Tips Membeli Kereta Secara Tunai
Saya agak tertarik dengan perkongsian dari salah seorang jutawan yang terkenal tanah air (nama tidak perlu saya sebutkan disini cukup memberikan klue sahaja iaitu SN).
Pengalaman dan tips yang dikongsikan beliau amat bermakna untuk saya cuba terapkan didalam urusan kewangan peribadi.Pertama sekali adalah cara berjimat dalam perbelanjaan dan cara menyimpan dengan cara yang cerdik.
Anda juga boleh menetapkan cara-cara yang dikongsikan beliau sebaik sahaja anda telah membaca keseluruhan isi yang dikongsikan ini.
Anda perlu kepada bebas hutang,atau andai kata anda memiliki komitmen sedia ada,tidak salah untuk memulakan langkah baru dalam menambahkan aset-aset anda.
Namun yang demikian,beliau ada menyebutkan agar menggunakan atau melabur dengan pelaburan yang kukuh,akan tetapi saya mempunyai pandangan saya sendiri iaitu menyimpan emas fizikal (isi kandungan 99% tulisan beliau tidak saya tukar atau edit,melainkan nama sahaja serta beberapa contoh kaedah menyimpan yang stabil boleh kita pilih).Ini kerana,beliau ada menyebutkan pelaburan,suka saya ingatkan bahawa,saya tidak menyebut atau mencadangkan apa-apa pelaburan didalam artikel pada kali ini,kerana saya tahu risiko pelaburan agak tinggi dan saya tidak memiliki apa-apa kepakaran mengenai apa jua bentuk pelaburan.Namun beliau menyebutkan juga bahawa,kita bebas untuk memilih apa cara pengurusan kita dalam menguruskan kewangan dan aset.
Jadi apa cara yang saya guna? tentulah cara yang paling saya fikirkan selamat buat masa ini adalah menyimpan emas fizikal (beli emas dapat emas).
Tips yang dikongsikan beliau sebenarnya membuka mata kita agar memilih dan bertindak dengan lebih rasional dalam pengurusan kewangan.Tujuan adalah membebaskan diri kita dari kemelut hutang dan riba.
Ikuti Tips Kewangan Beliau
Keperluan : Perlu kereta untuk kerjaBatasan : Nak kumpul duit cukup sampai tua tak beli kereta
Solusi biasa : Pinjam Bank
Harga Kereta : RM40,000 - D/P RM4000 - bulanan RM438.33 Interest : 3.5% Tempoh
: 9 Tahun
Keuntungan Bank : RM11,339.64 (lebih tinggi jika buat ZERO d/p dan ini tidak
termasuk jika selalu kena penalti bayaran lewat)
Documentation Pembelian : RM4000 (Bank, Agreement, Insurance, JPJ yang semua
ini biasa car dealer tak benarkan kita buat sendiri kecuali menggunakan runner
mereka dengan rate yang telah mereka tetapkan...kita sain jer, lepas tu kita juga
kena bayar bulan-bulan).
Jumlah EXTRA yang perlu dibayar kerana buat loan : RM25,339.64
Kita nak buat begini
Harga kereta : RM40,000 (RM38,000 - biasa boleh nego kalau tunai)
Bayaran : RM38,000
Untung bank : ZERO
Masalah biasanya ialah susah orang nak tunggu kerana kerata sangat perlu untuk
pergi dan balik kerja. Mari saya cadangkan satu cara yang pernah berjaya dibuat
oleh mereka yang pernah datang meminta nasihat sebelum ini (kita panggil beliau
"Siti " - fresh graduate yang bekerja dengan swasta).
Anda target untuk memiliki sebuah Perodua Myvii berharga RM40,000 atau yang
setaranya.
Misi : Kumpul duit RM40,000
Tapi : Perlu kereta segera
Kumpul RM4,000 dan mula dari situ. Dengan RM4000 itu boleh bayar downpayment
HUTANG kereta baru ATAU dengan RM4000 itu boleh dapatkan sebuah Perodua
Kelisa / Kancil yang berusia lebih 12 tahun. Masa ini biasanya bank sudah tak bagi
finance kereta seumur itu dan harganya akan drop serendah-rendahnya kerana
sasaran hanya kepada pembeli tunai. RM4000 boleh dapatkan sebuah kereta Kancil
yang sangat mungkin kosmetiknya kurang tapi kerosakannya mungkin kurang.
Siti pilih ikuti nasihat untuk beli sebuah Perodua Kancil EX660 yang masih
berkeadaan baik dengan harga RM3500 (Sebenarnya Proton Wira pun boleh dapat
harga begitu...cuba cari di Mudah.My dan pastikan kita tak silap pilih kereta
bermasalah). Pilih model yang spare-part dan repair murah dan kalau lebih baik
dapatkan kereta yang dalam kondisi terjaga. Sekarang, untuk tujuan pergi dan bali
kerja sudah tercapai. Yang tak tercapai ialah tiap-tiap raya tak boleh nak eksyen
dengan bekas gelfren kononnya nak tunjukkan "achievement". Tahap ni, kena sabar
sikit kerana kawan-kawan sebaya termasuk junior sekolah pun dah mula tayang
Honda City mereka (hutang) bayar tempoh maksimum.
