Perunding Emas: Pengalaman Naik UberX Malaysia
close

2017-08-08

Pengalaman Naik UberX Malaysia

Naik uber ni senang rupanya.Tak susah yang dijangka.Maklumlah kali pertama naik.Memanglah sikit risau kalau salah plan.

Okey.Oleh kerana dah ada pengalaman naik ni,saya tuliskan coret-coret pengalaman naik uber dua kali.Pengalaman naik uber dari ktm shah alam ke bukit bandaraya shah alam seksyen u11.Dan destinasi kedua pula dari bukit bandaraya shah alam ke ktm sham alam.

Apa yang boleh saya kata berdasarkan perkhidmatan uber malaysia ni adalah pengalaman yang menarik.Setakan ni memang menariklah.

Kalau nak guna perkhidmatan uber ni,anda kenalah download dulu applikasi di store.Lepas donwload terus daftar sebagai pengguna uber.Ikut step yang diarahkan.Sekarang just nak cerita pengalaman naik uberX.

Perkhidmatan uber di malaysia ni hanya tersedia menerusi kereta saja.Kalau di indonesia ada uber motosikal.

Kalau nak pergi mana-mana just taipkan nama lokasi.Masa ni,pengguna uber mesti AKTIFKAN BUTANG GPS supaya pemamdu uber dapat ke lokasi yang dilihat dalam skrin handphone.Sebelum gunakan uber,pastikan anda berada situasi yang benar-benar bersedia guna uber.Kalau belum mandi,elok mandi dulu.Bukanya reques uber ketika anda perlu mandi,sarapan,bersiap.Sebab,dari pengalaman saya,pemandu uber akan sampai kurang dari beberapa minit.Kurang dari 5 minit.Kalau pemandu dah sampai,anda pun belum siap sedia,mungkin akan di kenakan caj tambahan.Iaitu caj menunggu lama.Elok juga kalau anda berada dirumah,tunggu di luar rumah supaya mudah proses pickup dan urusan pun berjalan lancar.

Keseronokan naik uber buatkan saya rasa nak naik lagi haha.Mungkin pergi jalan-jalan lepas ni naik uber saja kot..sebab ia mudah.Tak perlu risau pasal masalah paking kereta dah kalau di kl ni.Cuma bayar tambang saja.Bagi saya tambang perjalanan setakat ni dari ktm shah alam-bukit bandaraya boleh dikatakan amat berbaloi.

TRIP PERJALANAN 1 NAIK UBERX

KTM SHAH ALAM - BUKIT BANDARAYA SEKSYEN U11 SHAH ALAM
Ni trip perjalanan pertama saya dari ktm shah alam ke bukit bandaraya shah alam seksyen u11.Sangat senang sebenarnya naik uber ni.Just reques uber mana yang kita nak.Contoh ada 3 jenis uber.






UberX,
UberXL
UberPremium

So saya pilih perkhidmatan uberX sebab tak mustahak sangat nak guna uberXL dan UberPremium.Mungkin lain kali boleh cuba naik uberXL dengan UberPremium pula lepas ni.Tambang ke 3 jenis uber ni berlainan.Tak sama.UberXL dengan UberPremium berbeza harga dengan uberX.UberX lebih murah dari uberPremium.



Trip 2 
BUKIT BANDARAYA SEKSYEN U11 - KTM SHAH ALAM
Ni trip kedua.Kalau tadi naik uberx toyota vios.kali ni naik produa alza.


Pengalaman Naik UberX Malaysia

Pengalaman Naik UberX Malaysia





















Pembayaran Tambang Uber
Boleh melalui kredit kad atau debit kadPembayaran uber yang saya pilih adalah TUNAI.Lebih mudah dan senang.Sekarang ni jangan tak tahu uber terima pembayaran tunai.Kadar caj atau rate uber ni tak semestinya sama dengan orang lain.Sebab uber ni ada kadar sistemnya sendiri untuk menetapkan kadar tambang.Perlu diketahui bahawa,uber juga ada menetapkan demand pada waktu-waktu tertentu.Contoh,waktu puncah,hujan hari berkerja dan hari minggu lain-lain harga.Tak semestinya sama dengan hari yang anda naik walaupun jarak dan lokasi sama.Itulah realiti.

Rate Pengguna Untuk Pemandu

Lepas dah naik bayar dan selesai urusan tu bagilah rate pada pemandu uber yang hantar anda ke destinasi dengan selamat.Saya bagi 5 bintang kepada kedua-dua pemandu uberX yang hantar saya dengan selamat ke destinasi yang dituju.Memang puas hati.Dari mula sampai akhir 5 BINTANG!

Sekian tulisan catatan untuk mereka yang rasa nak naik uber.

Contoh kalau nak guna applikasi uber.Masukan lokasi darimana dan nak kemana di gps uber.Nanti keluarlah paparan macam dibawah tu.Siap kadar tambang lagi.
Pengalaman naik uberx

Ingat,hanya tekan request bila dah sedia nak naik.Kalau dah sedia tekan dan tunggu dalam beberapa minit.Pemandu uber akan sms atau hubungi berdasarkan nombor yang didaftarkan di applikasi uber kalau dah sampai.

Selamat menaiki uber!

My Perunding Emas





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

© 2014 MyEmasSale | Perunding Emas. All Rights Reserved.

Website tuned by http://myemassale.blogspot.my/

Designed By My-Perunding Emas
© 2014 MyEmasSale | Perunding Emas. All Rights Reserved.

Website tuned by http://myperundingemas.blogspot.com/