Merangka Plan Arah Pelaburan
Antara jenis-jenis pelaburan yang boleh dimanfaatkan dengan pulangan balik berdasarkan modal yang anda ada.
Pertamanya kalau anda miliki tanah.Anda modal.Dua perkara penting adalah modal dan tanah.Kemudian baru fikir perkara seterusnya iaitu pengetahuan dalam mengurus tanah dan dana modal.Itu penting.Sebab kita akan urusan aliran keluar masuk tunai modal.Yang ini memelukan modal yang
besar.Untuk membersihkan tanah sebelum diusahakan tanah-tanah tersebut daripada semak samun,belukar,ketidak rataan tanah.Ini pengalaman saya bila melihat petani dan penternak membersihkan tanah mereka untuk meratakan tanah,mendirikan pagar,memasang beberapa alat atau peralatan lain (lampur,tambah elektrik,pergi pejabat tnb berbincang tentang elektrik.pengaliran air dan sebagainya)ditanah tersebut,mengukur dan macam-macam kos keluar mengalir macam air.Kos upah jentolak,potong pokok dan sebagainya tu begitu tinggi.Tapi demi usahakan tanah-tanah yang ada,sanggup mengeluarkan modal yang besar.Hasilnya akan diperolehi setelah semua itu dapat dilalui dengan penuh cekal.Ini bagi orang yang ada tanah dan modal.Dia boleh buat semua.
Kedua perternakan.Mirib dengan diatas.Cuma ada tanah atau tak saja.Kalau ada teruskan.Selalunya tanah ini hanya terhad di kawasan-kawasan luar bandar.Kawasanya luas sesuai untuk pertanian dan perternakan.
Bagi yang tinggal di bandar-bandar,penyediaan tanah untuk dua jenis perusahaan itu sungguh terhad,hampir-hampir tak ada.Banyak tanah dibangunkan untuk projek-projek infrastruktur kemudahan dan kediaman selain dalam bidang komersil lain.
Jadi pilihan yang anda anda lebih kepada join-venture atau berulang alik dari bandar keluar bandar untuk menjenguk tanah anda.Ini bagi yang tak ada tanah.Memang tinggal dibandar.Atau tanah yang ada semua dah jual kerana tidak ada siapa nak urus tanah.Jadi ada modal saja,tanah tak ada.Anda boleh melabur dalam bidang lain.
Join-venture tu macam kita melabur dalam sektor pertanian dan perternakan milik orang lain.Kira macam modal kita tu kita laburkan bersama-sama dengan pemilik ladang atau kebun mereka.Jadi pulanganya berdasarkan apa yang terkandung dalam dokument hitam putih.Memang akan ada dokument perjanjian kat situ.Saya ada pengalaman join-venture dengan seorang yang menjalankan perniagaan dalam perternakan.Mengimport kambing dari luar dan menjualnya di dalam negara.Memang baka importlah dan ada juga risikonya iaitu kambing mati semasa dalam jagaan kita.Tapi pulanganya sangat memuaskan hati saya.Alhamdulillah,saya bercadang untuk menambah jumlah pelaburan saya disitu.Kerana yakin dengan pasaran.Kita menjual sesuatu yang bersifat nyata,fizikal,yang ada permintaanya.Saya tak perlu untuk mempromosi perniagaan itu,kerana permintaan begitu tinggi dikawasan itu untuk aqiqah dan korban.Maksudnya saya,perniagaan itu ada ladangnya,ada kambingnya,orang boleh pergi melawat,ada sijil halalnya,ada perakuan pendaftaran perniagaan,proses-prosesnya dah lama bertapak,sebut itu saya melabur disitu,tapi bukan semua,sebahagian lagi saya gunakan dalam sektor metal atau logam emas.Sebab saya tak ada tanah untuk diusahakan.Itu saja pilihan saya ada.Saya mana ada duit nak beli tanah.Lepas beli tanah kena juga keluar duit modal untuk buat kandang beli itu ini.Bagi modal yang cukup-cukup makan,memang siap separuh jalan kalau kos tiba-tiba melambung tinggi.Kerana itu,saya melabur dalam sektor atau perniagaan yang bertapak kukuh.Perniagaan yang sudah lama bertapak,dan ada permintaan yang tinggi,anda labur disitu,inn shaAllah pulangan memuaskan.
