD VS EMAS

Pengaruh dollar amerika sememangnya ada memberikan kesan-kesan secara tak langsung kepada emas.


Spot analisis minggu kedua bulan ogos 2017
Spot Harga Emas Semasa Terkini 2017

Analisis Minggu Kedua Bulan Ogos 2017


Harga Emas diramalkan bergerak diantara kedudukan $1,259.00 hingga $1,261.00,harga emas berpontensi lonjak kepada paras $1,270.00.Dalam jangkaan menurun pula,kalau ia berada pada kedudukan $1,255.00 hingga $1,250.00,harga emas berpotensi bergerak kepada paras rendah sehingga mencecah pada angka $1,230.00 atau lebih rendah lagi.

My Perunding Emas

Tips-Amalkan pengurusan kewangan yang bijak.Analisis adalah tidak mengambarkan jaminan yang murtamad.Boleh berubah berdasarkan lain-lain pengaruh seperti politik,harga minyak,dan sebagainya.Paparan analisis adalah berdasarkan Dollar amerika vs Emas dunia saja.



Read More

2017-07-05

Set Barangan Emas Sesuai Untuk Hantaran Perkahwinan

Ini dia set yang ideal untuk pengantin lelaki menjadikan barangan emas sebagai hantaran buat pasanganya yang dicintai.
Set Barangan Emas Sesuai Untuk Hantaran Perkahwinan




Dihari bahagia itu,dengan hantaran yang membuatkan pengantin wanita berasa teruja dan begitu mengkagumkan.Set-set ini sebenarnya bukan ditetapkan.Tapi dipilih-pilih mengikut kadar hantaran dua sejoli.


Set Barangan Emas Sesuai Untuk Hantaran Perkahwinan
Kalau masa lalu,wang kertas menjadi pilihan.Tapi kini,emas fizikal dalam perbagai bentuk semakin menjadi tren.Dapat juga disimpan sebagai aset rumah tangga yang kukuh dan stabil berbanding wang wang tunai sebagai hantaran.Si isteri juga boleh memainkan peranan penting dalam memberi stabilan ekonomi rumah tangga dengan menyimpan emas.Dengan ini,rumah tangga tak mudah goyah dek dilanda kegawatan ekonomi rumah tangga kalau-kalau berlaku perkara luar dugaan.


Dengan adanya emas fizikal sebagai simpanan aset.Ia berperanan sebagai penyokong penstabilan ekonomi.Juga menjadi benteng terakhir dalam menjadi pertahanan ekonomi sesuatu rumah tangga apabila kehabisan wang tunai.Emas fizikal tersebut boleh dipajak bagi mendapatkan wang segera bagi keperluan yang mustahak dan penting.


Tak Digalakan Pajak Emas


Tidak disarankan untuk menggunakan wang pajakan untuk pembelian-pembelian atau perbelanjaan yang tak berapa mustahak seperti beberapa senarai berikut;


  • Pembelian perabut baru
  • Pembelian alat-alat peribadi baru seperti kelengkapan kosmetik
  • Pembelanjaan bercuti
  • Pembelian membeli belah tidak terancang
  • Pembelian dan pembelanjaan yang bukan bersifat mustahak lain
Set Barangan Emas Sesuai Untuk Hantaran Perkahwinan
Semua senarai diatas anda boleh nilaikan keperluan semasa.Adakah ia benar-benar diperlukan sehingga anda perlukan wang tunai dengan memajak emas fizikal tersebut?Pertimbangkan adakah pembelian tersebut bersifat tambah nilai,menyelamat atau pembelian pembelanjaan hangus?pembelanjaan hangus maksudnya tidak membawa hasil atau sekadar tidak diperlukan sangat.

Pajak Bila Perlu


Boleh dipajak andai wang tunai tersebut sangat diperlukan seperti:

  • Mengalami kejadian luar dugaan seperti sakit (memelukan wang untuk pembayaran bil-bil hospital)
  • Menggunakan wang pajakan untuk membayar hutang yang sama dengan nilai wang pajakan seperti pinjaman ptptn,mara,dan sebagainya,dengan alasan tak nak pinjam duit orang lain semata-mata nak bayar pinjaman lain.Dari situ pinjaman kewangan tak selesai-selesai.
  • Tak berniat untuk membuat pinjaman lain.Dengan cara ini,gunakan emas itu sebagai penyelesaian terakhir bagi menyelesaikna baki hutang yang ada.
  • Mampu menjelaskan wang pajakan dalam tempoh yang ditetapkan setelah emas tersebut dipajak (mampu tebus balik emas)
  • Menggunakan wang pajakan untuk urusan penting yang mustahak yang tak menyebabkan tempoh tebus emas tu menjadi tergendala.
Selalunya,emas fizikal ni tak digunakan kecuali bagi tujuan penyimpan aset.Macam bertindak sebagai besi konkrit yang menghalang sesuatu bangunan itu runtuh serta-merta.Berbanding orang yang tidak miliki emas,ekonominya terdedah kepada keruntuhan yang tinggi dengan serta merta terutama INFLASI.

Kelebihan Emas Vs Wang Tunai


Inflasi begitu tinggi akan menjejaskan potensi wang tunai kerana,wang kertas sangat sensitif dengan iklim-iklim global,politik dan persekitaran yang bercelaru.Banding emas,ya bersifat kukuh dan sentiasa ada permintaan.Emas adalah alat matawang yang dipercayai dan diterima diseluruh dunia.Emas walaupun bengkok,patah,atau cair kepanasan,masih laku dan tetap dianggap emas walaupun nilainya sesudah perkara tu akan menjadi susut sikit kerana perlu dilebur balik.Jadi kos susut nilai tu diserap untuk kos melebur emas bagi tujuan dibentuk balik.Bandingkan dengan wang tunai? kalau koyak,terconteng,ada kesan-kesan yang sensitif sikit,terbakar sikit,dan faktor-faktor lain,nilainya serta merta tak laku.Tak ramai nak terima kalau ada wang tunai yang koyak sikit apatah lagi koyak separuh.

Zakat Emas


Zakat emas perlulah dibayar apabila cukup syarat zakat emas.Mereka yang ingin membayar atau menafsir nilai emas yang dimiliki hendaklah merujuk kepada pusat zakat di negeri masing-masing bagi tujuan tersebut.

Kenapa Emas Perlu Zakat?


Emas termasuk dalam kategori harta kekayaan.Emas adalah logam bernilai.Ia menjadi alat tukaran diterima ramai.Dikenakan zakat hanya pada kadar tertentu.Anda boleh bertanyakan kepada pegawai pusat zakat dicawangan berdekatan anda untuk maklumat yang lebih tepat dan menepati syarak.

Bagaimana Mendapatkan Emas Dengan Harga Berpatutan?


Harga emas memang turun dan naik.Jarang turun tapi selalu naik.Untuk dapatkan emas fizikal dengan harga berpatutan walau harga emas semasa naik,jadilah ahli.Hanya cara tu saja boleh membuatkan anda membeli emas dengan harga berpatutan walau harga emas sedang naik,tapi anda boleh mendapatkan emas dengan harga lebih rendah dari harga pasaran dengan menggunakan kelebihan harga ahli.

Bagaimana Nak Jadi Ahli?


Nak jadi ahli adalah mudah.Cuma bayar yuran keahlian sekali seumur hidup.Ya.Yuran keahlian powergold adalah sekali seumur hidup untuk setakat ni.Ada beberapa pakej ahli yang boleh dipilih.Saya boleh terangkan pakej-pakej tersebut pada harga mampu dan berpatutan.Disamping itu terdapat hadiah sampingan kepada ahli yang menjadi ahli berdaftar yang sah.Banyak lagi kelebihan bukan setakat beli emas harga ahli.Banyak lagi manfaat lain yang tak difikirkan.Jika berminat untuk bertanya dan menjadi ahli,boleh hubungi saya atau tinggalkan komen dibawah untuk saya hubungi anda kembali.Inn shaAllah,saya cuba membantu untuk mencapai matlamat aset kewangan anda menjadi stabil Salam sayang dari saya.

Emelkan pertanyaan anda ke email syedhusseinalmuhammad@gmail.com atau syedhusseinproniaga@gmail.com

My Perunding Emas

Menbantu Perancangan Aset Kewangan Yang Stabil

Read More

2017-07-04

Membeli Sijil Simpanan Premium BSN

Baru-baru ini untuk pertama kali saya telah membeli SIJIL SIMPANAN PREMIUM atau SSP.Pada mulanya,memang tak tahu apa fungsi sijil ni.Setakat yang saya tahu,simpan duit ada buku akaun.Tapi untuk sijil simpanan premium ini,diberikan nombor sijil.

Pertama kali beli di cawangan bsn menerusi mesin atm.Saya pergi ke cawangan untuk mengetahui sendiri kelebihan sijil simpanan premium ini.Alhamdulillah,setelah ke cawangan,barulah saya tahu akan manfaat yang boleh didapati melalui sijil simpanan premium.

Yang saya suka akan manfaat dia adalah,sijil ini dengan sebab memiliki simpanan sebanyak katakan rm5000 sijil simpanan premium,boleh membuat pembiayaan peribadi-i sebanyak sehingga 95% (yang terkini setakat julai 2017)daripada jumlah nilai SSP penyimpan.Faham ye?kalau tak faham boleh hubungi cawangan bsn terdekat atau pergi ke cawangan bsn terdekat.

Kelebihan lain yang menjadi buruan ramai adalah CABUTAN BERTUAH SSP.Tak pasal-pasal simpan rm10.00 jadi jutawan,siapa nak tangungjawab? jawablah sendiri haha..

Sijil Simpanan Premium BSN SSP


Membeli Sijil Simpanan Premium BSN

Apa Syarat Memohon Membeli Sijil Simpanan Premium?

Kanak-kanak seusia umur 12 tahun juga boleh.Inilah masanya untuk mendidik kanak-kanak menyimpan walau seminima rm10.00.Sijil simpanan premium ini boleh dibeli dengan harga rm10.00 keatas.Bukan ribu-ribu,tapi serendah rm10.0 dah pun boleh beli untuk menyimpan sambil berpeluang menangi cabutan bertuah.

Membeli Sijil Simpanan Premium BSN

Dimana Nak Beli Sijil Simpanan Premuim BSN?


Seperti biasa.Dikaunter-kaunter cawangan bsn,mesin atm,cdm tunai,ejen bank berdaftar tunai,perbankan intenet (mybsn),perbankan sms.Saya beli ssp ni menerusi atm.Boleh je beli melalui senarai berikut.Online pun boleh.Mudah dan dihujung jari.Lepas tu pilih berapa amaun yang nak beli.Bila dah beli tu simpan resit untuk rujukan masa depan.Kalau beli melalui online tu print lah detail urusan tu untuk rujukan masa depan.

Membeli Sijil Simpanan Premium BSN

Selain menyimpan wang menurusi Sijil Simpanan Premium,boleh juga menyimpan aset didalam bentuk emas.EMAS? ya emas.Bagaimana?boleh hubungi saya atau tinggalkan komen dibawah.

My Perunding Emas

emelkan pertanyaan ke syedhusseinalmuhammad@gmail.com
Jangan lupa LIKE FB PAGE myperundingemas

Read More

2017-06-27

Software Perakaun Sage Ubs

Software Perakaun 
Software Perakaun Sage Ubs


Siapa yang biasa dengan sistem perakaun ubs?berpuas hati dengan sistem ubs sekarang? setakat ini bagi saya yang baru ditugaskan dalam perakaunan mula-mula memang serabut sikit nak fahamkan fungsi dengan sistem perakaunan ni.

Mana tidaknya,bos (pengurus) tempat saya kerja tu punyalah laju dia ajar,sekali imbas pula tu.Tapi mujur,saya dapat masuk dengan cepat.Fokus..fokus..haha..akhirnya dapat juga handle set akaun ubs tu dengan baik.Alhamdulillah.

Jadi saya kongsi sikit pasal sistem ubs ni.Boleh cuba guna sage ubs untuk syarikat atau juga peribadi.
Boleh klik disini SAGE UBS APPLIKASI (PRODUK BERBAYAR) 


Software Perakaun Sage Ubs
Produk dari sage ni berbayar,terdapat pembahagian sistem software yang di khusus kan untuk payroll,akauntan,dan lain-lain cabang ubs.

Contoh diatas tu tentang sistem atau perisian dalam ubs.Perisian yang baik bagi saya ni ikut pengalaman sayalah,adalah menawarkan sistem yang ada backup data,bebas dari ancaman godam,ada sokongan atau support clien,perisian yang terkini dan menawarkan kemaskini kalau ada apa-apa news yang membolehkan ia dikemaskini dan lain-lain lagi.

Setakat inilah,di tempat saya kerja,ia perisian yang digunakan memang okey,tapi bukan perisian sage ni,tapi lain pengeluar.Tapi mungkin masa akan datang,boleh cuba software dari sage sebab nampak lebih friendly banding software yang saya guna sedia ada ni yang agak walaupun okey tapi padat naik sakit kepala orang tengok.

Aii kenapa tertiba buka cerita pasal UBS ni,Sebenarnya nak kongsi pengalaman saja.Semperna hari raya aidilfitri ni,saya mengucapkan selamat hari raya kepada semua yang menyambut perayaan islam ni.Maaf zahir batin.Nak beli emas,hubungi saya okey.Raya ke-4 saya dah kena kerja,sebab cuti tak banyak yang tinggal.Raya aidiladha pun entah cukup tak cuti.Nak simpan stanby.Biasanya paling sikit saya akan stanby 3 hari annual leave untuk kecemasan.


My Perunding Emas
Read More
© 2014 MyEmasSale | Perunding Emas. All Rights Reserved.

Website tuned by http://myemassale.blogspot.my/

Designed By My-Perunding Emas
© 2014 MyEmasSale | Perunding Emas. All Rights Reserved.

Website tuned by http://myperundingemas.blogspot.com/