Perunding Emas: Harga Emas Menjelang Tahun 2020
close

2016-07-24

Harga Emas Menjelang Tahun 2020

Harga Emas Menjelang Tahun 2020


Analisis Harga Emas Menjelang Tahun 2020Harga emas menurun teruk sesudah kenaikan tinggi sejak 2011 atau 2012.Dan sejak itu harga emas menjunan terus secara pelahan sehinggalah ketahun 2015.

Akan tetapi,harga emas dikatakan bakal mencecah keparas rm503.00 setiap gram emas menjelang 2020.Kita dapat lihat laporan akhbar tempatan yang menyatakan harga emas bakal mencecah sehingga rm15,735/auns menjelang 2020.

Saya simpulkan beberapa huraian disini secara kasarnya.Harga emas dipasaran dunia pada hari ini berada turun naik.Banyak turun sejak kebelakangan ini akan tetapi naik secara mengejut.

Saya simpulkan beberapa huraian disini

Kalau kita melihat kepada beberapa detik-detik kebelakang tahun sebelumnya.Terdapat pelabur-pelabur emas yang besar telah 'Membuang emas' kepasaran dunia.Istilah buang ini bukanlah membuang begitu sahaja.Ia adalah menjual emas-emas milik mereka sedikit sedikit tetapi berterusan mengikut jumlah mereka ada/kontrak emas/stok emas/simpanan emas.

Melihat kepada tahun 2015 pada laporan ini ditulis Laporan Harga Emas Bulan November Tahun 2015,mengatakan bahawa Hedge Fund telah menjual sejumlah besar emas mereka kepasaran dunia sebanyak 430 tan.

Analisis Harga Emas Menjelang Tahun 2020Jumlah ini begitu besar sekali.Malah mengundang harga emas jatuh secara pelahan dan berterusan seiringan dengan tindakan mereka yang menjual emas dalam kuantiti besar beransur-ansur kepasaran.

Langkah Hedge Fund Satu Stragetik?


Namun,bagi saya,tujuan mereka adalah tidak lain bukanlah semata-mata untuk 'Membuang emas' sahaja,malah mempunyai satu strategik panjang menjelang tahun 2020 akan datang.

Mereka adalah pelabur.Jadi sebagai pelabur mereka mempunyai strategik yang menarik pada pandangan mereka sendiri.Dan sementara menunggu tahun 2020,mereka seakan mahu memastikan harga emas tidak terlalu tinggi,namun kekal dalam keadaan lebih rendah sedikit agar mereka dapat kembali membelinya semula selagigus dalam kuantiti yang banyak pula apabila harga emas berada dalam keadaan rendah yang benar-benar sesuai untuk dibeli.

Sebenarnya bukan mereka sahaja sebagai pelabur,terdapat banyak lagi pelabur-pelabur emas diluar sana dalam pasaran global.Jadi apa kaitan pelabur dengan harga emas?
Kaitannya dapat kita lihat analisis harga emas tahun 2015

Jadi,adakah anda memikirkan bahawa mereka hanya mahu melihat harga emas melonjak naik mencecah rm503.00 pergram seperti diramalkan? tentulah tidak.Mereka pernah memiliki stok emas yang banyak dan mereka juga pernah menjual emas dengan kuantiti sangat banyak.Mungkin mereka menunggu waktu sesuai untuk membeli stok emas balik sebelum harga emas mencecah rm503 segram.

Namun,pada masa mereka membeli itu,adakah kita sempat memperolehi sedikit simpanan emas fizikal kita? sedangkan mereka memiliki sejumlah dana yang besar.Dan mereka tidak sesekali akan menunggu untuk membeli kalau masa membeli itu bagi mereka sudah TIME to BUYBACK!.

Jadi,pelabur adalah pelabur.Kita adalah pembeli.Pembeli emas untuk menyimpan emas.Pelabur adalah menjual dan membeli.Sama ada jangka pendek atau panjang,mereka ada strategik mereka sendiri dan dana mereka miliki juga besar.Begitu juga risiko.Dana besar risiko juga sangat besar.Untung rugi adalah permainan pelabur.

P/s-Adalah pandangan peribadi penulis berkaitan analisis harga emas global.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

© 2014 MyEmasSale | Perunding Emas. All Rights Reserved.

Website tuned by http://myemassale.blogspot.my/

Designed By My-Perunding Emas
© 2014 MyEmasSale | Perunding Emas. All Rights Reserved.

Website tuned by http://myperundingemas.blogspot.com/