Perunding Emas: Dollar Amerika Bergerak Lemah Harga Emas Lonjak Sedikit
close

2016-12-29

Dollar Amerika Bergerak Lemah Harga Emas Lonjak Sedikit

Dollar Amerika Bergerak Lemah Harga Emas Lonjak Sedikit

Dollar Amerika Bergerak Lemah Harga Emas Lonjak Sedikit
Harga Emas Pada Minggu Terakhir 2016

Harga emas melonjak tinggi sedikit kesan daripada dollar amerika yang bergerak lemah dan tumpuan pelabur ketika ini adalah kepada saham-saham murah.

Harga emas dicatatkan pada harga $1,157.20 ketika ini berbanding awal minggu lalu yang rendah.

Adakah harga emas akan kekal diatas paras $1,150.00 seaun? pada penutup sebelum cuti tahun baru dan hari minggu,pelabur kurang untuk berdagang saham-saham mewah.Dengan itu,permintaan dollar agak lemah dan kurang aktiviti.

Harga emas berpeluang untuk gunakan kesempatan ini dengan mengelak dari terus jatuh selain kekal bersaing sebagai pelaburan pilihan pelabur.

Dalam satu intrumen komoditi lain,harga emas bergerak lemah.Januari depan akan ada satu perbincangan dengan Russia dijangka membuat keputusan untuk mengehadkan pengeluaran minyak mentah bagi mengelak harga bahan bakar itu terus alami kejatuhan harga.

Ramai pemerhati pasaran menunggu keputusan itu sebelum memasuki pasaran tahun depan.

Dalam minggu ini,tidak ada berita-berita perdagangan aktif yang penting untuk memacu pengerakan harga-harga komoditi.Banyak keputusan akan dibuat pada 2017.

Harga emas secara teknikal berada pada kedudukan sokonganya iaitu $1,150.00 dan cuba untuk melepasi paras $1,160.00 hingga kalau boleh dicapai sebelum penutup cuti akhir tahun kepada paras $1,180.00.Andai kata harga emas jatuh,ia mungkin bergerak sebelum cuti akhir tahun hingga mencecah paras $1,142.60.

Harga emas akan cuba untuk menguji ketahanan pasaran jika mampu melepasi $1,180.00 untuk jumaat ini.

Atau,harga emas andai jatuh,akan cuba untuk tidak melepasi tahap sokongan kedua selepas $1,150.00 hingga ke sokongan kedua iaitu $1,140.00.

Jadi sekarang ini situasinya harga emas nak uji adakah mampu melepasi paras harga $1,180.00 seaun sebelum pasaran ditutup untuk sesi 2016.Tu menunjukan harga emas cuba nak naik sikit,kalau-kalau boleh dia naik.Bak kata orang 'Last call'.Tapi anda perlu hati-hati bimbang kalau cuba-cuba nak daki terjatuh plak saat-saat akhir 2016 ni.Kecewa minit-minit akhir ni lain sikit.

Sebelum ni kita dah sedap dengan harga sekitar $1,130.00 -$1,140.00 seaun tiba-tiba dia naik kejap pastu tak jadi naik.Godaan dia pada minit-minit akhir tinggi juga tu...tapi kalau nak cuba-cuba tu bolehlah,tak salah..tapi pandai-pandailah letak peratusan sikit cukuplah..jangan letak semua pengharapan kita tu pada 'MINIT-MINIT AKHIR PERMAINAN'.Lepas ni nak tunggu market buka lambat lagi,cuti lama kurang-kurang 3 hari.


Kenangan di pantai timur....Dok ingatkat sapa tah..
(Gambar)Kenangan di pantai timur....Dok ingatkat sapa tah..

Bagi yang masih nak cuba pasaran boleh buat macam tu.Bagi yang dah dalam mood tahun baru tu,apa azam tahun baru anda? azam saya? saya tengok diri saya sendiri,saya rasa sudah sampai masanya untuk hidup berdua....innshaAllah kalau rezeki tu sampai tahun depan tak kemana..

My Perunding Emas


Nota-Analisis adalah sekadar pandangan peribadi.Tidak mencerminkan pasaran hadapan yang sebenar.Segala risiko adalah tangungjawab sendiri.
Sumber-KitcoNews


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

© 2014 MyEmasSale | Perunding Emas. All Rights Reserved.

Website tuned by http://myemassale.blogspot.my/

Designed By My-Perunding Emas
© 2014 MyEmasSale | Perunding Emas. All Rights Reserved.

Website tuned by http://myperundingemas.blogspot.com/