Memaparkan catatan dengan label Tips Membeli Emas. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tips Membeli Emas. Papar semua catatan
2017-08-22
2017-08-17
Tips Simpan Emas : Pilih Goldbar 999 Atau Barang Kemas 916
Tips Simpan Emas ini saya kongsikan supaya anda dapat sama-sama membuat pilihan berdasarkan keperluan menyimpan.
Apa yang perlu anda pilih dan tetapkan? apa yang anda mahukan bila menyimpan goldbar emas 999 dengan barangan kemas 916? Nak pilih yang mana? goldbar 999 atau barangan kemas 916?
Tetapkan Matlamat Menyimpan
Anda perlu tetapkan matlamat menyimpan sebelum memilih bentuk atau jenis simpanan.Sebagai contoh:
Anda nak buat simpanan untuk jangka masa panjang.Lebih kurang dalam jangka 1 tahun ke 5 tahun simpanan.
Bentuk simpanan sesuai untuk jangka masa panjang adalah GOLDBAR 999.Ini bermakna,antara barangan kemas dan goldbar,yang lebih memberikan potensi pulangan simpanan yang menarik adalah goldbar.Kerana,goldbar memang sesuai dijadikan aset simpanan.
Analisis Antara Goldbar Vs Barangan Kemas
Tentang Gold Bar :
Kelebihan
Lain-lain :
• Harga gold bar di kedai emas biasanya sama untuk semua,sebagai contoh katakan harga pasaran ialah RM200g
maka harga 10g =RM2000 dan 100g=RM20000
Syarikat emas fizikal pula biasanya menawarkan harga yang lebih murah untuk emas yang lebih berat

Contoh : RM1800 untuk 10g dan RM16500 untuk 100g
• Namun begitu,untuk jongkong 1gram,tiada mana-mana institusi yang menawarkan harga murah kerana kos pembuatannya tinggi.
Bayangkan sekeping jongkong 1kg (1000g) ,hendak dipotong kecil menjadi 1g,perlu dipotong dan ditempa sebanyak 1000 kali!!
Disebabkan inilah harga jongkong kecil 1gram lebih mahal.Namun harga gold bar jongkong kecil @ gold bar 1gram keluaran syarikat emas fizikal biasanya murah RM20-RM50 berbanding kedai emas.
• Tidak banyak tempat pajakan@ ar rahnu yang terima gold bar untuk pajakan,jadi simpanlah untuk tujuan yang disebutkan di atas.Anda boleh hubungi Ar-Rahnu Express untuk bertanyakan mengenai goldbar anda.
Barangan kemas ini selalu disebut sebagai Emas Perhiasan.Kerana dibuat untuk tujuan perhiasan seperti cincin,gelang,rantai,subang,keronsang dan sebagainya.Ia diperbuat dengan sedikit campuran bahan lain untuk menguatkan ikatan struktur emas.Kerana itu emas perhiasan ini berketulenan 916 berbanding emas 999 yang lebih lembut dan kalau emas jenis 999 dibuat cincin atau emas perhiasan,ianya mudah mengalami bengkok,kemek,kerana sifat emas 999 tu sendiri lembut dan kurang sesuai dijadikan emas perhiasan.Emas 916 selalunya dipakai oleh golongan wanita sahaja bagi perhiasan diri.Akan tetapi,golongan lelaki juga menjadikan emas perhiasan ini sebagai bentuk aset pelaburan,perniagaan,simpanan dan hadiah kepada orang tersayang.
Kelebihan
Lain-lain :
• Barang kemas kini tidak terhad untuk dipakai oleh kaum wanita sahaja,tetapi kaum lelaki juga suka membelinya untuk tujuan simpanan,pelaburan dan bisnes.
• Dari segi harga,kedai emas biasanya mengenakan upah tukang dan harganya lebih mahal sehingga 20% dari harga emas mentah,manakala syarikat pengeluar emas fizikal menjual barang kemas dengan harga yang sangat murah dan tiada upah tukang.