Yang ketiga kalau tak ada tanah tapi ada modal,melabur dalam emas atau join-venture.Macam saya tulis kat atas.Uruskan modal.Pilih perniagaan yang kukuh,diiktiraf,ada perakuan perniagaan,ada permintaan,teruskan menjadi pelabur disitu.Emas juga bersifat fizikal.Anda boleh lihat,boleh sentuh,boleh pindah-pindah emas tu,sebab ia milik anda.Kalau kambing tak boleh lah buat macam tu,pindah-pindah,pengsan dia nanti.Tempat dia dikandang,setakat melawat,bagi makan,itu bolehlah.Emas lain.Anda boleh simpan tempat selamat yang rahsia atau menggunakan khidmat peti simpanan di bank-bank atau pejabat pos ar rahnu.Kadar upah simpan juga rendah.
Banyak lagi jenis-jenis perniagaan yang boleh kita melabur disitu untuk mengembangkan dana tunai kita dan memberikan pulangan yang baik.
Tapi yang boleh kita kawal sendiri adalah emas fizikal.Ladang ternakan pemiliknya yang kawal selia,kita tak boleh kawal,kita pun tinggal jauh.Pemilik ada perkerja yang uruskan.Sementara tu kita cuba uruskan hal yang kita boleh kawal dan urus.Lihat bagaimana kita menguruskan pelaburan kita sendiri.Jangan sesekali melabur dalam skim cepat kaya.Skim cepat kaya ni kita bagi orang lain uruskan dana kita.Perniagaan apa pun kita tak tahu.Tahu-tahu menjanjikan pulangan yang lumayan.Akhirnya lesap.Kenapa mereka yang ada dana modal tak pergi bertanya kepada tuan-tuan ladang tentang pelaburan bersama?iaitu anda sebagai pelabur mengatakan minat untuk melabur di perniagaan milik mereka? saya rasa mereka sudi mendengarkan minat anda.Ada modal jalan.Itu yang saya biasa dengar.
Atau anda boleh mencuba menyimpan emas sebagai aset simpanan tetap kalau telah ada perniagaan sedang diusahakan atau belum pernah mencuba memiliki emas fizikal sebagai aset.Tak perlu beli dalam kuantiti besar,cukup dengan 1g.Boleh melalui fasa percubaan.Kalau berlaku apa-apa pada ekonomi,kita sudah ada emas untuk langkah berjaga-jaga terutama kalau berlaku kemelesetan ekonomi,hilang perkerjaan,hilang pendapatan,emas yang kita simpan itulah jadi penyambung sumber pendapatan dengan cara pajak atau jual.Saya rasa pajak lebih baik berbanding jual.Anda tentu tak nak semua emas anda itu dijual,sebaliknya ada fungsi di kemudian hari.
Saya percaya,apabila anda telah memasuki usia 30an-40an,anda sudah mula memikirkan tentang pendapatan yang tetap dan kukuh,stabil dan jangka panjang.
Cara terbaik adalah anda mula mengumpulkan dana dan rancang jenis pelaburan yang ada rasakan
terbaik untuk ada.Anda perlu dapatkan perbincangan dan nasihat tentang modal anda itu.Anda perlu memahami risiko dan selok belok perniagaan,anda perlu memahami hal tentang pasaran dan sebagai.Banyak perlu diterokai tentang perniagaan ini.Selebih itu ada usaha kita takawal,inn shaAllah.
My Peruding Emas
Nota-Tulisan adlaah sekadar pandangan peribadi.Tidak menjaminkan apa keuntungan atau mencerminkan
pasaran masa depan.Risiko dana anda adalah tanggung jawab anda.Amalkan pengurusan kewangan yang bijak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan