Perunding Emas: Review simkad unifi mobile dari tmnet
close

2018-03-09

Review simkad unifi mobile dari tmnet

Assalamulaikum kepada semua.

Review simkad unifi mobile dari tmnet yang baru dilancarkan oleh unifi tmnet.Secara mukaddimahnya saya mendapat 3 simkad tmnet percuma dengan cara daftar di applikasi muaturun melalui App ios unifi mobile.Kalau melalui android muaturun applikasi unifi mobile di stor anda.Lepas itu pilihlah nombor sehingga 3 simkad.Maksimum masa saya daftar dapat 3 saja.Kalau yang awal-awal tu dapat 5 sim kad.Semakin kurang simkad dah jadi semakin terhad kuantiti percuma mereka bagi.
Review Sim Kad Unifi Mobile 4G LTE
Selepas daftar,saya pilih self pickup.Boleh juga pilih by post tapi anda perlu bayar yuran postage sebanyak rm10.60 tak silap saya.Saya pilih self pickup di tmnet point setapak.Jadi percuma saja.

Proses masa sefl pickup pun lancar.Cuma ambil masa 5 minit.Saya fikirkan paling kurang pun 2jam lah kot proses ambil simkad ni,tapi proses mudah dan lancar alhamdulillah.

Lepas selesai urusan dikaunter cawangan tmnet point setapak,terima kasih juga kepada petugas yang memberikan khidmat pantas.Tak ada apa yang nak saya keluhkan disana sebab saya tak temukan masalah sikitpun heee...selesai urusan dikaunter,saya balik rumah terus pasang simkad unifi mobile ni.Prosesnya cukup mudah.Masukan sim kedalam iphone 5s saya terus dapat call,sms dan layari intenet.Anda perlu semak liputan smartphone anda sama ada menerima signal 4G atau LTE.Kalau smartphone anda tak menerima support BAND 5,agak susah nak cakap sebab data percuma 20g unifi mobile ni hanya melalui isyarat 4G atau LTE.Macam iphone 5s saya akan muncul LTE.Sesetengah smartphone akan muncul 4G.setengahnya hanta menerima 2G dan 3G saja.Jadi syarat menggunakan unifi mobile free 20gb adalah ada signal 4G dan LTE atau BAND 5.

Selesai bab signal.Setakat ni alhamdulillah saya layari intenet tak ada masalah.Speed juga baik.Lagipun saya bukan kaki movie.Setakat update status fb,instagram,update website tu so far lancar.Jaranglah tengok utube.

Dari segi liputan 4G dan LTE dikawasan saya memang bandar kuala lumpur.Setakat ni tak ada masalah.Kalau luar kawasan liputan tu mungkin ada masalah nak guna data unifi mobile ni sebab signal 4G dan LTE tak secara merata kawasan.Maksudnya di Malaysia ni penggunaan signal Band 5 masih tak menyeluruh.Kalau anda tinggal di kawasan yang memang ada liputan band 5 okey lah berbaloi mendapatkan sim kad unifi tm.Kalau tak hanya menjadi hiasan saja hinggalah anda mendapatkan signal 4G atau LTE.

Dari segi yuran data? Yuran data unifi memang agak mahal.Saya sertakan contoh gambar.
Review Sim Kad Unifi Mobile 4G LTE

Seperti anda nampak,itulah harga bagi plan data yang dikenakan oleh unifi mobile.

Jom discover yang lain,
Review Sim Kad Unifi Mobile 4G LTE

Saya tak dapat bagi review kalau bab call suara ni.Sebab saya amat jarang call suara.Biasanya whatsapp dan update data.60 minit untuk rm10 bagi saya boleh tahan mahal.Tapi kelebihan adalah TANPA TARIKH TAMAT TEMPOH ATAU NO EXPIRED DATE!!! Tu dia aih!.Tu yang best sim kad unifi mobile ni.Sama halnya dengan plan data,mahal tapi tak ada tamat tempoh.

Review Sim Kad Unifi Mobile 4G LTE
Data yang dibagi percuma oleh unifi mobile adalah 20gb.Selepas guna tinggalah bak yang ada lihat.

Untuk TAMBAH NILAI supaya dapat beli data,boleh dilakukan hanya melalui applikasi unifi mobile.Tambah nilai secara online banking saja buat setakat ini.Tak ada jual kad tambah nilai.Kerana tu kalau nak tambah nilai kena masa ada data.Kalau tak ada data anda pinjamlah sesiapa dulu supaya data masuk ke applikasi unifi mobile untuk beli tambah nilai.Pendek kata banyak urusan yang berlaku hari ini dilakukan secara online.Itu dari segi manfaat.Tapi dari segi kekurangan anda tak akan dapat beli data tanpa intenet.Itu satu masalah.Mungkin anda perlu ada satu simkad backup yang boleh beli data di kedai.Itu satu cara atasi masalah kalau timbul.
Review Sim Kad Unifi Mobile 4G LTE


Saya dah cuba membuat panggilan,setakat ni talian berfungsi baik.Mereka beri 10 minit percuma untuk menguji panggilan suara dan sms.Saya telah gunakan perkhidmatan sms.Memang sampai ke nombor dituju.Tapi ini semua bergantung kepada coverage tempat anda..

Bila anda dah aktifkan sim kad unifi mobile ni,anda dikiran telah mengaktifkan simkad ini bila anda membuat panggilan pertama,guna data,hantar sms.Anda pasti akan cuba memasuki sistem applikasi unifi mobile yang anda muat turun tu kan? Pasti akan ada tulis sim kad belum aktif sila buat panggilan atau guna data dulu betul tak? Padahal anda dah guna data dan buat pangilan kan? So anda tunggu dulu.Sistem akan refresh..Tak lama lepas tu abdabdah boleh login ke applikasi unifi mobile.Tak lama pun.Dalan 15 minit aggaran.Kalau lebih dari tu tak tahulah nak cakap...

Kesimpulannya review sim kad unifi mobile ni saya suka cuma MAHAL BHAA mohon tmnet bagilah yuran data yang berpatutan.Sharing melalui HOTSPOT tak support.Selalunya saya boleh guna sharing melalui hotspot wifi sambung ke laptop kalau guna sim kad biasa lain.Lepastu coverage,memanglah saha tinggal di bandar,tapi kalau melawat sanak saudara di hari raya? Dikampung macam mana? Pakai iphone tapi data tak boleh guna.Tapi soal coverage tu kita bagi masa lah pada unifi sebab nak bina pencawang tu ambil masa gak.Tapi waktu terdekat tu yuran plan data tu bagilah turun sikit lagi.Banyak pun tak okey sebab saya lagi suka.Tak larat lagi dah nak tukar-tukar sim semata coverage kurang.Kat siu nanti terjadi missing comunication of comunity apatah lagi missing in lurve...

Update : Tentang penggunaan sharing hotspot tu cuba anda pergi ke setting APN melalui app unifi mobile.Klik Got it.Kemudian anda akan diberikan sms.Ikut saja aturan.Saya dah cuba guna hotspot dari iphone ke laptop memang jadi dan bleh guna sharing.Tapi tak pasti ada limit atau tak.Kalau tak jadi cubalah tinggalkan komen supaya kita dapat selesaikan masalah ini dan cari jalan pulan..hehehe...kalau ada update lagi saya akan tulis yang lain.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

© 2014 MyEmasSale | Perunding Emas. All Rights Reserved.

Website tuned by http://myemassale.blogspot.my/

Designed By My-Perunding Emas
© 2014 MyEmasSale | Perunding Emas. All Rights Reserved.

Website tuned by http://myperundingemas.blogspot.com/