• Sesuai untuk mereka yang sudah memiliki banyak dinar dan gold bar dan hendak mempelbagaikan bentuk simpanan emas fizikal sebagai salah satu alternatif apabila hendak memajak nanti.
• Sebaiknya jika untuk simpanan,pilih yang jenis padu dan emas 999 atau emas 916
• Elakkan yang mempunyai banyak batu permata
• Elakkan membeli emas putih kerana susut nilainya mencecah sehingga 70%
• Ramai menyangkakan emas yang disadur seakan-akan emas putih sebagai emas putih,sebenarnya ia adalah Chrome ( lama-lama warnanya akan pudar dan kembali ke warna emas )
Kesimpulannya,setiap jenis dan bentuk emas fizikal yang dihasilkan ada peranannya tersendiri dan sebaiknya pelbagaikan bentuk simpanan.Sebagai contoh,saya sendiri membeli dinar dan gold bar selepas berpuas hati dengan pelbagai koleksi barang kemas untuk dipakai.Sebelum itu saya mempunyai lebih banyak dinar dan gold bar dari barang kemas,tetapi saya seimbangkan semula.Kini saya simpan dinar dan gold bar untuk matlamat jangka masa panjang yang ingin dicapai.
My Perunding Emas
Jika anda inginkan mendapatkan nasihat atau ingin mengetahui produk yang ditawarkan,boleh hubungi saya seperti dibawah atau tinggalkan pesanan diruang komen untuk saya hubungi semula.
Fb Page Kedai Emas Murah Malaysia
Fb Page Perunding Emas Malaysia
Email syedhusseinalmuhammad@gmail.com

- Harganya lebih murah berbanding barang kemas kecuali jongkong 1 gram kerana kos pembuatannya tinggi
- Memberi pilihan kepada mereka yang ingin membuat simpanan semata-mata.
- Pilihan untuk mereka yang sudah banyak barang kemas,dan ingin simpan dalam bentuk jongkong pula.
- Bentuk fizikalnya lebih menyerlah berbanding emas untuk simpanan/pelaburan yang lain dan menjadi kebanggaan kepada pemiliknya
- Sesuai untuk simpanan jangka masa panjang seperti untuk pendidikan anak-anak,perkahwinan,simpanan hari tua ,membeli rumah dan lain-lain.
Lain-lain :
• Harga gold bar di kedai emas biasanya sama untuk semua,sebagai contoh katakan harga pasaran ialah RM200g
maka harga 10g =RM2000 dan 100g=RM20000
Syarikat emas fizikal pula biasanya menawarkan harga yang lebih murah untuk emas yang lebih berat

Contoh : RM1800 untuk 10g dan RM16500 untuk 100g
• Namun begitu,untuk jongkong 1gram,tiada mana-mana institusi yang menawarkan harga murah kerana kos pembuatannya tinggi.
Bayangkan sekeping jongkong 1kg (1000g) ,hendak dipotong kecil menjadi 1g,perlu dipotong dan ditempa sebanyak 1000 kali!!
Disebabkan inilah harga jongkong kecil 1gram lebih mahal.Namun harga gold bar jongkong kecil @ gold bar 1gram keluaran syarikat emas fizikal biasanya murah RM20-RM50 berbanding kedai emas.
• Tidak banyak tempat pajakan@ ar rahnu yang terima gold bar untuk pajakan,jadi simpanlah untuk tujuan yang disebutkan di atas.Anda boleh hubungi Ar-Rahnu Express untuk bertanyakan mengenai goldbar anda.
