Perunding Emas: Cincin Emas 916 Bawah 1gram Baru
close

2017-08-16

Cincin Emas 916 Bawah 1gram Baru

Petang ni saya bawa masuk 1 lagi cincin emas mampu milik murah.Saya hanya bawa masuk cincin yang berketulenan antara 916 hingga 999.Bawah dari grad tu saya tak jual.Sebab saya nak fokus grad tu saja dulu.

Baik.Hari ni saya dah bawa masuk cincin yang bawah dari berat 1gram.Dengan berketulenan 916 dan berat 0.98g,menjadikan ia cincin emas 916 mampu milik dengan harga murah.Sebagaimana yang saya fokuskan dimana menawarkan emas mampu milik tanpa menjejaskan ketulenanya.Masih 916 tapi beratnya kurang sikit.Bila berat kurang harga pun akan kurang.Tambahan pula minggu lepas harga emas agak melonjak naik,tapi minggu ini dijangka turun.Boleh baca LAPORAN HARGA EMAS 7 HINGGA 12 OGOS 2017 jadi minggu ni cuma dapat bawa masuk cincin emas yang bajet murah saja dulu.Hampir-hampir harga emas dapat capai $1300.00 seaun minggu lepas.

Jom tengok cincin emas 916 0.98g (kurang 0.02g untuk dapat 1g).

Cincin Emas 916 Bawah 1gram Baru

Cincin Emas 916 Bawah 1gram Baru

Cincin Emas 916 Bawah 1gram Baru


Stok pun tak banyak.Cuma ni je ada setakat ni.Ni saya nak tunjuk contoh EMAS MAMPU MILIK.Beli sikit-sikit dulu.Kalau niat nak menyimpan,boleh cuba beli goldbar 1gram cara nak menyimpan tu baca ni dulu Tips Menyimpan 1gram 1bulan Emas Fizikal yang boleh diikuti.Beli emas dapat emas.Yang mampu milik walau berat item emas tu tak lah berat sangat,tapi harga dia pun dah tahan orang nak fikirkan.

Kalau nak simpan tu cari benda yang berharga,contoh cincin emas 916 yang kat atas tu.Dulu-dulu cara ni digunakan untuk tujuan menyimpan harta,sebab kalau dulu nak simpan goldbar,tak ada goldbar yang berat dia 1gram tu,yang ada 1kg.Baru sekarang ada dan orang berkesempatan SIMPAN GOLDBAR 1G.Berat dinar pun tak ada yang 1gram.Baru ni ada suku dinar.Supaya apa? supaya kita mampu beli emas.Paling minima baru ada syiling ema berat 0.5g.

Jadi saya harap kita dapat ambil kesempatan untuk menyimpan emas semampu yang boleh.Kalau mampu 0.5g,simpan takat tu dulu.Bulan seterusnya simpan lagi.Sikit-sikit pun ada juga simpan daripada habis entah kemana duit tu.

Anda bukan beli emas untuk pembaziran,tapi untuk menyimpan.Cuma tukarkan duit tu kepada emas.Simpan untuk jangka masa panjang adalah plan simpanan yang baik,inn shaAllah sistem ekonomi anda akan cantik dan kukuh.Pasakan emas sebagai benteng pertahanan ekonomi anda (bina bangunan tanpa kontrik adalah berisiko runtuh) samalah juga ekonomi tanpa emas.Contoh,kalau berlaku kejadian tak diingini,ekonomi anda itu akan mengalami keruntuhan tiba-tiba,anda termasuk keluarkan duit untuk biayai kos kehidupan anda,kalau anda hilang pendapatan,emas yang anda simpan tu akan menyokong kos hidup anda secara kecemasan.Kiranya anda tu tak jatuh teruk sangat,ada yang menyokong disaat anda jatuh.Bila ada emas,anda boleh pajak emas tu dan gunakan duit hasil pajakan untuk kes kecemasan,contoh macam sakit,anak sakit,ibu sakit,suami sakit,tiba-tiba terjadi,atau anak dapat tawaran belajar,nak guna duit segera dan sebagainya.

My Perunding Emas




6 ulasan:

  1. Cantiknya..berapa harga dia?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang cantik sbb cincin 916 harga rm250

      Padam
  2. Macam mahal je cincin harga rm250

    BalasPadam
    Balasan
    1. Harga emas perhiasan tak sama dengan dinar atau goldbar.Emas perhiasan macam rantai,cincin,gelang tu memang ada turun naik yang tak tentu..boleh jadi mahal bila ada harga upah.Sbb barangan kemas ni ada tukang buat.Bila ada tukang buat,dia nak upah..bila ada upah,contoh cincin+kos upah jadilah mahal dari emas goldbar dengan dinar.Sbb emas perhiasan ni ikut kepakaran dan rekaan..semakin cantik atau semakin susah,semakin mahal..lagi2 kalau dipotong kecik2 lagi banyak kos upah..tgok pda tukang upah tu..klu baik hati dia caj upah rm1.00..klu lg baik..dia caj free..to belum GST..SO klu rasa2 nak simpan secara tetap,better pilih dinar/goldbar..klu macam sy pilih emas perhiasan ada sebab..hehehe..pertama senang nak pajak..sebab emas perhiasan mudah diterima di ar rahnu..

      Padam
  3. Admin ni laki ke ppuan ek?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Main admin lelaki.Advice admin perempuan (leader dan sub leaders).Admin banyak dapatkan nasihat dari orang lama2 termasuk dari stokis2,pengedar,dan sifu2 yang unggul.

      Padam

© 2014 MyEmasSale | Perunding Emas. All Rights Reserved.

Website tuned by http://myemassale.blogspot.my/

Designed By My-Perunding Emas
© 2014 MyEmasSale | Perunding Emas. All Rights Reserved.

Website tuned by http://myperundingemas.blogspot.com/