Dinar Powergold
Pertama sekali nak diterangkan mengenai Dinar ini adalah kerana ramai diantara kita kurang mengetahui tentang adanya matawang seperti dinar.Hari ini ramai yang lebih mengenai wang kertas berbanding emas sebagai matawang.
Matawang yang diperbuat dari emas disebutkan sebagai dinar.Dinar ini memiliki berbagai corak dan kualitinya,sama ada 999 ataupun 917 itu yang biasa saya pernah lihatlah.Dan saya juga memiliki dinar.Memiliki dinar tidak sama dengan memiliki wang kertas biasa.Wang kertas mudah rosak.
Benar,dinar juga boleh bengkok ataupun kemek,tapi nilaiya tetap tinggi.Malahan juga walaupun dibakar dalam suhu tinggi,dinar akan mencair lalu menjadi emas semula yang mana harganya masih tinggi dan tidak akan hangus begitu sahaja seperti mana wang kertas.Jadi,itulah kelebihan dinar,walaupun bengkok,kemek,ia masih bernilai tinggi kerana sifatnya adalah logam paling bernilai dan penting dalam kehidupan perekonomian sejagat.
Dinar Produk Dari PowerGold
Terdapat banyak jenis dinar yang ada.Alhamdulillah,sudah semakin banyak usaha-usaha dari perbagai pihak baik individu,organisasi,kerajaan negeri mahupun negara dalam mengembangkan emas sebagai dinar dan matawang.Cuma untuk diterima sebagai matawang dunia agak sedikit sukar ekoran ekonomi dunia hari ini dan negara-negara maju lain kelihatan tidak bersedia untuk menerima emas ataupun dinar sebagai matawang global.
Dinar yang saya yang tulis ini adalah berkaitan produk dari powergold.Hari ini sudah semakin ramai orang tertarik dengan powergold dan termasuklah saya.Saya ambil masa yang sangat lama sebenarnya untuk menjadi ahli powergold.Akhirnya saya menjadi ahli kepada powergold.
Ukuran Standard Dinar Powergold
Dinar dengan syiling emas rupa sama tetapi berbeza dari segi fungsi sebenar.
Berat standard bagi setiap 1 dinar adalah 4.25gram tetapi syiling emas ada pelbagai jenis berat.Itu juga yang membezakan antara dinar dengan syiling emas.
Selain itu dinar memiliki ketulinan seperti 999,917 juga terdapat dinar 916.
Kelebihan dinar :
- Boleh digunakan untuk mualamat dan ibadah aqiqah
- Digunakan untuk membayar zakat
- Dijadikan hantaran dan mas kahwin
- Cenderamata/hadiah untuk orang yang tersayang
- Simpan untuk pergi haji
- Tabungan/simpanan
Dinar Powergold Mengikut Berat
Ketulinan Dinar Powergold adalah 999.9 yang mana meliputi siri perbagai seperti berikut;
1/4 Dinar 1.0625 g
1 Dinar 4.25 g
2 Dinar 8.5 g
Dinar-dinar powergold yang paling besar adalah 2 dinar.Ini kerana setakat yang saya tahu,powergold menyediakan dinar yang mampu milik iaitu sekecil 1/4 dinar.Ini baik untuk mereka yang begitu banyak komitmen lain namun tetap mahu memiliki dinar setiap bulan sebagai aset simpanan tetap yang kukuh.
Dengan dinar yang sekecil itu,komitmen menyimpan dinar setiap bulan masih berjalan ditambah aset yang disimpan itu adalah dinar walaupun ianya dalam bilangan yang sekecil 1/4 dinar.Namun,ia memiliki pengaruh yang besar juga dimana ia adalah termasuk dalam logam emas yang setiap hari berubah tinggi rendah harganya.
Semasa artikel ini ditulis,keadaan dunia begitu tersengat dengan kenaikan harga emas yang mendadak.Ini ekoran isu Brexit yang mana britain mengambil keputusan mengejut untuk keluar dari kesatuan eropah.Emas walaupun sekecil-kecilnya,tetap melonjak naik harganya.Jadi ramai berlumba-lumba memiliki emas bagi menyimpat aset mereka,kerana bimbang sesuatu yang tidak diinginan berlaku kepada aset wang kertas mereka sama ada terhadap euro mahupun pound sterling.Jadi,emas adalah aset terbaik yang boleh dijadikan simpanan tetap.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan