Perunding Emas: 2016
close

2016-12-29

Dollar Amerika Bergerak Lemah Harga Emas Lonjak Sedikit

Dollar Amerika Bergerak Lemah Harga Emas Lonjak Sedikit

Dollar Amerika Bergerak Lemah Harga Emas Lonjak Sedikit
Harga Emas Pada Minggu Terakhir 2016

Harga emas melonjak tinggi sedikit kesan daripada dollar amerika yang bergerak lemah dan tumpuan pelabur ketika ini adalah kepada saham-saham murah.

Harga emas dicatatkan pada harga $1,157.20 ketika ini berbanding awal minggu lalu yang rendah.

Adakah harga emas akan kekal diatas paras $1,150.00 seaun? pada penutup sebelum cuti tahun baru dan hari minggu,pelabur kurang untuk berdagang saham-saham mewah.Dengan itu,permintaan dollar agak lemah dan kurang aktiviti.

Harga emas berpeluang untuk gunakan kesempatan ini dengan mengelak dari terus jatuh selain kekal bersaing sebagai pelaburan pilihan pelabur.

Dalam satu intrumen komoditi lain,harga emas bergerak lemah.Januari depan akan ada satu perbincangan dengan Russia dijangka membuat keputusan untuk mengehadkan pengeluaran minyak mentah bagi mengelak harga bahan bakar itu terus alami kejatuhan harga.

Ramai pemerhati pasaran menunggu keputusan itu sebelum memasuki pasaran tahun depan.

Dalam minggu ini,tidak ada berita-berita perdagangan aktif yang penting untuk memacu pengerakan harga-harga komoditi.Banyak keputusan akan dibuat pada 2017.

Harga emas secara teknikal berada pada kedudukan sokonganya iaitu $1,150.00 dan cuba untuk melepasi paras $1,160.00 hingga kalau boleh dicapai sebelum penutup cuti akhir tahun kepada paras $1,180.00.Andai kata harga emas jatuh,ia mungkin bergerak sebelum cuti akhir tahun hingga mencecah paras $1,142.60.

Harga emas akan cuba untuk menguji ketahanan pasaran jika mampu melepasi $1,180.00 untuk jumaat ini.

Atau,harga emas andai jatuh,akan cuba untuk tidak melepasi tahap sokongan kedua selepas $1,150.00 hingga ke sokongan kedua iaitu $1,140.00.

Jadi sekarang ini situasinya harga emas nak uji adakah mampu melepasi paras harga $1,180.00 seaun sebelum pasaran ditutup untuk sesi 2016.Tu menunjukan harga emas cuba nak naik sikit,kalau-kalau boleh dia naik.Bak kata orang 'Last call'.Tapi anda perlu hati-hati bimbang kalau cuba-cuba nak daki terjatuh plak saat-saat akhir 2016 ni.Kecewa minit-minit akhir ni lain sikit.

Sebelum ni kita dah sedap dengan harga sekitar $1,130.00 -$1,140.00 seaun tiba-tiba dia naik kejap pastu tak jadi naik.Godaan dia pada minit-minit akhir tinggi juga tu...tapi kalau nak cuba-cuba tu bolehlah,tak salah..tapi pandai-pandailah letak peratusan sikit cukuplah..jangan letak semua pengharapan kita tu pada 'MINIT-MINIT AKHIR PERMAINAN'.Lepas ni nak tunggu market buka lambat lagi,cuti lama kurang-kurang 3 hari.


Kenangan di pantai timur....Dok ingatkat sapa tah..
(Gambar)Kenangan di pantai timur....Dok ingatkat sapa tah..

Bagi yang masih nak cuba pasaran boleh buat macam tu.Bagi yang dah dalam mood tahun baru tu,apa azam tahun baru anda? azam saya? saya tengok diri saya sendiri,saya rasa sudah sampai masanya untuk hidup berdua....innshaAllah kalau rezeki tu sampai tahun depan tak kemana..

My Perunding Emas


Nota-Analisis adalah sekadar pandangan peribadi.Tidak mencerminkan pasaran hadapan yang sebenar.Segala risiko adalah tangungjawab sendiri.
Sumber-KitcoNews
Read More

2016-12-28

Trend Harga Emas Sejak 2011

Trend Harga Emas Sejak 2011


Ada banyak faktor yang mendorong pengerakan trend harga emas di pasaran dunia.Bagi yang sedang mencari arah dan kedudukan sesuai bilakah masa untuk melabur emas,ulasan diatas (Dalam bahasa Inggris) memberikan beberapa panduan kepada mereka untuk memilih waktu yang terbaik berdasarkan trend.Tengok trending.Adakah ia naik?dan secara kasar,sejak 2011 ia tidak pernah melepasi angka $1500,00 seaun emas.Harga emas ketika ini dalam mood turun yang pelahan.Tak dapat dipastikan kemana atau aras mana ia akan berhenti sebelum mengalami kenaikan mendadak lagi supaya pada masa itu,anda telah bersedia dalam mood beli atau dah ada simpanan fizikal (stok emas fizikal) untuk meraih keuntungan semasa kenaikan.

Secara kasarnya,bila saya tengok graf ini dan cuba membaca ulasan diatas,menyebutkan BANYAK FAKTOR,dan sekarang lihat graf.Apa yang berlaku ketika awal-awal kemunculan atau pencetus kenaikan mendadak harga emas? saya secara peribadi memilih tragedi 11 september 2001 menyebabkan pelabur mula mencari emas sebagai medium pelaburan utama selepas kejatuhan pasaran dan kebimbangan di Amerika Syarikat berlaku susulan peristiwa 'Terancangan' tu.Dengan Geoge Bush yang buat kenyataan mengelirukan tentang 11 september membuatkan timbul keraguan adakah Amerika Syarikat sendiri yang merancang serangan tersebut sebelum menunding jari kepada Timur Tengah?Itu menjadi pertikai di seluruh Amerika Syarikat sendiri.

Selepas itu,harga emas melabung tinggi kerana keyakinan dalam pasaran komoditi mula menarik perhatian.Pada tahun 2011,tak dapat dipastikan kenapa harga emas menjunam kebawah.Mungkin beberapa pakej pemulihan ekonomi di Amerika Syarikat mula menarik pelabur untuk ke negara itu semula selepas sentimen kebimbangan yang tinggi disebabkan runtuhnya WTC pada 2001.

Tahun 2017 juga dilihat akan menjadi saingat sengit antara emas dan dollar amerika.Dengan ura-ura kadar faedah akan naik sebanyak 3 kali juga hangat diperkatakan.Turut alami nasib sama adalah kejatuhan item komoditi lain iaitu minyak.Minyak di pasaran komoditi dunia mengalami detik kejatuhan hingga para pengeluar terpaksa buat langkah drastik bagi bendung kejatuhan lebih teruk.

Adakah pasaran komoditi lain akan turut alami kesan sama?Tak dapat dipastikan.Boleh jadi ya boleh jadi tak.Banyak faktor.

Sekarang,harga emas telah bergerak dibawah paras sokong $1200,dan berlegar-legar sekitar $1,135.00 hingga $1,146.00 seaun.Saya menjangkakan ia berlegar sekitar tidak kurang $1,150.00 hingga akhir tahun ini tapi ia melepasi paras tersebut dan terendah dicatatkan baru-baru ini adalah $1,127.30 seaun.

Harga emas boleh mencecah lebih rendah lagi dari $1050.00 kerana beberapa sebab yang kuat.Dan kerana itu,perlu memahami dan berhadapan risiko tinggi andai kata harga emas mengalami penurunan berterusan melewati paras tersebut.Sebagaimana harga naik mendadak,ia juga boleh juga boleh turun.

Sejujurnya,saya menyukai harga emas turun lebih rendah dari $1050.00 kalau boleh lebih banyak lagi bagus.Kerana saya berpeluang menambah bilangan pembelian keatas stok emas sebelum harganya meningkat naik.Saya menetapkan analisis jangka panjang,iaitu perlunya kepada harga yang tidak tinggi andai mahu mendapatkan lebih pulangan apabila tempoh masa kenaikan itu berlaku dan dirasakan berterusan.Secara peribadi,tahun 2017-2018,saya fokus kepada pembelian untuk menambah simpanan aset dalam emas fizikal.Manakala tahun 2019-2020 adalah tahun dijangkakan sebagai tahun yang harga emas hari ini sebagai kenangan lama apabila harga mencecah rm500 setiap gram.Itu adalah jangkaan jangka panjang sebab-sebab dan faktor kenapa saya memilih harga emas lebih baik rendah tahun 2017-2018 berbanding memperolehi pulangan yang naik turun saja.

Sukar untuk dikatakan dan digambarkan sebenarnya kerana berkaitan dengan perkara yang diluar kawalan.Tapi jangan terlalu menaruh harapan tentang pulangan besar secara 100% yakin,tetapi perlu lebih bersikap berhati-hati kerana dalam hal harga,kita tak dapat kawal harga yang diparasan dunia.

Apa yang kita inginkan adalah harga emas naik,tapi apakah kita sudah cukup simpanan aset emas? andai kata simpanan emas kita tersebut telah dirasakan cukup,cuba kita nilaikan atau tafsirkan berapa lamakah kita mampu bertahan untuk aset yang dimiliki.Contoh begini.

[Nilai aset vs tempoh bertahan dengan nilai aset]

Berapa lama aset tersebut dapat menampung hidup kita? sebulan? 12 bulan? 24bulan? 

Dari situ anda dapat lihat sejauh mana anda masih perlukan harga emas tersebut tidak tinggi.Melainkan anda miliki segudang emas,yang cuma anda perlu tunggu adalah menjual pada harga tinggi.

Anda masih perlukan emas dalam harga rendah kerana anda juga adalah pembeli.Seterusnya membuat tafsiran berapa lamakan anda mampu bertahan dengan aset tersebut?ini anda perlu buat kira-kira untuk keperluan hidup yang mustahak saja kerana aset yang ada terhad.Kalau harga emas meningkat,anda mungkin tidak berpeluang lagi untuk membeli dalam kuantiti sekarang,boleh jadi 1gram pun kalau harga telah mencecah rm500/g,kita tidak mampu untuk membeli ketika itu.

Ada banyak analisis yang saya ikuti tentang harga emas pada masa akan datang,secara singkat dari segi analisisnya,harga emas sangat berkait rapat dengan antara satu sama lain.Ada satu analisis menyebutkan ketika dollar meningkat,emas mengalami penurunan.Sekarang anda mengetahui tentang itu kerana itulah terjadi.Bagaimana dimasa akan datang?adakah memang itu trendnya iaitu setiap kali emas jatuh,dollar meningkat?saya sendiri cuba fikirkan macam mana indikator ni terjadi.

Kalau berbalik kepada awal-awal sejarah dollar amerika,dulu dollar amerika ini diikat dengan emas.Sekarang tak lagi.Menjadikan emas dan dollar saling bersaing turun naik.Apabila dollar meningkat,pelabur akan menyimpan dalam dollar dengan melabur sektor berkaitan dengan dollar.Begitu juga sebaliknya.Kekuatan dollar adalah ekonomi Amerika Syarikat,apabila ekonomi Amerika Syarikat memacu tumbuh,matawang dollar juga akan semakin kukuh dan mendorong pelabur untuk memilih dollar berbanding emas.Inilah jangkaan tahun 2017,Presiden Amerika Syarikat tentu berusaha untuk memacu ekonomi negaranya sekaligus memberi rasa yakin kepada pelabur.Ini akan memberikan kesan sedikit kepada sektor komoditi.

Dengan itu,saya gunakan peluang itu sebagai tahun untuk menanam modal,itupun kalau ia masih dalam harga rendah.

Baik.Perkara anda kena fokus adalah HARGA SEMASA dan HARGA JANGKAAN YANG TINGGI.Harga semasa turun dan naik.Harga jangkaan tertinggi tu bila harga emas akan mencecah paras tertinggi.Contoh 2020 harga emas cecah rm500/g.Sebelum tahun tu,fokus untuk simpan aset emas secukupnya dan tafsirkan berapa aset tu dapat bertahan untuk keperluan hidup anda.Kalau cukup 5 tahun itu saya rasa sangat baik.Saya pun belum mampu menampung selama tu.Sebab tu saya pilih apa tertulis diatas.Pendek kata,cukupkan dan tafsirkan berapa lama aset dapat menampung kehidupan kita sebelum segalanya menjadi tinggi dengan kos.

Nota-Sekadar pandangan peribadi.Tidak mencerminkan jaminan pasaran dan jangkaan adalah yang ditulis benar tentang ekonomi dan harga pasaran jangka masa depan.Amalkan pengurusan kewangan yang bijak.

Sumber Analisis-Marketslant
Read More

Bual Kosong Bulan Disember 2016

Tips Bebas Bebanan Hutang

Dalam beberapa hari lagi,2017 hadir mengantikan 2016.Kali ni nak bual-bual kosong.Pinjam gaya dan cara seorang prof kimia yang menjadi pensyarah saya dulu.Di semester 1 atau semester 2 lupa plak..hehe..jiwa pelajar waktu itu sangat-sangat dok hadap nota untuk dihafal.

Lepas tamat belajar,yeah,bebas,tapi hutang? haha hadei..tak bebas lagi..so jom berbual tentang hutang.Bual kosong ajer kita..

Hutang perkara yang seakan tidak dapat dielakan.Walaubagaimanapun,apakah cara untuk dapat meringankan beban hutang yang ditanggung.

Caranya adalah menyemak dan audit segala aliran keluar perbelanjaan.Dimanakah dapat anda semak perbelanjaan yang dirasakan sebagai tidak penting.

Merancang kepentingan pembelian juga dapat mengurangkan jumlah hutang baru yang dipikul.Membeli pembelian hutang yang fungsinya hampir sama dengan telah anda miliki juga dapat menambah jumlah hutang yang ada.Contoh,anda miliki kereta dan merancang membeli lagi kereta.Kecuali pembelian baru itu begitu mustahak untuk mengantikan kereta yang memang telalu kerap keluar masuk bengkel ditambah usia kenderaan yang sama umur anak bakal mengambil PT3 atau SPM.Tidak dinafikan,ada kereta yang walau sudah lama masih dalam keadaan baik.Itu adalah kelebihan.Dilema ingin bergaya atau bebas bebanan hutang?

Tidak melabur dengan wang pinjaman.Ramai begini.Membuat pelaburan dengan wang pinjaman.Anda perlu bayar kadar faedah tinggi dan pokok.Tapi keuntungan rendah.Disini anda tidak melabur untuk untung,tetapi untuk rugi.Sebaiknya,anda melabur menggunakan wang sendiri.Tak ada bayar balik faedah yang keluar,sebaliknya menunggu dividen masuk setiap tahun.Itu kalau anda melabur dalam unit amanah.Kalau melabur sektor lain,ia bergantung kepada situasi dan apa yang terkandung dalam dokumen perjanjian pelaburan yang anda ceburi.

Had kan penggunaan kredit kad.Rasanya kredit kad pun ada limit disetkan oleh had limit bulanan.Apakata anda had kan lagi kepada seboleh yang terdaya.Caj penggunaan kredit kad juga dapat dikurangkan dan anda ada lebihan tunai ditangan.


Langkah permulaan yang perlu anda tumpukan adalah audit segala perbelanjaan sebelum dapat menyemak dimanakah aliran yang patut dirancang atau dikurangkan atau dibatalkan saja.

Pendapatan anda tolak dengan jumlah komitmen hutang setiap bulan,kadar caj lewat bayar pinjaman sepatutnya dapat dijimatkan dengan bayar awal.Lebihan tunai dapat dijana disitu.

Sebaliknya mengikut jadual adalah terbaik.Rekod bayaran adalah penentu kepada penjimatan.Semakin lewat,semakin tinggi kadar cajnya hingga ke pada caj maksima.Boleh jadi juga mendapat surat amaran demi amaran hingga anda diperintahkan untuk membayar sejumlah tunggakan 3 bulan sekaligus!

Anda patut sediakan tunai kecemasan apabila terjadi ketidak imbangan dalam perbelanjaan dan pendapatan.Tak mungkin anda akan menjual kereta anda.Emas? ya tentu emas boleh dipajak untuk mendapatkan tunai segera.Anda tak perlu lagi membuat pinjaman bank,tapi emas itu milik anda,hanya pajak sekitar 60-70% dari nilai sebenar harga emas tersebut.Walaubagaimanapun,anda jangan lupa untuk tebus kembali emas yang dipajak.Gunakan satu item emas satu surat.Jangan pajak sekaligus 10 item emas kepada 1 surat pajak.Anda hanya dibenarkan menebus 1 surat pajak sekaligus untuk semua item tersebut.

Secara jelasnya adalah 1 surat pajak yang tercatit 10 item emas,anda tak boleh datang untuk tebus 1 item saja,9 item lagi bulan depan.Kerana 10 item tersebut telah dicamtum oleh anda sendiri dalam satu surat.Kalau anda nak tebus 1 surat pajak,dalamnya ada 10 item,10 item tersebut mesti serentak anda tebus.Sebut itu perlu asingkan surat 1item 1surat.Mudah untuk menebus item yang dipajak bila keadaan kembali stabil.Bagi yang mampu,teruskan tebus sekaligus tak ada masalah untuk melakukan perkara itu,keran itu adalah milik anda sendiri.

Minta bantuan keluarga juga adalah satu langkah yang agak baik selain tidak lagi membuat hutang di bank,bantuan adik beradik atau saudara dekat juga adalah bersifat lebih kurang.Bukan maksud tak perlu bayar,tapi lebih kepada kalau ada duit bayarlah.Kalau ada saudara,kawan-kawan macam ni,hargai mereka dengan tidak membuat mereka hilang percaya kepada anda.Tambahan pula disaat mereka juga susah,siapa lagi kalau anda juga menghulurkan bantuan?

Berhenti dari terus berhutang.Tak ada hutang,jadi apa pula langkah seterusnya? simpan? disini anda perlu amalkan konsep beringat semasa lapang sebelum susah.Anda pernah alami kesusahan,anda terpaksa merangkak keluar dari zon hutang yang beban hingga anda jatuh teruk.Simpanlah emas untuk persediaan yang tak dijangka.Hidup ini ada turun naik,kadang selesa,kadang tidak selesa.

