Nampak pengguna kad bank dalam dilema.Nak tukar atau tak tukar.Kalau dirujuk kepada sistem yang kebanyakan bank akan beralih kepada sistem keselamatan yang lebih cekap berbanding sebelumnya.Seseorang yang sebelumnya berasa kurang yakin menggunakan kad debit,boleh jadi menjadi yakin apabila pengantian kad dilakukan seiring langkah-langkah peningkatan ciri-ciri keselamatan yang diperkenalkan kepada kad baru.
Bank Negara Malaysia juga ingin mengulangi kenyataan sebelum ini bahawa inisiatif semasa perpindahan kepada kad pembayaran berasaskan PIN untuk transaksi di terminal POS adalah bagi meningkatkan keselamatan dan melindungi kepentingan pemegang kad. Oleh itu, orang ramai tidak harus menangguhkan penggantian kad mereka.
Orang ramai boleh menggantikan kad ATM dan kad debit mereka di bank masing-masing secara percuma. Kad ATM di Malaysia yang juga dapat digunakan sebagai kad debit membenarkan pemegang kad membuat bayaran di terminal POS. Orang ramai yang belum menggantikan kad ATM mereka boleh terus menggunakan kad mereka yang sedia ada untuk membuat pengeluaran wang tunai di ATM. Berhubung dengan penggunaan kad ATM sebagai kad debit untuk transaksi pembelian di terminal POS, bank-bank dikehendaki memberikan notis yang sewajarnya dan tempoh masa yang mencukupi kepada pemegang kad untuk menggantikan kad sebelum mengambil langkah tidak menerima kad sedia ada untuk transaksi seperti itu.
Bank-bank telah secara beransur-ansur menggantikan kad berasaskan tandatangan pelanggan mereka dengan kad berasaskan PIN dan menyasarkan pelaksanaannya selesai menjelang 1 Januari 2017. Ini akan memberi pemegang kad tempoh selama enam bulan untuk menyesuaikan diri dengan penggunaan kad berasaskan PIN di terminal POS peniaga. Berkuat kuasa 1 Julai 2017, semua transaksi kad pembayaran yang dibuat menggunakan kad pembayaran yang dikeluarkan di dalam negeri di terminal POS di Malaysia hanya boleh diselesaikan secara memasukkan PIN. Pengesahan tandatangan tidak lagi akan digunakan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan