Dalam beberapa hari lagi,2017 hadir mengantikan 2016.Kali ni nak bual-bual kosong.Pinjam gaya dan cara seorang prof kimia yang menjadi pensyarah saya dulu.Di semester 1 atau semester 2 lupa plak..hehe..jiwa pelajar waktu itu sangat-sangat dok hadap nota untuk dihafal.
Lepas tamat belajar,yeah,bebas,tapi hutang? haha hadei..tak bebas lagi..so jom berbual tentang hutang.Bual kosong ajer kita..
Caranya adalah menyemak dan audit segala aliran keluar perbelanjaan.Dimanakah dapat anda semak perbelanjaan yang dirasakan sebagai tidak penting.
Merancang kepentingan pembelian juga dapat mengurangkan jumlah hutang baru yang dipikul.Membeli pembelian hutang yang fungsinya hampir sama dengan telah anda miliki juga dapat menambah jumlah hutang yang ada.Contoh,anda miliki kereta dan merancang membeli lagi kereta.Kecuali pembelian baru itu begitu mustahak untuk mengantikan kereta yang memang telalu kerap keluar masuk bengkel ditambah usia kenderaan yang sama umur anak bakal mengambil PT3 atau SPM.Tidak dinafikan,ada kereta yang walau sudah lama masih dalam keadaan baik.Itu adalah kelebihan.Dilema ingin bergaya atau bebas bebanan hutang?
Tidak melabur dengan wang pinjaman.Ramai begini.Membuat pelaburan dengan wang pinjaman.Anda perlu bayar kadar faedah tinggi dan pokok.Tapi keuntungan rendah.Disini anda tidak melabur untuk untung,tetapi untuk rugi.Sebaiknya,anda melabur menggunakan wang sendiri.Tak ada bayar balik faedah yang keluar,sebaliknya menunggu dividen masuk setiap tahun.Itu kalau anda melabur dalam unit amanah.Kalau melabur sektor lain,ia bergantung kepada situasi dan apa yang terkandung dalam dokumen perjanjian pelaburan yang anda ceburi.
Had kan penggunaan kredit kad.Rasanya kredit kad pun ada limit disetkan oleh had limit bulanan.Apakata anda had kan lagi kepada seboleh yang terdaya.Caj penggunaan kredit kad juga dapat dikurangkan dan anda ada lebihan tunai ditangan.
Langkah permulaan yang perlu anda tumpukan adalah audit segala perbelanjaan sebelum dapat menyemak dimanakah aliran yang patut dirancang atau dikurangkan atau dibatalkan saja.
Pendapatan anda tolak dengan jumlah komitmen hutang setiap bulan,kadar caj lewat bayar pinjaman sepatutnya dapat dijimatkan dengan bayar awal.Lebihan tunai dapat dijana disitu.
Sebaliknya mengikut jadual adalah terbaik.Rekod bayaran adalah penentu kepada penjimatan.Semakin lewat,semakin tinggi kadar cajnya hingga ke pada caj maksima.Boleh jadi juga mendapat surat amaran demi amaran hingga anda diperintahkan untuk membayar sejumlah tunggakan 3 bulan sekaligus!
Anda patut sediakan tunai kecemasan apabila terjadi ketidak imbangan dalam perbelanjaan dan pendapatan.Tak mungkin anda akan menjual kereta anda.Emas? ya tentu emas boleh dipajak untuk mendapatkan tunai segera.Anda tak perlu lagi membuat pinjaman bank,tapi emas itu milik anda,hanya pajak sekitar 60-70% dari nilai sebenar harga emas tersebut.Walaubagaimanapun,anda jangan lupa untuk tebus kembali emas yang dipajak.Gunakan satu item emas satu surat.Jangan pajak sekaligus 10 item emas kepada 1 surat pajak.Anda hanya dibenarkan menebus 1 surat pajak sekaligus untuk semua item tersebut.
Secara jelasnya adalah 1 surat pajak yang tercatit 10 item emas,anda tak boleh datang untuk tebus 1 item saja,9 item lagi bulan depan.Kerana 10 item tersebut telah dicamtum oleh anda sendiri dalam satu surat.Kalau anda nak tebus 1 surat pajak,dalamnya ada 10 item,10 item tersebut mesti serentak anda tebus.Sebut itu perlu asingkan surat 1item 1surat.Mudah untuk menebus item yang dipajak bila keadaan kembali stabil.Bagi yang mampu,teruskan tebus sekaligus tak ada masalah untuk melakukan perkara itu,keran itu adalah milik anda sendiri.
Minta bantuan keluarga juga adalah satu langkah yang agak baik selain tidak lagi membuat hutang di bank,bantuan adik beradik atau saudara dekat juga adalah bersifat lebih kurang.Bukan maksud tak perlu bayar,tapi lebih kepada kalau ada duit bayarlah.Kalau ada saudara,kawan-kawan macam ni,hargai mereka dengan tidak membuat mereka hilang percaya kepada anda.Tambahan pula disaat mereka juga susah,siapa lagi kalau anda juga menghulurkan bantuan?
Berhenti dari terus berhutang.Tak ada hutang,jadi apa pula langkah seterusnya? simpan? disini anda perlu amalkan konsep beringat semasa lapang sebelum susah.Anda pernah alami kesusahan,anda terpaksa merangkak keluar dari zon hutang yang beban hingga anda jatuh teruk.Simpanlah emas untuk persediaan yang tak dijangka.Hidup ini ada turun naik,kadang selesa,kadang tidak selesa.
Anda sudah alami betapa sukar untuk meminta bantuan,minta bantuan sana asyik selalu mendapat jawapan kecewa,simpan emas.Bila perlukan duit,pergi pajak.Simpan tempat selamat.Beli emas fizikal.Bukan beli emas dapat surat.Beli emas fizikal,contoh macam goldbar,syiling,cincin,itu semua kalau pergi pajak kat ar rahnu,inn shaAllah diterima.Setakat ni,minimum untuk pajak adalah 1g.Sebelum pergi hubungi dulu pejabat ar rahnu terdekat,tanya tentang apakah jenis item yang diterima untuk pajakan.Kadang-kadang ada perubahan yang kita tak tahu.Lepas pajak tu,janganlah beli benda atua belanja sakan,kita simpan dan pajak emas gunanya untuk masa-masa mustahak,kecemasan,sakit atau sebagainya,sakit sampai tak dapat pergi kerja,gaji kena potong sebab cuti sakit dah habis itu kemungkinan yang tidak dijangka akan berlaku tapi berlaku.Kalau bukan kita,orang lain yang alami,kemudian orang lain minta bantuan kita.Perkara ni pusing-pusing kat situ juga.
Bual santai ni kalau diiringi dengan pisang goreng dan teh tarik alangkah sungguh UMMP!.
Cik travelog Eka dok kongsi gambar pisang goreng.Tidakah anda nak ada masa terluang dengan keluarga?
Tapi kalau masing-masing tidak ada masa,masa pun hutang,kena kejar masa,anda akan duduk menikmati pisang goreng dan teh tarik pun bersendirian.
Saya teringat seorang Prof kimia.Saya hadiri kuliah tersebut dan beliau mengajar kami satu kelas dalam subjek kimia.
Cara beliau ajar,simple.Lain dari pensyarah yang lain.Pada awal-awal beliau mengajar kelas kami,berbudak tak tahu atau tak perasan dan menimbulkan persoalan di minda kami dalam kelas tu.
Adakah Prof dan mula mengajar atau belum lagi?Bila bertanya terus terang kepada beliau,
"Ya saya sedang mengajar,jadi tumpukan perhatian.."
Dengan gayanya yang macam tak mengajar tapi dah mula mengajar,kami pun cepat-cepat salin apa yang beliau tulis dipapan putih dan penerangan simbol-simbol kimia yang ada.Kami fikirkan beliau sekadar bual kosong tapi bualnya berisi dan masuk subjek pun apa yang diajar.
Myperunding Emas
Nota-Adalah pengalaman dan pandangan peribadi.Pandangan dan pengalaman anda mungkin berbeza dan cara menanggani juga mungkin berbeza.
Kredit Gambar-Eka
Tiada ulasan:
Catat Ulasan