Perunding Emas: Trend Harga Emas Sejak 2011
close

2016-12-28

Trend Harga Emas Sejak 2011

Trend Harga Emas Sejak 2011


Ada banyak faktor yang mendorong pengerakan trend harga emas di pasaran dunia.Bagi yang sedang mencari arah dan kedudukan sesuai bilakah masa untuk melabur emas,ulasan diatas (Dalam bahasa Inggris) memberikan beberapa panduan kepada mereka untuk memilih waktu yang terbaik berdasarkan trend.Tengok trending.Adakah ia naik?dan secara kasar,sejak 2011 ia tidak pernah melepasi angka $1500,00 seaun emas.Harga emas ketika ini dalam mood turun yang pelahan.Tak dapat dipastikan kemana atau aras mana ia akan berhenti sebelum mengalami kenaikan mendadak lagi supaya pada masa itu,anda telah bersedia dalam mood beli atau dah ada simpanan fizikal (stok emas fizikal) untuk meraih keuntungan semasa kenaikan.

Secara kasarnya,bila saya tengok graf ini dan cuba membaca ulasan diatas,menyebutkan BANYAK FAKTOR,dan sekarang lihat graf.Apa yang berlaku ketika awal-awal kemunculan atau pencetus kenaikan mendadak harga emas? saya secara peribadi memilih tragedi 11 september 2001 menyebabkan pelabur mula mencari emas sebagai medium pelaburan utama selepas kejatuhan pasaran dan kebimbangan di Amerika Syarikat berlaku susulan peristiwa 'Terancangan' tu.Dengan Geoge Bush yang buat kenyataan mengelirukan tentang 11 september membuatkan timbul keraguan adakah Amerika Syarikat sendiri yang merancang serangan tersebut sebelum menunding jari kepada Timur Tengah?Itu menjadi pertikai di seluruh Amerika Syarikat sendiri.

Selepas itu,harga emas melabung tinggi kerana keyakinan dalam pasaran komoditi mula menarik perhatian.Pada tahun 2011,tak dapat dipastikan kenapa harga emas menjunam kebawah.Mungkin beberapa pakej pemulihan ekonomi di Amerika Syarikat mula menarik pelabur untuk ke negara itu semula selepas sentimen kebimbangan yang tinggi disebabkan runtuhnya WTC pada 2001.

Tahun 2017 juga dilihat akan menjadi saingat sengit antara emas dan dollar amerika.Dengan ura-ura kadar faedah akan naik sebanyak 3 kali juga hangat diperkatakan.Turut alami nasib sama adalah kejatuhan item komoditi lain iaitu minyak.Minyak di pasaran komoditi dunia mengalami detik kejatuhan hingga para pengeluar terpaksa buat langkah drastik bagi bendung kejatuhan lebih teruk.

Adakah pasaran komoditi lain akan turut alami kesan sama?Tak dapat dipastikan.Boleh jadi ya boleh jadi tak.Banyak faktor.

Sekarang,harga emas telah bergerak dibawah paras sokong $1200,dan berlegar-legar sekitar $1,135.00 hingga $1,146.00 seaun.Saya menjangkakan ia berlegar sekitar tidak kurang $1,150.00 hingga akhir tahun ini tapi ia melepasi paras tersebut dan terendah dicatatkan baru-baru ini adalah $1,127.30 seaun.

Harga emas boleh mencecah lebih rendah lagi dari $1050.00 kerana beberapa sebab yang kuat.Dan kerana itu,perlu memahami dan berhadapan risiko tinggi andai kata harga emas mengalami penurunan berterusan melewati paras tersebut.Sebagaimana harga naik mendadak,ia juga boleh juga boleh turun.

Sejujurnya,saya menyukai harga emas turun lebih rendah dari $1050.00 kalau boleh lebih banyak lagi bagus.Kerana saya berpeluang menambah bilangan pembelian keatas stok emas sebelum harganya meningkat naik.Saya menetapkan analisis jangka panjang,iaitu perlunya kepada harga yang tidak tinggi andai mahu mendapatkan lebih pulangan apabila tempoh masa kenaikan itu berlaku dan dirasakan berterusan.Secara peribadi,tahun 2017-2018,saya fokus kepada pembelian untuk menambah simpanan aset dalam emas fizikal.Manakala tahun 2019-2020 adalah tahun dijangkakan sebagai tahun yang harga emas hari ini sebagai kenangan lama apabila harga mencecah rm500 setiap gram.Itu adalah jangkaan jangka panjang sebab-sebab dan faktor kenapa saya memilih harga emas lebih baik rendah tahun 2017-2018 berbanding memperolehi pulangan yang naik turun saja.

Sukar untuk dikatakan dan digambarkan sebenarnya kerana berkaitan dengan perkara yang diluar kawalan.Tapi jangan terlalu menaruh harapan tentang pulangan besar secara 100% yakin,tetapi perlu lebih bersikap berhati-hati kerana dalam hal harga,kita tak dapat kawal harga yang diparasan dunia.

Apa yang kita inginkan adalah harga emas naik,tapi apakah kita sudah cukup simpanan aset emas? andai kata simpanan emas kita tersebut telah dirasakan cukup,cuba kita nilaikan atau tafsirkan berapa lamakah kita mampu bertahan untuk aset yang dimiliki.Contoh begini.

[Nilai aset vs tempoh bertahan dengan nilai aset]

Berapa lama aset tersebut dapat menampung hidup kita? sebulan? 12 bulan? 24bulan? 

Dari situ anda dapat lihat sejauh mana anda masih perlukan harga emas tersebut tidak tinggi.Melainkan anda miliki segudang emas,yang cuma anda perlu tunggu adalah menjual pada harga tinggi.

Anda masih perlukan emas dalam harga rendah kerana anda juga adalah pembeli.Seterusnya membuat tafsiran berapa lamakan anda mampu bertahan dengan aset tersebut?ini anda perlu buat kira-kira untuk keperluan hidup yang mustahak saja kerana aset yang ada terhad.Kalau harga emas meningkat,anda mungkin tidak berpeluang lagi untuk membeli dalam kuantiti sekarang,boleh jadi 1gram pun kalau harga telah mencecah rm500/g,kita tidak mampu untuk membeli ketika itu.

Ada banyak analisis yang saya ikuti tentang harga emas pada masa akan datang,secara singkat dari segi analisisnya,harga emas sangat berkait rapat dengan antara satu sama lain.Ada satu analisis menyebutkan ketika dollar meningkat,emas mengalami penurunan.Sekarang anda mengetahui tentang itu kerana itulah terjadi.Bagaimana dimasa akan datang?adakah memang itu trendnya iaitu setiap kali emas jatuh,dollar meningkat?saya sendiri cuba fikirkan macam mana indikator ni terjadi.

Kalau berbalik kepada awal-awal sejarah dollar amerika,dulu dollar amerika ini diikat dengan emas.Sekarang tak lagi.Menjadikan emas dan dollar saling bersaing turun naik.Apabila dollar meningkat,pelabur akan menyimpan dalam dollar dengan melabur sektor berkaitan dengan dollar.Begitu juga sebaliknya.Kekuatan dollar adalah ekonomi Amerika Syarikat,apabila ekonomi Amerika Syarikat memacu tumbuh,matawang dollar juga akan semakin kukuh dan mendorong pelabur untuk memilih dollar berbanding emas.Inilah jangkaan tahun 2017,Presiden Amerika Syarikat tentu berusaha untuk memacu ekonomi negaranya sekaligus memberi rasa yakin kepada pelabur.Ini akan memberikan kesan sedikit kepada sektor komoditi.

Dengan itu,saya gunakan peluang itu sebagai tahun untuk menanam modal,itupun kalau ia masih dalam harga rendah.

Baik.Perkara anda kena fokus adalah HARGA SEMASA dan HARGA JANGKAAN YANG TINGGI.Harga semasa turun dan naik.Harga jangkaan tertinggi tu bila harga emas akan mencecah paras tertinggi.Contoh 2020 harga emas cecah rm500/g.Sebelum tahun tu,fokus untuk simpan aset emas secukupnya dan tafsirkan berapa aset tu dapat bertahan untuk keperluan hidup anda.Kalau cukup 5 tahun itu saya rasa sangat baik.Saya pun belum mampu menampung selama tu.Sebab tu saya pilih apa tertulis diatas.Pendek kata,cukupkan dan tafsirkan berapa lama aset dapat menampung kehidupan kita sebelum segalanya menjadi tinggi dengan kos.

Nota-Sekadar pandangan peribadi.Tidak mencerminkan jaminan pasaran dan jangkaan adalah yang ditulis benar tentang ekonomi dan harga pasaran jangka masa depan.Amalkan pengurusan kewangan yang bijak.

Sumber Analisis-Marketslant


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

© 2014 MyEmasSale | Perunding Emas. All Rights Reserved.

Website tuned by http://myemassale.blogspot.my/

Designed By My-Perunding Emas
© 2014 MyEmasSale | Perunding Emas. All Rights Reserved.

Website tuned by http://myperundingemas.blogspot.com/