Perbezaan Dan Kelebihan Ar-Rahnu Berbanding Sistem Pajak Gadai Konvensional
Dari segi pajak gadai,terdapat perbezaan dan kelebihan ar-Rahnu dengan sistem konvensional.
- Perbezaan utama antara Ar-Rahnu dan sistem pajak gadai konvensional adalah pada perjanjian pinjaman yang dikaitkan dengan sesuatu ganjaran dan bukan pada gadaian itu sendiri. Dalam perjanjian Ar-Rahnu, pinjaman yang diberi tidak dikenakan faedah iaitu riba di mana riba diharamkan oleh Islam.
- Nilai gadaian bagi barang yang ingin ditebus semula tidak berubah serta tidak berlaku penyelewengan. Tidak akan timbul keadaan di mana barang kemas yang anda tebus kurang berat daripada sebelum digadai!
- Semua barang kemas yang disimpan semestinya selamat. Penerima gadaian akan menjamin pemeliharaan ke atas barangan kemas yang diberi oleh pemberi gadaian. Anda juga dapat jimat kos menyimpan di peti simpanan deposit yang agak mahal?
- Wang gadaian yang lebih akan dipulangkan. Kalau pemberi gadaian tak mampu nak bayar balik hutang yang ditanggung bila tempoh perjanjian tamat, pemberi gadaian akan dimaklumkan tentang barang gadaian yang terpaksa dijual. Kalau harga jualan melebihi baki hutang, lebihan tersebut akan dipulangkan.
- Caj perkhidmatan di Ar-Rahnu jauh lebih murah daripada kedai pajak gadai konvensional. Silap-silap hari bulan, ada je tauke kedai pajak gadai konvensional yang meminta wang pendahuluan daripada penggadai walaupun akta melarang kegiatan tersebut.
- Ar-Rahnu adalah sebuah Pajak Gadai Islam yang boleh bertolak ansur dengan pelanggannya berkaitan tempoh bayar balik wang pinjaman. Tempoh bayar balik pun munasabah. Tak macam sesetengah kedai pajak gadai konvensional yang meminta wang tambahan sekiranya tempoh pinjaman ingin dilanjutkan.
- Di Ar-Rahnu, sebarang nilai timbangan akan ditunjukkan kepada pemberi gadaian. Maka pemberi gadaian tidak perlu risau dengan penipuan-penipuan yang sering berlaku semasa timbangan dibuat.
- Ar-Rahnu dijamin memberi nilai gadaian yang sepatutnya.
Terdapat unsur penipuan dalam sistem pajak gadai konvensional kerana Akta Pemegang Pajak Gadai tidak menetapkan nilai tara untuk menilai gadaian berkenaan. Dalam Ar-Rahnu, penerima gadaian akan memberi nilai gadaian yang sepatutnya dengan barang gadaian yang digadai oleh penggadai. - Pihak penerima gadaian akan memberi notis kepada pihak penggadai sekiranya barang gadaian mereka hendak dilelongkan dan tempoh masa membayar balik untuk mereka telah habis. Dengan ini pihak pemberi gadaian akan mengetahui bahawa tempoh masa membayar balik yang diperuntukkan untuk mereka telah habis dan barang gadaian mereka akan dilelongkan.
Sumber:
http://www.usahawan.com/umum/sistem-pajak-gadai-islam-ar-rahnu.html
Tiada ulasan:
Catat Ulasan