Anda sudah alami betapa sukar untuk meminta bantuan,minta bantuan sana asyik selalu mendapat jawapan kecewa,simpan emas.Bila perlukan duit,pergi pajak.Simpan tempat selamat.Beli emas fizikal.Bukan beli emas dapat surat.Beli emas fizikal,contoh macam goldbar,syiling,cincin,itu semua kalau pergi pajak kat ar rahnu,inn shaAllah diterima.Setakat ni,minimum untuk pajak adalah 1g.Sebelum pergi hubungi dulu pejabat ar rahnu terdekat,tanya tentang apakah jenis item yang diterima untuk pajakan.Kadang-kadang ada perubahan yang kita tak tahu.Lepas pajak tu,janganlah beli benda atua belanja sakan,kita simpan dan pajak emas gunanya untuk masa-masa mustahak,kecemasan,sakit atau sebagainya,sakit sampai tak dapat pergi kerja,gaji kena potong sebab cuti sakit dah habis itu kemungkinan yang tidak dijangka akan berlaku tapi berlaku.Kalau bukan kita,orang lain yang alami,kemudian orang lain minta bantuan kita.Perkara ni pusing-pusing kat situ juga.

Bual SantaiBual santai ni kalau diiringi dengan pisang goreng dan teh tarik alangkah sungguh UMMP!.

Cik travelog Eka dok kongsi gambar pisang goreng.Tidakah anda nak ada masa terluang dengan keluarga?






Tapi kalau masing-masing tidak ada masa,masa pun hutang,kena kejar masa,anda akan duduk menikmati pisang goreng dan teh tarik pun bersendirian.

Saya teringat seorang Prof kimia.Saya hadiri kuliah tersebut dan beliau mengajar kami satu kelas dalam subjek kimia.

Cara beliau ajar,simple.Lain dari pensyarah yang lain.Pada awal-awal beliau mengajar kelas kami,berbudak tak tahu atau tak perasan dan menimbulkan persoalan di minda kami dalam kelas tu.

Adakah Prof dan mula mengajar atau belum lagi?Bila bertanya terus terang kepada beliau,

"Ya saya sedang mengajar,jadi tumpukan perhatian.."

Dengan gayanya yang macam tak mengajar tapi dah mula mengajar,kami pun cepat-cepat salin apa yang beliau tulis dipapan putih dan penerangan simbol-simbol kimia yang ada.Kami fikirkan beliau sekadar bual kosong tapi bualnya berisi dan masuk subjek pun apa yang diajar.










Myperunding Emas

Nota-Adalah pengalaman dan pandangan peribadi.Pandangan dan pengalaman anda mungkin berbeza dan cara menanggani juga mungkin berbeza.
Kredit Gambar-Eka



Read More

2016-12-27

Rantai Tangan Baru 916 Koleksi Berkilau Menyilau

Rantai Tangan Baru 916 Koleksi Berkilau Menyilau

Ini dia rantai tangan emas 916 baru.
Yang mana satukah pilihan anda.
Ini dia rantai tangan emas 916 baru.

Ini dia rantai tangan emas 916 baru.

Ini dia rantai tangan emas 916 baru.

Ini dia rantai tangan emas 916 baru.

Ini dia rantai tangan emas 916 baru.
Tanpa upah/gst
Jangan lupa LIKE FB kami untuk update terkini

Read More

Rantai Leher 916 Baru Cantik Bergaya

Rantai Leher 916 Baru Cantik Bergaya

Ini dia rantai leher baru 916
Ini dia rantai leher baru 916

Ini dia rantai leher baru 916

Dan cincin 916 baru

Dan cincin 916 baru


Harga Tanpa Upah/gst

Jangan lupa LIKE FB rasmi kami di myperundingemas utk melihat lebih update/harga/tawaran/news/analisis
Read More

Index SPDR Gold Trust GLD Tahun 2016

Timbunan Emas
Pelabur telah lari dari emas sejak pilihan raya presiden AS bulan lalu, dengan SPDR Gold Trust GLD, + 0.32% melihat kenaikan besar dalam aliran keluar.



ETF adalah dana dagangan bursa terbesar mengesan aset dan cara yang popular untuk membuat pertaruhan pada logam berharga.


Menurut data FactSet, dana ini telah menyaksikan aliran keluar sebanyak 28 sesi secara berterusan ini adalah satu rekod. Hampir $ 4,7 bilion telah mengalir keluar daripada dana $ 30.2 bilion sejak pilihan raya Amerika Syarikat lalu, menjadikannya salah satu yang paling teruk daripada mana-mana dana di alam semesta ETF.


Gold cenderung untuk mempunyai hubungan songsang dengan pasaran saham, yang telah berada dalam mod perhimpunan sejak pilihan raya yang tidak dijangka Donald Trump pada awal November. Pelabur telah bertaruh bahawa pemotongan cukai korporat besar-besaran dan pembatalan kawal selia alam sekitar dan kewangan Trump telah mencadangkan akan mempercepatkan pertumbuhan ekonomi, membuat logam kuning kurang menarik sebagai aset pelaburan.


Index SPDR Gold Trust GLD Tahun 2016

ETF emas mengalami penurun sebanyak 11.3% sejak pilihan raya presiden, baru-baru ini jatuh ke paras terendah sejak Februari. Walau bagaimanapun, kita ambil dari sudut positif untuk tahun ini, berpegang kepada pendahuluan 6.3% bagi 2016. aliran Tahun-kemaskini juga kekal positif, dengan $ 7.55 bilion memasuki dana.

Ini susulan boleh jadi kerana ramalan dan jangkaan mengenai kadar faedah dinaikan oleh Rizab Persekutan Amerika Syarikat,dan kerana itu,pelabur mencari satu pulangan yang lebih baik disokong oleh kadar faedah yang tinggi memberikan lebih kelebihan kepada pasaran amerika syarikat berbanding emas dipasaran komoditi.

Jadi dengan itu,sedikit sebanyak anda mengetahui asas-asas kepada penurunan harga yang menjadi berkepanjangan dalam beberapa waktu ini adalah ekoran beberapa faktor seperti dinyatakan diatas.Faktor utama adalah banyaknya pelabur mencari alternatif kepada pulangan yang lumayan bukan kerana kepercayaan kepada logam emas kurang,tapi faktor pulangan tinggi dan pantas.Pulangan walaupun pantas,risikonya tetap tinggi.Iaitu kejatuhan pasaran,emas akan menjadi alternatif terakhir.

My Perunding Emas

Nota-Pandangan peribadi dan tidak mencerminkan pasaran harga dimasa depan.
Sumber-MarketWatch
Read More

2016-12-26

Merangka Plan Arah Pelaburan

Merangka Plan Arah Pelaburan
Merangka Plan Arah Pelaburan 


Antara jenis-jenis pelaburan yang boleh dimanfaatkan dengan pulangan balik berdasarkan modal yang anda ada.
Pertamanya kalau anda miliki tanah.Anda modal.Dua perkara penting adalah modal dan tanah.Kemudian baru fikir perkara seterusnya iaitu pengetahuan dalam mengurus tanah dan dana modal.Itu penting.Sebab kita akan urusan aliran keluar masuk tunai modal.Yang ini memelukan modal yang 
besar.Untuk membersihkan tanah sebelum diusahakan tanah-tanah tersebut daripada semak samun,belukar,ketidak rataan tanah.Ini pengalaman saya bila melihat petani dan penternak membersihkan tanah mereka untuk meratakan tanah,mendirikan pagar,memasang beberapa alat atau peralatan lain (lampur,tambah elektrik,pergi pejabat tnb berbincang tentang elektrik.pengaliran air dan sebagainya)ditanah tersebut,mengukur dan macam-macam kos keluar mengalir macam air.Kos upah jentolak,potong pokok dan sebagainya tu begitu tinggi.Tapi demi usahakan tanah-tanah yang ada,sanggup mengeluarkan modal yang besar.Hasilnya akan diperolehi setelah semua itu dapat dilalui dengan penuh cekal.Ini bagi orang yang ada tanah dan modal.Dia boleh buat semua.

Kedua perternakan.Mirib dengan diatas.Cuma ada tanah atau tak saja.Kalau ada teruskan.Selalunya tanah ini hanya terhad di kawasan-kawasan luar bandar.Kawasanya luas sesuai untuk pertanian dan perternakan.

Bagi yang tinggal di bandar-bandar,penyediaan tanah untuk dua jenis perusahaan itu sungguh terhad,hampir-hampir tak ada.Banyak tanah dibangunkan untuk projek-projek infrastruktur kemudahan dan kediaman selain dalam bidang komersil lain.

Jadi pilihan yang anda anda lebih kepada join-venture atau berulang alik dari bandar keluar bandar untuk menjenguk tanah anda.Ini bagi yang tak ada tanah.Memang tinggal dibandar.Atau tanah yang ada semua dah jual kerana tidak ada siapa nak urus tanah.Jadi ada modal saja,tanah tak ada.Anda boleh melabur dalam bidang lain.

Join-venture tu macam kita melabur dalam sektor pertanian dan perternakan milik orang lain.Kira macam modal kita tu kita laburkan bersama-sama dengan pemilik ladang atau kebun mereka.Jadi pulanganya berdasarkan apa yang terkandung dalam dokument hitam putih.Memang akan ada dokument perjanjian kat situ.Saya ada pengalaman join-venture dengan seorang yang menjalankan perniagaan dalam perternakan.Mengimport kambing dari luar dan menjualnya di dalam negara.Memang baka importlah dan ada juga risikonya iaitu kambing mati semasa dalam jagaan kita.Tapi pulanganya sangat memuaskan hati saya.Alhamdulillah,saya bercadang untuk menambah jumlah pelaburan saya disitu.Kerana yakin dengan pasaran.Kita menjual sesuatu yang bersifat nyata,fizikal,yang ada permintaanya.Saya tak perlu untuk mempromosi perniagaan itu,kerana permintaan begitu tinggi dikawasan itu untuk aqiqah dan korban.Maksudnya saya,perniagaan itu ada ladangnya,ada kambingnya,orang boleh pergi melawat,ada sijil halalnya,ada perakuan pendaftaran perniagaan,proses-prosesnya dah lama bertapak,sebut itu saya melabur disitu,tapi bukan semua,sebahagian lagi saya gunakan dalam sektor metal atau logam emas.Sebab saya tak ada tanah untuk diusahakan.Itu saja pilihan saya ada.Saya mana ada duit nak beli tanah.Lepas beli tanah kena juga keluar duit modal untuk buat kandang beli itu ini.Bagi modal yang cukup-cukup makan,memang siap separuh jalan kalau kos tiba-tiba melambung tinggi.Kerana itu,saya melabur dalam sektor atau perniagaan yang bertapak kukuh.Perniagaan yang sudah lama bertapak,dan ada permintaan yang tinggi,anda labur disitu,inn shaAllah pulangan memuaskan.

Yang ketiga kalau tak ada tanah tapi ada modal,melabur dalam emas atau join-venture.Macam saya tulis kat atas.Uruskan modal.Pilih perniagaan yang kukuh,diiktiraf,ada perakuan perniagaan,ada permintaan,teruskan menjadi pelabur disitu.Emas juga bersifat fizikal.Anda boleh lihat,boleh sentuh,boleh pindah-pindah emas tu,sebab ia milik anda.Kalau kambing tak boleh lah buat macam tu,pindah-pindah,pengsan dia nanti.Tempat dia dikandang,setakat melawat,bagi makan,itu bolehlah.Emas lain.Anda boleh simpan tempat selamat yang rahsia atau menggunakan khidmat peti simpanan di bank-bank atau pejabat pos ar rahnu.Kadar upah simpan juga rendah.

Banyak lagi jenis-jenis perniagaan yang boleh kita melabur disitu untuk mengembangkan dana tunai kita dan memberikan pulangan yang baik.

Tapi yang boleh kita kawal sendiri adalah emas fizikal.Ladang ternakan pemiliknya yang kawal selia,kita tak boleh kawal,kita pun tinggal jauh.Pemilik ada perkerja yang uruskan.Sementara tu kita cuba uruskan hal yang kita boleh kawal dan urus.Lihat bagaimana kita menguruskan pelaburan kita sendiri.Jangan sesekali melabur dalam skim cepat kaya.Skim cepat kaya ni kita bagi orang lain uruskan dana kita.Perniagaan apa pun kita tak tahu.Tahu-tahu menjanjikan pulangan yang lumayan.Akhirnya lesap.Kenapa mereka yang ada dana modal tak pergi bertanya kepada tuan-tuan ladang tentang pelaburan bersama?iaitu anda sebagai pelabur mengatakan minat untuk melabur di perniagaan milik mereka? saya rasa mereka sudi mendengarkan minat anda.Ada modal jalan.Itu yang saya biasa dengar.

Atau anda boleh mencuba menyimpan emas sebagai aset simpanan tetap kalau telah ada perniagaan sedang diusahakan atau belum pernah mencuba memiliki emas fizikal sebagai aset.Tak perlu beli dalam kuantiti besar,cukup dengan 1g.Boleh melalui fasa percubaan.Kalau berlaku apa-apa pada ekonomi,kita sudah ada emas untuk langkah berjaga-jaga terutama kalau berlaku kemelesetan ekonomi,hilang perkerjaan,hilang pendapatan,emas yang kita simpan itulah jadi penyambung sumber pendapatan dengan cara pajak atau jual.Saya rasa pajak lebih baik berbanding jual.Anda tentu tak nak semua emas anda itu dijual,sebaliknya ada fungsi di kemudian hari.

Saya percaya,apabila anda telah memasuki usia 30an-40an,anda sudah mula memikirkan tentang pendapatan yang tetap dan kukuh,stabil dan jangka panjang.

Cara terbaik adalah anda mula mengumpulkan dana dan rancang jenis pelaburan yang ada rasakan 
terbaik untuk ada.Anda perlu dapatkan perbincangan dan nasihat tentang modal anda itu.Anda perlu memahami risiko dan selok belok perniagaan,anda perlu memahami hal tentang pasaran dan sebagai.Banyak perlu diterokai tentang perniagaan ini.Selebih itu ada usaha kita takawal,inn shaAllah.

My Peruding Emas

Nota-Tulisan adlaah sekadar pandangan peribadi.Tidak menjaminkan apa keuntungan atau mencerminkan 
pasaran masa depan.Risiko dana anda adalah tanggung jawab anda.Amalkan pengurusan kewangan yang bijak.

Read More

2016-12-25

Survey Harga Emas 2017

Ramalan melalui undian sejauh manakah harga emas akan bergerak turut di jadikan sebagai survey untuk melihat berapa ramaikah orang yang yakin akan harga emas bergerak pada tahun 2017 kepada 6 pembahagian arah harga.

Ini memang menarik.Lebih menarik lagi apabila tahun 2017 adalah tahun yang mungkin Rizab Persekutuan Amerika juga akan membuat beberapa kali dalam setahun tentang kenaikan kadar faedah yang pasti akan menyokong kekuatan Dollar $ usd.

Survey ini dijalankan dalam waktu singkat.
Survey Harga Emas 2017

Keputusan Semasa Survey
Survey Harga Emas 2017

Jumlah terkini undian adalah 1,362.Ramai juga yang mengambil bahagian dalam hal ini.Ramai juga yang beranalisis harga emas bergerak lebih tinggi tahun 2017,malah angka $1,400 dilihat agak terlalu tinggi untuk dicapai pada tahun 2017 disebabkan tahun itu adalah tahun saingan pasti sengit.

Seterusnya,angka dibawah $1,000 juga tidak sukar dicapai,kerana,pada waktu ini,harga emas dicatatkan pada paras $1,133.50 setiap aun emas.

Apakah undian saya diatas? saya mengundi harga emas berada pada tekanan hingga terdorong rendah ke pada harga $1,000.00 se aun.

Tapi sebenarnya,kalau ikut realistik,lebih kepada memilih harga emas yang sederhana antara $1,200 hingga $1,000.


Harga emas sejak 2000

Pengerakan Harga Emas Sejak Tahun 2000

Lihat graf.Begitulah pengerakan harga emas direkodkan sejak tahun 2000.Pernah naik mendaki hingga keparas $1,800,00 dan ada analist sebelum ini mengatakan,tentang harga emas boleh melebihi ke paras $1,900.00 hingga $2,000.00 setiap aun menjelang 2019-2020.

Bermula tahun 2017-2020,ada lebih kurang 5 tahun.Tak lama.Anda boleh lihat titik awal pengerakanya mungkin pada tahun 2018.Kalau akhir tahun 2018 harga masih rendah,mungkin tahun-tahun selepas 2018,untuk mendapatkan emas dalam julat rendah dalam harnganya sukar.


My Perunding Emas

Nota-Analisis adalah pendapat peribadi.Tidak mencerminkan harga emas sebenar.
Read More

2016-12-23

Merangka Strategik Kewangan 2017

Merangka Strategik Kewangan 2017
Ini adalah salah satu bentuk yang seseorang perlu pertimbangkan dengan teliti untuk menentukan dimanakah instrumen-instrumen wang ditujukan untuk mengembangkan ekonomi individu.

Apa yang ditulis disini contoh saja,melihat apa cara yang digunakan oleh seorang pelabur dalam merancang dana pelaburan mereka dan kemana ia dituju.Tidak semestinya tertumpu kepada satu-satu tempat,sebaliknya di perbagaikan potensinya berdasarkan peruntukan kewangan untuk pulangan yang diharapkan.

Disini anda akan melihat bagaimana cara George Gero membahagikan dana pelaburanya dibeberapa segmen pelaburan.Dimanakan mereka memperuntukan wang pelaburan mereka $500.000 oleh seorang pakar pelaburan tersebut pada tahun 2017?

Apakah strategik dan atau sektor tumpuan yang menjadi pilihan kepada pakar pelaburan ini pada tahun 2017?

Merangka Strategik Invest 2017Pakar: George Gero

Pengarah, Pengurusan Kekayaan RBC Urusan; Ahli Lembaga Pengarah, Bahagian COMEX CME-; Lembaga Hearing Ahli, Persatuan Hadapan Negara

Bagaimana anda akan melabur $ 500K pada tahun 2017?

5% di kesetaraan tunai
15% emas dan logam berharga ETF (emas, perak, platinum)
30% tetap korporat gred pelaburan pendapatan
50% di Amerika Syarikat ekuiti separuh pendapatan utama dan separuh dalam pertumbuhan dividen seperti jabatan penyelidikan kami.

"Ini adalah satu peningkatan dalam logam berharga peruntukan untuk tahun depan, terutamanya berdasarkan harga yang rendah dan buat masa ini, prospek inflasi yang rendah, yang boleh meningkatkan dan menukar tahun depan," katanya.

Pilihan George Gero ditahun lepas:

10% emas atau logam berharga ETF,
10% dalam tunai dan setara tunai
40% dalam pendapatan tetap di penerbit Amerika Syarikat
40% dalam Ekuiti US

Apa yang akan memberi kesan kepada emas yang paling pada tahun 2017?

"Jangkaan inflasi dan perubahan mata wang boleh menjejaskan emas besar," katanya.

Apakah resolusi pelaburan Tahun Baru anda?

