Tukarkan Wang Kepada Emas
Apabila anda membeli emas untuk menyimpan,perkara yang perlu anda ketahui adalah anda sedang menukarkan Wang kepada Emas.Anda tidak membeli apa-apa.Sebaliknya cuma menukarkan wang kepada emas.Dan emas itu adalah bernilai yang diterima diserata dunia selagi ia adalah emas fizikal yang tulen.Cuma kadar upah dan kos permbuatan sahaja yang anda harus bayar,begitu juga kos gst (kalau ada,kerana sesetengah item emas dikecualikan gst sepeti jongkong emas),selebihnya anda masih menyimpan aset harta anda kepada emas fizikal yang mana emas tersebut masih lagi diterima guna selain wang kertas (pada masa hari ini,dunia menggunakan sistem wang kertas sebagai medium kewangan).
Ia tampak tidak jauh berbeza dengan menukarkan wang tempatan kepada matawang asing (apabila ingin keluar negara).
Satu Langkah Bijak
Menukarkan wang kertas kepada emas adalah satu langkah bijak jangka pendek dan panjang yang kita boleh lakukan pada bila-bila masa.Emas adalah logan yang berharga.Dengan emas,ia dapat menghasilkan barang-barang perhiasan,seperti cincin,rantai,gelang dan sebagainya.
Pada masa sama,ia digunakan sebagai aset dalam negara,mahupun syarikat serta individu.Dalam dunia pelaburan global,emas menjadi tumpuan ramai,banyak pelabur mensasarkan emas sebagai urusan jualbeli dipasaran komoditi.
Namun,harus bijak dalam menukarkan wang kepada emas.Ini kerana kita masih perlu wang kertas untuk urusan jual beli seharian.Cuma tukarkan kepada emas bila mana anda berniat untuk menyimpan.Wang yang diniatkan untuk menyimpan jangka masa panjang,dan bukan wang yang hari ini simpan esok keluar.Mungkin boleh,tapi anda memelukan masa untuk menukarkan emas kepada wang kertas semula.Jadi,tukarkan kepada emas bila mana anda berniat untuk menyimpan dalam jangka yang sederhana.Jangka masa itu anda tentukan,kerana sesetengah individu berbeza mengikut komitmen kewangan masing-masing.Apa yang perlu anda utamakan adalah,keselesaan dalam kewangan hidup anda.
Isu Brexit
Contoh dapat kita lihat adalah isu terbaru iaitu brexit.Iaitu keputusan yang sukar bagi Britain ketika perdana menterinya (kini bekas perdana menteri britain) mengumumkan bahawa britain keluar dari kesatuan eropah baru-baru ini.
Harga emas melonjak naik ekoran ramai orang membeli emas sebagai pelindung nilai dengan cara menukarkan wang kertas mereka kepada emas.
Mereka bertindak demikian adalah untuk melindungi aset mereka dari menerima tempias kebimbangan ekonomi yang berlaku sekiranya keputusan britain keluar dari eropah memberikan kesan teruk kepada matawang yang mereka gunakan.
Ini menyebabkan harga emas dipasaran naik secara mengejut atas permintaan yang mendadak tinggi,tambahan lagi,ia adalah secara tidak terancang dalam permintaan emas dipasaran memungkin kan harga emas menjadi tinggi secara tidak langsung.
Perunding Emas Anda
Tiada ulasan:
Catat Ulasan