TETAPI walaupun tiada komitmen bulanan, Siti dinasihatkan untuk membuat
tabungan sebanyak RM450 sebulan di dalam pelaburan koperasi yang
menguntungkan. Kalau beli kereta barupun, RM450 juga akan bayar bulan-
bulan...anggaplah macam beli kereta dengan loan cuma RM450 kita laburkan bukan
bayarkan loan. Dalam kes ini, Siti saya sarankan untuk melabur dalam KPF
(Koperasi Permodalan Felda) kerana beliau juga anak Peneroka. Untuk
pengetahuan, KPF bayar dividen sangat tinggi juga (selain itu dengarnya Koperasi
Angkatan Tentera juga tinggi pulangannya). Jika tidak, paling teruk pun boleh
masukkan dalam ASB atau Tabung Haji dengan kadar dividen yang "not bad"
lah...jangan simpan dalam akaun simpanan yang ada ATM dan kemudian susah nak
disiplinkan diri bila Sarcasteek keluarkan design-design baru...gatal jer nak gi
shopping. Tapi kalau nak HASIL yang diyakini halal dan toyyib, simpan sahaja
bawah bantal dalam bentuk logam emas seperti Dinar,Goldbar,Syiling Emas. Sebulan dalam 2g atau lebih kuranglah.
RM450 x 89 bulan = RM40,050
Apabila disekalikan dengan dividen pelaburan, tempoh 89 bulan itu boleh
dikurangkan sehingga 70 bulan ataupun pada tempoh yang sama boleh dapat
sampai RM55k-60k
Untuk kes Siti , beliau dapat disiplinkan diri untuk menyimpan RM450 dan yang cerdik seperti emas fizikal tadi (dinar,goldbar,syiling emas) Bulan ke 70 sahaja, beliau dah ada RM40k
(kira-kira 5 tahun lebih). Mari kita mula kira
Dalam simpanan : RM40,000
Harga Perodua Kancil lama : RM2000
Tempoh tahan sabar kerana tak macho : 70 bulan
Ok, asalnya beliau nak beli sebuah kereta MyVii baru RM40k kan? Tapi selepas
beliau dah ada kuasa tunai, beliau dapat beli sebuah Honda CRV terpakai yang
masih dalam kondisi "Nora Danish" (cun) dan mempunyai maintenance yang rendah
serta trade-in value yang tinggi dengan apa yang beliau ada. Disebabkan
pembelian secara tunai, sebuah kereta Honda CRV dengan harga buka RM55k boleh
tawar sampai harga RM45,000.
Sekarang, Siti sedang mencarum semula dalam dana keretanya sebanyak RM600
sebulan. Dalam tempoh 7 tahun akan datang, Siti boleh memiliki sebuah
Mercedes S320 terpakai dengan harga RM100k (harga beli baru RM800k). Ada cara
lebih baik jika masih sabar, beli sahaja kereta pada nilaian RM20-30k dan
selebihnya teruskan mencarum untuk pelaburan dan lebarkan prospek pelaburan
yang ada. Macam orang tanam pokok yang dah berbuah, nak ambil buah jangan
tebang pokok tu, trim sikit sudahlah...and let the money work for you.
Kita tak perlu jadi penganalisis ekonomi untuk jadikan kita bijak. Kita cuma perlu
BERPUASA sedikit. 7 tahun sahaja orang rasa tak cool bawa kereta cabuk. Lepas 7
tahun...kawan yang pakai Hondai City tu masih terkial-kial bayar bulanan. Awak
dah bawa kereta lebih tinggi statusnya secara TUNAI.
Boleh cuba sekarang. Saya tahu kerana saya pernah jadi orang bodoh yang rakus
mahukan impresi orang dengan kereta baru yang HUTANG dan dari situ saya
belajar...untuk BERPUASA dan beli kereta bukan untuk tayang pada orang lalu saya
mampu bebas dari hutang kereta. Saya juga pernah berkata, kenapalah aku bodoh
sangat kerana tidak tahu perkara ini dari zaman muda dahulu lagi.
Jaguar S-Type pada zaman kegemilangannya pada tahun 2001
dahulu berharga sekitar RM800k dan hanya RM50k pada hari ini. Orang tetap
lihat...itu ialah Jaguar. Bawa Jaguar baru RM800k dan Jaguar terpakai RM50k
jenamanya tetap sama. Pak Bilal yang taknak kahwinkan anaknya kepada kamu
kerana kamu pakai Kancil 660 pun tak tahu beza harga Jaguar baru dan 2nd hand
pun.
Beli kereta untuk keperluan...jangan bayar lebih untuk puaskan hati sendiri dengan
sakitkan mata dan hati orang lain yang melihat. Lagi satu, orang kata kalau beli
kereta tunai nanti income tax cari...jangan takut pasal perkara ini jika anda bukan
jenis orang lari dari cukai. Cukai hanya kutip berdasarkan pendapatan kita dan
bukan kerana kita beli kereta tunai.
* Pengiraan di atas bukan figure tepat tetapi sekadar anggaran untuk menunjukkan
idea merancang kewangan sahaja.
Sumber-Pengalaman dari seorang jutawan terkenal tanah air (SN).
Perunding Emas Anda
Tiada ulasan:
Catat Ulasan