Barang Kemas (Emas Perhiasan)
Barangan kemas ini selalu disebut sebagai Emas Perhiasan.Kerana dibuat untuk tujuan perhiasan seperti cincin,gelang,rantai,subang,keronsang dan sebagainya.Ia diperbuat dengan sedikit campuran bahan lain untuk menguatkan ikatan struktur emas.Kerana itu emas perhiasan ini berketulenan 916 berbanding emas 999 yang lebih lembut dan kalau emas jenis 999 dibuat cincin atau emas perhiasan,ianya mudah mengalami bengkok,kemek,kerana sifat emas 999 tu sendiri lembut dan kurang sesuai dijadikan emas perhiasan.Emas 916 selalunya dipakai oleh golongan wanita sahaja bagi perhiasan diri.Akan tetapi,golongan lelaki juga menjadikan emas perhiasan ini sebagai bentuk aset pelaburan,perniagaan,simpanan dan hadiah kepada orang tersayang.
Kelebihan
- Dijadikan barang perhiasan wanita
- Mudah menarik kaum hawa untuk memilikinya kerana rekaan yang cantik dan kilauan yang memukau.
- Membentuk 4 penjuru kepenggunaan atau keperluan seperti:
- Simpanan
- Perhiasan
- Pelaburan
- Perniagaan
- Mudah untuk dapatkan tunai kerana diterima di semua pajakan@ ar rahnu.
Lain-lain :
• Barang kemas kini tidak terhad untuk dipakai oleh kaum wanita sahaja,tetapi kaum lelaki juga suka membelinya untuk tujuan simpanan,pelaburan dan bisnes.
• Dari segi harga,kedai emas biasanya mengenakan upah tukang dan harganya lebih mahal sehingga 20% dari harga emas mentah,manakala syarikat pengeluar emas fizikal menjual barang kemas dengan harga yang sangat murah dan tiada upah tukang.
• Sesuai untuk mereka yang sudah memiliki banyak dinar dan gold bar dan hendak mempelbagaikan bentuk simpanan emas fizikal sebagai salah satu alternatif apabila hendak memajak nanti.
• Sebaiknya jika untuk simpanan,pilih yang jenis padu dan emas 999 atau emas 916
• Elakkan yang mempunyai banyak batu permata
• Elakkan membeli emas putih kerana susut nilainya mencecah sehingga 70%
• Ramai menyangkakan emas yang disadur seakan-akan emas putih sebagai emas putih,sebenarnya ia adalah Chrome ( lama-lama warnanya akan pudar dan kembali ke warna emas )
Kesimpulannya,setiap jenis dan bentuk emas fizikal yang dihasilkan ada peranannya tersendiri dan sebaiknya pelbagaikan bentuk simpanan.Sebagai contoh,saya sendiri membeli dinar dan gold bar selepas berpuas hati dengan pelbagai koleksi barang kemas untuk dipakai.Sebelum itu saya mempunyai lebih banyak dinar dan gold bar dari barang kemas,tetapi saya seimbangkan semula.Kini saya simpan dinar dan gold bar untuk matlamat jangka masa panjang yang ingin dicapai.
Tidak kira sama ada berkerja di sektor kakitangan awam atau persendirian,pelajar,perniaga,persara,anda boleh mulakan menyimpan emas seminima yang mungkin.Ramai orang telah memulakan menyimpan tak banyak sikit dalam proses mengimbangi sistem kewangan,perbelanjaan,simpanan dan aset.
Jika anda inginkan mendapatkan nasihat atau ingin mengetahui produk yang ditawarkan,boleh hubungi saya seperti dibawah atau tinggalkan pesanan diruang komen untuk saya hubungi semula.
Fb Page Kedai Emas Murah Malaysia
Fb Page Perunding Emas Malaysia
Email syedhusseinalmuhammad@gmail.com
2016-07-31
Skill Dan Teknik Untuk Bermain Emas
Saya ambil tips yang berupa 'SkilL' ini dari orang yang telah lama berkecimpung dalam dunia emas.
Skill Dan Teknik Untuk Bermain Emas
Ramai yang bertanya dan ingin mengetahui skill org lain dlm bermain emas. Dari pengalaman saya, saya kongsikan apa yang saya tahu dan dah alami. Tidak bersetuju atau ingin berkongsi cara masing-masing amatlah dialu-alukan.