Peralihan tumpuan daripada pelaburan, Gero berkata tumpuan utama beliau di Tahun Baru adalah untuk kekal sihat dan "menjalankan lebih."

Jika anda boleh menggambarkan 2016 dalam satu perkataan, apa yang ia akan menjadi?

"Dalam satu perkataan: tidak menentu," katanya. "2016 adalah tahun yang paling politik yang mengejutkan dalam beberapa dekad."

Anda sudah melihat bagaimana seorang pakar membuat pilihan dalam sektor pelaburan.Diatas adalah cara mereka menumpukan atau memberikan perhatian yang lebih.Secara kasarnya,pelaburan didalam segmen logam tidak dapat ditinggalkan atau dibiarkan.Masih terdapat keyakinan dalam sektor komoditi tersebut.Tidak terhad kepada emas,boleh jadi dalam perak,atau logam lain.

Melihat keupayaan kewangan peribadi adalah sangat berkait rapat akan kemana pergi tumpuan dan minat seseorang dalam mengembangkan pendapatan.

Didalam bugdet yang terhad,seseorang masih boleh memilih satu dua bentuk penjanaan pendapatan jangka panjang.Contoh emas fizikal,perak dan lain-lain.Kos yang murah.Tidak memelukan ruang simpan besar,mudah alih,kemampuan menjual balik juga pada masa sekarang agak mudah,maksud saya,tidak seperti dulu,termasuk kesedaran menyimpan emas semakin meningkat walau masih dalam peratusan yang rendah,tapi masih ada peningkatan dari masa ke semasa.Dan banyak lagi sebenarnya untuk diceritakan.

Cuma perlu anda bijak dalam menguruskan kewangan dan ekonomi diri anda,kurang hutang juga meningkatkan kadar pendapatan apabila kurangnya membayar kadar faedah pinjaman yang tinggi yang sepatutnya boleh dijimatkan dan tukarkan kepada aset yang dalam jangka panjang ia mendatangkan hasil yang baik atau boleh dibelanjakan ke aspek lain seperti pendidikan,pembaikan rumah,kenderaan,perubatan dan kesihatan atau lain-lain keperluan yang mustahak lagi,dan saya percaya,ada banyak jenis bil yang perlu disemak oleh setiap orang pada masa sekarang ini bergantung berapa banyak langganan perkhidmatan telah kita gunakan contoh,bil telefon,wifi,kabel tv berbayar,insuran,caruman-caruman lain,koperasi,dan banyak lagi seolah kita tidak cukup wang untuk menyimpan.

Melabur dengan menggunakan wang pinjaman juga adalah salah satu meningkatkan defisit pendapatan.Sangat tidak digalakan menggunakan cara begitu.

Merangka Strategik Invest 2017Diatas cuma beberapa yang dapat dikongsikan kepada anda tentang bagaimana membuat perancang dalam memilih jenis-jenis sumber pendapatan dan salah satunya adalah membeli emas fizikal dengan harga yang rendah dan mula kosisten dengan simpanan emas sebagai aset setelah melihat potensi emas dalam jangka panjang.

Tidak semestinya beli emas fizikal,anda akan membeli dengan jumlah besar 1kg emas sekaligus.Boleh bermula dengan 1g setiap bulan.Keuntungan dan penjimatan boleh digandakan apabila teknik pengurusan dan perancangan kewangan dapat disusun dan diatur dengan baik seperti mana yang dirangka dalam strategik kewangan.


My Perunding Emas

Nota-Analisis diatas tidak mencerminkan potensi sebenar yang mungkin berubah.Amalkan pengurusan kewangan yang bijak.
Read More

Analisis Harga Emas 2017

Analisis Harga Emas 2017 

Menerusi beberapa olahan analisis tentang PRESTASI harga emas tahun 2017.ANALISIS bagi seorang perseorangan nampak macam tak penting.Tapi bagi mereka yang ada perancangan dan seorang atau syarikat atau pelabur yang nak perniagaan mereka dalam keadaan baik,analisis itu dirasakan sedikit memberikan kepentingan sebagai fungsi-fungsi kepada infrastruktur perjalanan didalam perniagaan.


 Emas Sebagai Aset Mudah Alih
 Emas Sebagai Aset Mudah Alih

Peranan dalam analisis boleh digunakan sebagai ramalan,jangkaan bagi penyediaan plan-plan atau pakej,atau lebih besar dengan tujuan tertentu bergantung kepada tujuan ia digunakan.

Analisis bantu dalam membuat perancangan tentang nilai jangkaan masa depan,dengan memberikan faktor-faktor realistik dan masuk akal dan tidak mustahil berlaku perkara tu.Denganya,dapat diwujudkan pengurusan kewangan yang lebih baik,menetapkan budget-budget penting kepada jangkaan sedia ada dengan tujuan mengembangkan perniagaan,ekonomi atau sebagai budget penyelamat yang ditetapkan berdasarkan oleh jangkaan tempoh jangka masa terhad.Ia bukan muktamad,tapi boleh diubah suai berdasarkan nilai kewangan dan kepentingan yang mana lebih diutamakan selain menolak mudarat.

Saya suka membaca analisis,kadang-kadang saya juga akan sendiri membuat analisis peribadi.Denganya dapat kita menjangkakan berapa banyak kita perlukan untuk perbelanjaan.Selalu kita akan memikirkan menggunakan AKAL FIKIRAN disamping membuat analisis kemungkinan,dari situ,kita akan letakan susun satu-satu kepentingan yang penting ditahap teratas,dan diparas atas itu di sediakan budget sesuai nilai yang kita inginkan.

Tanpa BUDGET khusus,jumlah perbelanjaan akan menjadi lebih tinggi berbanding ada plan mengawal perbelanjaan dengan bijak.

Jadi analisis saya lebih tumpu kepada item emas.Sebab,,emas ni ada ramai peminat.Bezanya,peminat emas jenis DIAM-DIAM UBI BERISI.Tu belum ditambah peminat FANATIK EMAS.Jenis tak kira turun naik emas,tetap beli juga tu.Tapi,yang suka bermain dengan analisis,macam permainan yang menyeronokan dan sebagai BUAH FIKIRAN yang membantu dalam urusan mengurus kewangan dengan baik.


