Perunding Emas: Cara Kira Marhum Ar Rahnu Dan Ketulenan Emas
close

2017-08-18

Cara Kira Marhum Ar Rahnu Dan Ketulenan Emas

Cara Kira Marhum Ar Rahnu Dan Ketulenan Emas
Pengiraan marhum adalah mengikut ketetapan disetiap institusi kewangan atau penyedia kemudahan ar rahnu atau pajakan islam masing-masing.Ada juga yang tetapkan 65%.Kalau ar rahnu pos malaysia,mereka menetapkan kadar 75% pembiayaan daripada kadar marhum.Contoh dan jalan pengiraan saya akan terangkan dibawah nanti.

Marhun Calculator


Gold Price Malaysia (Malaysian Ringgit)

Conversion : 1 troy ounce = 31.1034768 grams
Gold Price Per Gram in Malaysian Ringgits
Malaysian Ringgits per Gram
Gold Price Per Kilo in Malaysian Ringgits
Malaysian Ringgits per Kilo

Berdasarkan gambarajah diatas,nilai marhum adalah bersamaan dengan setiap gram emas.Dan setiap gram tu ada bahagian-bahagianya mengikut ketulenan.

Contohnya kalau anda miliki emas 999,akan ikut harga emas 999.Kalau emas 916,akan ikut emas 916.Ar rahnu hanya menerima emas berketulenan daripada 9k hingga 24k.

Gred Ketulenan Emas


Gred Lama
[K]=KARAT (Ketulenan) 

Gred Moden
999%=24K
916%=22K
875%=21k

[% Nilai ketulenan - benda asing/campuran logam dalam emas]

Semakin kurang gred emas,bermaksud nilai gred semakin kecil.Ini kerana,kurangnya benda asing dan logam asing maka semakin tinggilah nilai gred dan semakin berkualitilah emas tersebut yang disebut sebagai ketulenan.Emas yang paling tulen adalah 99.9% kerana logam selain emas yang terkandung didalamnya kurang dari 00.1%.Setiap emas akan di uji dan diukur untuk menetapkan tahap ketulenanya melalui mesin-mesin moden yang canggih sebelum harga ditetapkan sesudah itu.

Kadar Marhum Emas

Katakan anda ada sebentuk cincin emas 916 seberat 1gram.Anda nak pergi pejabat pos ar rahnu untuk dipajak.Harga tu walau berapa sekalipun,ia akan ikut nilai marhum.Nilai marhum ni berubah-ubah dari masa ke semasa.

Contoh 
Pajak cincin emas 916 gram dengan nilai marhum rm180.00 segram,

                                             Nilai  Marhum 

Cincin emas 1gram=rm180
Kadar Pembiayaan dari nilai marhum=75% 

(Rm135=Nilai marhum - Pergram) atau (Nilai Marhum x 75%=Rm135)

Jumlah yang anda akan terima daripada nilai marhum tu adalah lebih kurang rm135.00.

Dari nilai ni anda akan bayar upah simpan yang rendah mengikut tempohnya.

Contoh Kiraan Upah Simpan

Upah simpan yang dikenakan berpatutan iaitu 85% dari nilai marhum atau RM0.85 bagi setiap RM100 nilai marhum emas. Contoh pengiraan upah simpan,

[Nilai Marhum Emas X 0.85] = Upah simpan bulanan, iaitu RM180 X 0.85% iaitu RM1.53 sebulan.

Dari nilai Rm135.00 pembiayaan yang anda dapat tu akan dikenakan kadar upah simpan sebanyak rm1.53 sebulan.Untuk 12 bulan kiraanya begini,

Rm180 X 0.85% X 12 Bulan =RM18.36 Kadar Upah Simpan 12 Bulan.

Ketahui jenis-jenis CAGARAN emas yang diterima di ar rahunu pos malaysia di Senarai Perkhidmatan Ar-Rahnu Pos Malaysia  


My Perunding Emas



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

© 2014 MyEmasSale | Perunding Emas. All Rights Reserved.

Website tuned by http://myemassale.blogspot.my/

Designed By My-Perunding Emas
© 2014 MyEmasSale | Perunding Emas. All Rights Reserved.

Website tuned by http://myperundingemas.blogspot.com/