Laporan Harga Emas Bulan November Tahun 2015
Laporan harga emas ini saya merujuk kepada http://www.hargaemas.com.my/ yang mana menunjukan gold-plunge-2015-hargaemas.
Harga emas terus jatuh minggu ini apabila indeks emas merosot teruk selepas dana2 pelaburan emas hedge fund berterusan membuang emas di pasaran, pada awal november 2015, beberapa pengurus dana Hedge Fund telah mengumumkan untuk menjual kira-kira 430 tan emas kepasaran, bagaimanapun ia tidak berlaku sekelip mata.
Beberapa hari selepas pengumuman dibuat, beberapa dana hedge fund mula membuang emas sedikit demi sedikit menjadikan harga emas dunia berada pada paras paling rendah dalam tempoh 6 tahun, harga emas dunia tidak pernah berada dibawah USD1000/onz sejak 2009 tetapi kini tinggal lagi USD1050/onz atau 50onz sahaja lagi sebelum emas jatuh kebawah.
Harga emas mula jatuh teruk selepas Deepavali apabila tiada lagi permintaan tinggi di pasaran untuk emas, manakala pelabur lebih berminat untuk melabur didalam ekuiti.
Adakah Tahun 2016 Menunjukan Prestasi Emas Akan Naik?
Saya kira prestasi emas akan turun sedikit tapi naik banyak.Namun sedikit stabil berbanding tahun 2015.Maka tidak perlulah kita menunggu terlalu lama harga emas akan jatuh lagi,sebaliknya apabila ia jatuh dalam keadaan kita berkemampuan untuk meraih manfaat harga emas jatuh,elok kiranya kita mengambil peluang itu.Lagi pun kita membeli adalah untuk menyimpan,melainkan kita adalah pelabur emas,memang mengambil masa yang lama untuk membeli-jual.
Beli Emas Untuk Menyimpan Emas Dan Nilai
Kita beli emas untuk menyimpan emas.Selain itu menjadi alternatif penyimpan nilai harta kita.Kita bukan pelabur.Andai kata kita pelabur,tentulah mereka ada cara tersendiri yang lebih spesifik untuk menentukan bila waktu-waktu terbaik membeli dan menjual.Pada hakikatnya mereka tidak menyimpan lama pengangan emas mereka.Beza dengan kita,kita membeli dan menyimpan.
Dan satu lagi suka saya katakan,bahawa menyertai powergold,bukanlah kita menyertai skim pelaburan.Powergold bukanlah syarikat pelaburan,tetapi sebuah syarikat yang menawarkan produk emas fizikal mampu milik untuk masyarakat.Beli emas dapat emas,dan simpan emas.
P/s-Pandangan peribadi penulis sahaja selaku peminat logam emas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan