Kaedah Kira Zakat Emas
Emas yang kita memiliki apabila cukup syaratnya wajib kita mengeluarkan zakat keatasnya.
Emas adalah jenis-jenis logam yang diwajibkan zakat. Kewajipan zakat ke atas logam ini dijelaskan dalam firman Allah S.W.T. bermaksud:Dan mereka yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakannya
pada jalan Allah (mengeluarkan zakat) maka khabarkanlah kepada mereka dengan
azab yang pedih, pada hari emas dan perak dibakar di dalam neraka jahanam lalu
diselar dengannya dahi dan rusuk mereka dan belakang mereka seraya dikatakan
kepada mereka inilah harta yang kamu simpan selama ini buat dirimu, maka
rasailah balasan apa yang kamu simpan dahuluâ€.
At- Taubah; ayat 34-35
Zakat emas dikira dalam dua keadaan.
1. Emas yang tidak dipakai (disimpan)
Emas yang tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun.
Jika nilai emas tersebut menyamai atau melebihi 85gram (nisab), maka wajib
dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%.
Contoh:
2.5% x nilai emas yang disimpan (jika melebihi nisab)
Contoh : RM6,000 x 2.5%
Jumlah zakat = RM 150
2. Emas yang dipakai
Emas yang dipakai (sebagai perhiasan) walaupun sekali dalam tempoh setahun
tidak wajib dikeluarkan zakat ke atasnya. Tetapi jika ianya melebihi ‘uruf’
(nilai kebiasaan pemakaian masyarakat setempat), maka ia diwajibkan zakat
dengan kadar 2.5% atas lebihan dari nilai uruf. Nilai yang diambilkira adalah nilai
semasa emas sahaja iaitu tidak termasuk batu permata.
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menetapkan kadar uruf adalah 150 gram
emas.
Contoh:
Berat Emas yang dipakai = 250 gram
Uruf Emas = 150g ram
Berat Emas yang layak dizakat = 250 gram - 150 gram = 100gram
Zakat yang wajib dibayar = 2.5% x (100 gram x harga semasa)
= 2.5% x (100 gram x RM 77.16)
= RM 192.9
Untuk kalkulator pengiraan zakat,lihat disini
Sumber dipetik dari laman https://www.zakat.com.my
Tiada ulasan:
Catat Ulasan