Arrahnu
Penjual emas biasanya menggunakan perkataan Ar-Rahnu ni untuk modal menambah stok. Sejauh manakah arrahnu mampu memberi pulangan kepada anda? Dari pengamatan saya, arrahnu ni menghakis keuntungan kerana upah yang tinggi dan silap bermain boleh tersilap langkah.Kalau meminjam dari arrahnu 70% bermakna hanya 30% kuantiti emas milik anda. Anda tetap tidak untung kalau kenaikan harga emas dunia sekadar lepas utk bayar upah. Melainkan nilai premium [1] item anda naik lbh tggi berbanding harga emas tersebut. Gunakanlah arrahnu dgn bijak.Barang kemas (selepas ni disebut bk)
Bk [2] (juga terkenal dengan nama Emas Perhiasan) juga ada peminat yg tersendiri dalam dunia emas. Namun kadar upah untuk bk juga agak tigggi. Sebab tu yang bermain arrahnu lebih memilih barang used atau scrap untuk dibeli kerana harga yang lebih murah berbanding barang baru. Bk juga mudah dipajak di mana-mana arrahnu. Skill bermain bk ni memerlukan cash yg besar untuk membuat keuntungan. Beli banyak untuk dapat harga murah dan jual ikut harga pasaran.Goldbar low premium.
Gb jenis ini biasanya dikeluarkan dalam bentuk castbar dalam berat 20g ke atas. Biasanya dibeli untuk convert[3] bk atau simpanan jangkamasa panjang. Sesuai untuk simpanan masa depan.
Goldbar minted.
Gb yang xtiv dijual beli di group emas. Dibuat dengan lebih menarik dengan design tertentu. Kebanyakan dikeluarkan dengan mutu 999.9. Boleh didapati serendah 0.5g hingga 1kg. Kadar premium bergantung kepada kos yang terlibat. Sesuai dibeli jika baru bermula.Premium.
Apa itu premium? Premium adalah nilai tambah kepada emas tersebut selepas dikira kos-kos berkaitan. Makin ringan gb anda makin tinggi premium yang perlu dibayar. Kos dikira bermula dari proses pembuatan sehinggalah sampai kepada penjual.Dan pembelilah yang akan menanggung kos-kos tersebut. Premium inilah yang perlu diambil perhatian yg lebih sebenarnya berbanding harga emas itu sendiri. Sebab tu jika anda membeli gb di kedai-kedai, harganya jauh lebih mahal disebabkan kos pekerja dan sewa kedai yang tiggi.
Pentingnya mengetahui nilai premium yg telah anda bayar.
Saya bagi contoh harga premium dalam matematik mudah.
Nilai emas dunia RM70 1g.
Harga gb 1g dijual pada harga RM100.
Jadi kos premium yang anda bayar adalah RM30 iaitu 42.85%.
Sekiranya harga emas dunia naik kepada RM90 1g. Anda jual RM110 dan anda rasa anda dah untung RM10 tiap gram. Sebenarnya anda silap. RM90 perlu ditambah RM30 sekiranya premium dikira atas nilai ringgit atau 42.85% bersamaan RM128.55 sekiranya premium dikira dari peratusan nilai harga emas. Harga jual perlulah RM120 (jika premium rm30) atau RM128.55 (jika premium 42.85%) tiap 1g. Jika dilihat dalam ringgit anda untung. Jika dilihat harga emas anda sekadar balik modal.
Kenapa sy lebih tekankan nilai premium berbanding nilai emas? Sebab kos premium ni anda telah tanggung ketika membeli. Dan sekiranya anda menjual pada harga premium yang lebih rendah berbanding harga beli bermakna anda telah menanggung kos upah untuk orang lain. Dan anda perlu menambah duit sendiri jika ingin restok dari sumber yang sama.
Ok. Setelah lebih 4 tahun berjual beli dalam dunia emas secara aktif. Saya memilih untuk bermain dengan premium. Dalam skill berjualbeli, kenaikan premium amat perlu dititikberatkan jika anda ingin menambah gram setiap bulan.
So kenalpasti item yg anda ingin beli. Carilah item yang akan menambah nilai dari segi premium. Kos yang anda perlu keluarkan tidak semestinya tiggi. Anda hanya perlu membeli pada harga semasa dan jual balik ketika harga premium telah naik.
Premium yang perlu anda lihat
1- kuantiti atau mintage sesuatu item. Limited atau tidak. Akan stop production atau tidak.2- no siri. Apa pun orang cakap. No siri tetap mampu mempengaruhi harga premium.
3- tahun keluaran. Tahun keluaran yang di stamp atas goldbar/coin/circle/atau dicetak pada certificate amat mempengaruhi premium. Samada gold atau silver seperti lunar/raya/kook/roo dan lain-lain. Peliharalah haiwan tersebut baik-baik [4].
4- brand
Jenama juga mempunyai pengaruh yang tinggi dalam premium. Kenal pasti brand-brand ini.
Untuk berjualbeli saya biasanya memandang kepada yang jenis bayak permintaan. Yang bayak permintaan ni lebih mudah dijual dan direstok balik.
Namun, teori selalunya tidak sama dengan praktikal. Apapun skill anda yang penting adalah hasil. Cubalah semua skill jika anda mahu dan pilihlah yang paling memberi nilai tambah kepada anda.
Ada item yang akan jatuh nilai premium setelah banyak kali bertukar tangan. Ada yang kekal dan ada yang naik.
Dan lagi satu, saya berjualbeli item yang akan naik dari segi premium. Dan simpan untuk koleksi sendiri untuk item yang premium kekal atau akan jatuh. Koleksi ni biasanya cukuplah saya beli satu untuk simpanan sendiri. Berkaitan harga mahal murah? Ini adalah pilihan. Kenapa anda nak pertikaikan si A jual mahal sedangkan si B jual murah? Belilah dari si B dan abaikan si A. Mudah bukan? Sesungguhnya diam itu lebih baik dari berkata-kata. Haha. Kenapa anda pertikaikan PAMP 1g liberty mahal sedangkan anda boleh beli 1g kazanah bangsa dengan harga murah?
Dan apabila anda mula bermain emas. Catatlah semua detail yang berkaitan. Ini untuk memudahkan rujukan anda di masa depan. Antara pilihan yang saya pilih untuk direkodkan dalam data adalah harga mks/gap semasa beli, harga beli, tarikh beli, brand, weight, kos pos, % premium, jumlah premium dalam ringgit, harga jual, % untung rugi. Mudah je sekarang ssbab dengan smartfon macam-macam apps yang boleh digunakan. Ini juga berguna setelah anda mempunyai lebih 85g untuk berzakat[5] nanti. Saya pun baru memandang serius data ni dan rasakan ianya penting. Sebelum ni saya beli memang tidak rekod di mana-mana.
Jadi kesimpulan yang saya nak sampaikan kat sini, belilah yang low premium tapi berpotensi untuk naik. Beli barang yang boleh dijual mahal dan direstok pada harga murah dengan mudah. Pelaburan[6] hari ini utk dituai pada masa akan datang.
Dalam dunia emas ni anggaplah kita satu keluarga besar yang saling memerlukan[7]. Kita beli mahal dan penjual dapat untung anggaplah tu rezeki dia. Mungkin tu sajalah mata pencarian dia untuk menyara keluarga. Mungkin dia perlukan duit untuk perubatan. Mungkin duit tersebut digunakan untuk membantu orang lain yang memerlukan. Mungkin duit tersebut digunakan untuk membayar hutang. Bersangka baik dan berlapang dadalah dalam hal ni. Kerana satu masa nanti kita akan berada di tempat mereka. Beli mahal pun dari kawan-kawan. Persamaan kita adalah menyimpan emas. Jadi tak perlu isukan perbezaan dan minat orang lain.
Pisang sesikat masak sebelanga, sama-sama muafakat dan bekerjasama.