Mengali Hasil Minyak
Mengali Hasil Minyak

Tidak semua analisis adalah tepat 100%.Kadang-kadang terjadi luar jangka sebab faktor yang kita pun tak fikir benda tu berlaku dan boleh berlaku.Bila timbul kebimbangan,ia menjadi analisis,sebab analisis kebimbangan.Faktor-faktor kebimbangan.Faktor positif yang meningkatkan harga emas adalah seperti peningkatan permintaan atau tahap kesedaran menyimpan emas TINGGI pada atau pernah menjadi tinggi suatu masa lampau atau berdasarkan sejarah masa lampau yang bila terjadi perkara sama,akan memberikan kesan kepada harga emas.

Jadi analisis kali ni adalah tentang KADAR FAEDAH OLEH RIZAB PERSEKUTUAN AMERIKA TAHUN 2017.Adakah harga emas akan teru jatuh kalau mengikut sebelumnya,memberikan kesan yang boleh dikatakan TERKESAN harga emas jatuh.

Tapi adakah ia akan jatuh setiap kali perkara sama berlaku? Kalau kita tengok harga minyak,ia jatuh banyak,mendorong pengeluar minyak menghadkan pengeluaran minyak supaya dengan tujuan itu stok minyak tidak berlebihan dipasaran KOMODITI.

Harga minyak mengalami penurunan berterusan adalah disebabkan pengeluaran melebihi permintaan.Dengan itu,analisis menjangkakan perlu kepada mengawal pengeluaran bagi mengelak penurunan berterusan harga minyak global.

Jadi,apakah analisis atau plan yang boleh dibuat untuk item komoditi iaitu emas?Adakah perlu mengikut cara sama seperti pengeluar minyak lakukan? Emas mungkin ada analisis dan struktur pasaranya tersendiri.

Emas perlu melihat saingan-saingan setaraf denganya contoh dollar.Apabila menyebutkan dollar amerika,kita sudah boleh membayangkan tentang RIZAB PERSEKUTUAN AMERIKA.Secara trending,Rizab persekutuan amerika atau FED,menjadi tumpuan apabila menaikan kadar faedah Rizab Persekutuan AS menaikkan kadar penanda aras sebanyak 25 mata asas kepada 0.75 peratus, kali kedua sejak krisis kewangan 2008.Tahun 2017,sebanyak 3 lagi kadar kenaikan diperkirakan akan berlaku.Beberapa pengalisis berpendapat hanya 2 kali untuk 2017.


Bullish Case For Gold Still Very Much Alive - Bloomberg’s Hoffman


Many would argue that gold is going up against a brick wall next year: a strong U.S. dollar, rising equities and higher interest rates, which makes gold less attractive as an investment because the metal is not yield-producing. But, Ken Hoffman, global head of metals & mining research for Bloomberg Intelligence, says the bullish case for the metal is still very much present. ‘The market wants to see all the positive…but when people start to stand back [they see] the Trump infrastructure plan is not that big at the end of the day; taxes, he has to get through Congress and we have Brexit negotiations that are getting rocky,’ Hoffman said when giving his outlook for 2017. ‘So, at the end of the day, gold is that safe haven and its real value is probably more than $2,000 ounce,’ Hoffman added. Working in gold’s favor is a tightening mine supply; Hoffman said that should gold drop below $1,100 an ounce, more mine closures are likely. As to what he is eyeing next, he says rare earths – ‘the price has already started to move 15-20%.’ [1]

Hoffman berpendapat,harga emas boleh mencecah ke paras lebih tinggi kerana permintaan masih akan hadir kerana emas mempunyai nilai yang sebenar.Pada akhirnya orang akan tetap berurusan dengan emas.Hoffman yang juga ketua dalam global logam & penyelidikan pelombongan menambah,harga logam emas itu boleh mencapai lebih $2,000 setiap aun emas.


 Stock Market on ‘Sugar High;' Gold to Average $1,300: Jeff Christian

Gold will struggle in the first half of 2017 simply because it won’t be able to compete with the dollar and the rallying stock market, this according to Jeffrey Christian, managing director for research firm CPM Group. ‘Our 2017 gold forecast is a bit lower than it had been due to the Trump election. Our longer term gold forecast is higher sooner than it had been. For 2017, we are projecting an average of $1,300 for the year; first half around $1,280-1,285 and second half around $1,320,’ he told Kitco News when discussing his 2017 outlook. ‘We expect big tax cuts for corporations and the wealthy to flow into the stock market and attract foreign investors. Thus, we expect the U.S. stock market to rise, and the dollar to rise as well,’ Christian said. However, he added that the higher dollar and stock market are on a ‘sugar high’ and unsustainable. The key fundamental CPM sees for 2017 is the continued recovery in private sector investment demand – from around 13.5 MM oz in 2015 to 20.0 MM oz in 2016, to around 22.5 MM oz in 2017 – as investors come back to gold after the cyclical decline in demand, Christian said. 

Dalam pengalisis lain,Jeff Christian berkata,emas tidak akan bertahan dalam rali untuk menyaingi keupayaan dollar.Tapi akan berjuang di separuh pertama tahun 2017.Pengarah Urusan bagi firma penyelidikan CPM Group berpendapat mengenai harga emas berada sekitar $1,280-$1,320 untuk tahun itu.

Amat jarang saya temui analisis yang menjangkakan emas boleh turun harganya kepada $1,100 dari jarak tahun 2017 hingga 2020.Kebanyakanya menjangkakan berada lebih tinggi dari tu.Setakat ini (jumaat 23/12/2017,harga emas tertahan pada kedudukan $1,128 - $1,136.Kalau ia jatuh kepada harga $1,100 itu satu peluang baik untuk menanam modal bagi tujuan aset.

LIHAT ANALISIS TERBARU > Harga emas 20 ogos 2017

My Perunding Emas 
Nota-Analisis tidak menjamin harga sebenar.Amalkan pengurusan kewangan berhemat.

Sumber-
[1]https://gold-forum.kitco.com/showthread.php?146083-Bullish-Case-For-Gold-Still-Very-Much-Alive-Bloomberg%92s-Hoffman
[2]https://gold-forum.kitco.com/showthread.php?146082-Stock-Market-on-%91Sugar-High-Gold-to-Average-1-300-Jeff-Christian

Read More
© 2014 MyEmasSale | Perunding Emas. All Rights Reserved.

Website tuned by http://myemassale.blogspot.my/

Designed By My-Perunding Emas
© 2014 MyEmasSale | Perunding Emas. All Rights Reserved.

Website tuned by http://myperundingemas.blogspot.com/