Perunding Emas: Perkara Yang Mengagalkan Anda Simpan Duit
close

2017-08-07

Perkara Yang Mengagalkan Anda Simpan Duit

Pantang dah gaji,mulalah nak shoping sakan.Sukar nak berdisplin bila pegang duit tunai?

Tips Mendisiplinkan Diri Dalam Menyimpan

Saya akan huraikan beberapa situasi yang dialami kenapa seseorang itu gagal membuat simpanan.Banyak Perkara yang membuat anda berasa sentiasa nak kelurkan duit,walaupun anda bukan jenis yang ada hutang.Tak ada hutang pun tak juga boleh simpan duit.Anda dalam kategori yang kena buat sesuatu.Anda perlu paksa diri untuk menyimpan.Kecuali kalau wang yang keluar itu betul-betul mustahak sahaja.Contoh kirim duit ke kampung.

Dalam kategori yang memang susah nak simpan duit dalam bank.Kalau simpan pun esok keluar.Seminggu simpan,dah keluar.Ni yang perlu di ubah cara simpanan.Bukan cara hidup tapi cara simpanan.Anda memang jenis menyimpan,tapi anda tidak dapat komitment dengan simpanan anda.

Ubah Cara Simpanan

Ubah bentuk simpanan anda daripada menyimpan duit dibank kepada menyimpan dalam bentuk EMAS FIZIKAL.

Jom lihat perbezaan menyimpan duit dengan emas

Menyimpan Duit Tunai


Menyimpan duit tunai sangat sesuai.Tapi bagi orang seperti anda,tidak sesuai kerana tidak menggunakan simpanan tersebut sebagai bentuk memang untuk simpanan JANGKA PANJANG.Pendek kata simpan tunai atau di bank sekejap saja tak lama.Jadi susah nak komitmen dengan simpanan.Jadi anda kena cara jalan penyelesaian.Apa bentuk yang memang ada dan sesuai untuk menyimpan?anda rasa emas?adakah emas mudah cair?

Menyimpan Emas Fizikal


Emas fizikal adalah mudah cair.Boleh dipajak di AR-Rahnu atau mana-mana pejabat pajak yang menerima emas fizikal anda.Mudah cair bermaksud = MENDAPATKAN TUNAI SEGERA DI AR RAHNU,bukan cairkan emas tu.Kaedah ini dibolehkan dalam islam dengan pajak,cagar emas tu dengan tempoh tertentu sebelum menebus balik.Maksudnya bukan jual emas tu.

Emas yang pajak adalah emas milik anda.Wang yang anda sebelum ni selalu saja nak keluarkan di bank,niat nak simpan tapi lepas seminggu keluar balik buat beli benda yang tak diperlukan.CONTOH BENDA TAK DIPERLUKAN beli topi keledar padahal anda tak ada motor.Hanya kerana topi kaledar tu cantik anda pergi beli.Mahal pula tu,kira-kira rm1000.Ini adalah kesan daripada pembelian yang tidak dirancangkan,mengakibatkan pengaliran yang tidak terurus dalam hal perbelanjaan,dan boleh mendatangkan kesan-kesan buruk seperti meningkatkan perbelanjaan hingga menjurus kepada berhutang.

Apa Yang Boleh Disiplinkan Anda?


Cuba kaedah lain.Dengan cara menyimpan emas fizikal.Cara ni mungkin memberikan kesan terhadap sikap berbelanja yang tidak terurus dan tidak terancang.

Menyimpan Emas Fizikal

Ini mungkin dapat mendisplinkan dan mengubah corak kewangan anda kepada lebih tersusun dan lebih membuatkan anda bersemanggat untuk percaya bahawa anda boleh menyimpan dan aset.Ketulenanya adalah 999.

Anda boleh mencuba menukarkan duit tunai kepada emas secara sikit-sikit dulu sebagai langkah permulaan.Bila anda telah mula menyimpan emas fizikal,anda akan rasai pengalaman yang jauh lebih baik berbanding sebelumnya,inn shaAllah.Anda mungkin boleh mencuba untuk menyimpan seminima yang dicadangkan adalah 1gram emas fizikal setiap bulan.Dengan menyimpan emas fizikal,anda sebenarnya bukan berbelanja,tapi menyimpan.Ini bermakna,niat yang anda nak gunakan duit untuk simpan tu tercapai dengan menyimpan emas.Perlu diberi perhatian,gunakan duit yang simpanan bagi membeli emas.Bukan duit buat bayar kereta untuk beli emas.Ini tidak membantu komitment anda.Ini akan merumitkan situasi.Yang terbaik melancarkan program menyimpan anda adalah gunakan duit yang lebih yang telah anda sedia niatkan untuk simpan.Itu bagus untuk mendatangkan hasil yang berbaloi.Yang penting perlu diberikan perhatian adalah ANDA ADA SIMPANAN DAN ASET SETIAP BULAN TANPA PERLU DIGANGGU.

My Perunding Emas


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

© 2014 MyEmasSale | Perunding Emas. All Rights Reserved.

Website tuned by http://myemassale.blogspot.my/

Designed By My-Perunding Emas
© 2014 MyEmasSale | Perunding Emas. All Rights Reserved.

Website tuned by http://myperundingemas.blogspot.com/