#sehatisejiwa
Catatan Kaki-
[1]Tulisan diatas ada menyebutkan tentang premium(low minted,high),cuma saya tidak pasti mengenai premium emas yang bagaimana.Mungkin dari segi kualiti emas contohnya 999,917,916 dan seterusnya,atau maksud yang lain,inn shaAllah saya akan cuba terangkan di artikel yang berasingan.
[2]Bk,disebutkan sebagai istilah singkat,namanya adalah barangan kemas,atau juga dikenali dengan emas penghiasan.Pada artikel diatas disebut sebagai Bk.
[3]Convert adalah membawa maksud mengubah atau tukar.Goldbar dileburkan menjadi emas penghiasan.
[4]Apa yang disebutkan tidak saya ketahui,hanya dapat nyatakan haiwan itu merujuk kepada simbol disetiap item yang dinyatakan.Contohnya disetiap goldbar,ada terukir simbol bunga raya dan sebagainya ada berbentuk haiwan.
[5]Adalah syarat untuk zakat emas dikeluarkan.Rujuk info dilampirkan.
[6]Penulis anda menyebutkan pelaburan,walaubagaimanapun saya tidak mengersyorkan anda apa jua skim pelaburan diluar sana,melainkan mengersyorkan menyimpan emas sebagai aset dan bukan menjadikan emas sebagai pelaburan.Jika anda menjadikan emas sebagai pelaburan,apa yang anda mahu simpan sebagai aset?
[7]Penulis mempunyai nilai kesedaran yang tinggi yang memiliki sikap ingin membantu dalam urusan jualbeli.Saya amat menghormati orang seperti ini.
2016-07-23
Cara Beli Emas Atau Barang Kemas Idaman
Cara Beli Emas Atau Barang Kemas Idaman
Katakanlah,emas yang kita ingin beli itu bernilai rm700.Saya ambil sebagai contoh sahaja.Kita nak beli 1 dinar.Dinar tu harga pada masa kita nak beli tu dalam rm700.Nak kumpul duit untuk dapat beli dinar,lambat lagi tambahan komitmen tinggi dengan segala yang perlu dibayar.Main Kutu
Main kutu ini anda perlukan seramai beberapa orang ahli yang jujur dan dipercayai.Komitmen sebagai ahli kutu juga perlu ada bagi tujuan keupayaan membayar nilai apabila tarikh bayar duit kutu sampai.
Untuk dapatkan sebanyak rm700 secara main kutu,kita boleh tetapkan sebanyak rm100/setiap orang selama 7 bulan.Jadi kita perlukan 7 orang ahli yang akan membayar setiap bulan rm100 darab 7 orang ahli kutu.
Ajaklah sesiapa dikalangan rakan pejabat,jiran-jiran,adik beradik atau sesiapa yang kita rasa boleh dipercayai dan jujur.Anda boleh sahaja menetapkan nilai yang lebih dari rm100 dengan tujuan memendekan tempoh main kutu.Atau mengurangkan tempoh main kutu dengan mengurangi nilai wang akan tetapi anda perlu menambahkan pula bilangan ahli bagi menampung nilai yang kurang supaya cukup genap rm700 tadi.Sebenarnya tak berapa syok kalau main kutu terlalu panjang.7 bulan itu saya kira sudah agak panjang.
Apabila kesepakatan dicapai dikalangan ahli kutu tadi,buatlah satu surat perjanjian antara dikalangan ahli dan syarat-syaratnya supaya ahli dapat mematuhi syarat berkenaan.Kemudian lakukan proses undian yang adil.
Beli Emas Dengan Duit Kutu
Dapat bila tiba giliran anda,dapatlah anda membeli emas atau barang kemas hasil dari Beli Emas Dengan Duit Kutu mengikut pilihan hati anda sama ada Dinar,Goldbar,Syiling Emas atau juga Barang kemas seperti cincin,rantai,gelang dan sebagainya.
Langgan:
Catatan (Atom)