Perunding Emas: Analisis Susulan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat Menaikan Kadar Faedah
close

2016-12-17

Analisis Susulan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat Menaikan Kadar Faedah

Analisis Rizab Persekutuan Amerika Syarikat Menaikan Kadar Faedah sejak beberapa hari ini telah banyak memperngaruhi bukan sahaja matawang bukan dollar (USD),tetapi pasaran komoditi turun terkena tempias yang memberikan kesan terhadap pasaran komoditi seperti emas.

Tahun 2016,menyaksikan rizab persekutuan amerika menaikan kadar faedah seperti yang diharap-harapkan ramai pihak dan dianggap satu langkah bijak dalam memacu permulihan ekonomi amerika syarikat itu sendiri.

Menyubur Dan Melindungi Aset
Menyubur Dan Melindungi Aset

Dengan keyakinan terhadap pemulihan ekonomi amerika syarikat yang dijangka lebih baik berbanding sebelum keputusan kenaikan kadar faedah dibuat,para pelabur telah mula berkira-kira untuk menumpukan pasaran di amerika syarikat sebagai langkah prospek pelaburan yang lebih baik lagi.

Ini sekaligus akan mengalihkan tumpuan minat dari pasaran komoditi seperti emas ketika ini,apabila pelabur-pelabur global mula melihat ada potensi cerah di amerika syarikat dan mengalihkan pelaburan mereka menuju pasaran amerika syarikat.Ini menjurus kepada peningkatan permintaan atau kadar tukaran matawang asing dengan dollar amerika.Kesan ini akan memberikan kelebihan kepada dollar amerika apabila secara globalnya,pelabur mula beralih ke pasaran amerika.

Dalam tahun 2017,rizab persekutuan amerika dijangkakan akan membuat satu lagi keputusan untuk menaikan kadar faedah.Pada tahun 2017,diramalkan akan terdapat beberapa lagi kenaikan kadar faedah untuk terus menarik pelabur sekaligus kekal di pasaran amerika syarikat.

Andai kata,ekonomi amerika syarikat kukuh,adakah kesan pengukuhan itu terhadap pasaran komoditi akan meningkat ? agak sukar untuk membuat analisis sebegitu,tapi,dalam segi lain,kadar usd akan menjadi kuat.

Andai kata harga emas masih kekal lemah tahun 2017 susulan kenaikan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan Amerika berlaku,kita masih berpeluang untuk terus menanam modal di tahun tersebut dan menjangkakan tahun berikutnya,harga emas tidak akan menemui lagi harga lebih rendah sesudah tahun 2017.Bagaimana cara akan anda gunakan bagi melindungi aset emas ada ?

Tahun 2020 adalah tahun dimana ramai pakar beranalisis bahawa,harga emas bakal mencapai paras lebih tinggi dalam sejarah.Jadi,sementara harga emas dalam keadaan lemah,kita jinakan emas itu dengan dijadikan aset persediaan berhadapan dengan tahun 2020.Ini adalah bentuk persediaan jangkaan berdasarkan analisis.Bukanlah satu jaminan harga emas betul-betul akan mencecah rm503 setiap gram,paling tidak pun,kita ada harga berharga dalam aset untuk menghadapi saat-saat kecemasan.

Kita jangan tetapkan pada satu matlamat,sebaliknya satu matlmat dapat bagi banyak manfaat.Melindungi aset tersebut adalah memastikan manfaatnya tetap berlaku pada sisi atau sudut yang lain.

Kalau kita tetapkan simpan emas hanya untuk untung,matlamat hanya terhad kepada untung.

Kalau tetapkan matlamat kepada banyak manfaat,inn shaAllah,banyak manfaat boleh diperolehi.

Tak terfikir manfaat pada satu matlamat ? Simpan emas boleh pergi haji.Simpan emas boleh bayar hutang ptptn,hutang lain-lain kalau ada.Boleh dipajak sementara waktu kalau ada kecemasan yang memelukan tunai segera di Ar-Rahnu pajakan emas.Bukankah banyak manfaat selain kegunaan untung ? 

Banyak lagi sebenarnya fungsi emas ini.Kalau dalam sektor pembuatan,emas boleh dibuat bahan seperti komponen elektronik walaupun dalam penggunaanya cuma beberapa milimikron kecil.Mikro ni unit ukuran kecil.

Selepas ini,kita boleh memikirkan tentang manfaat-manfaat menyimpan emas mengikut cara kita sendiri dan keperluan kita.Bukan lagi sekadar satu manfaat.Tapi banyak manfaat.

My Perunding Emas

Nota-Pendapat peribadi dan mungkin berbeza dengan kedudukan kewangan individu yang lain.Amalkan pengurusan kewangan yang bijak.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

© 2014 MyEmasSale | Perunding Emas. All Rights Reserved.

Website tuned by http://myemassale.blogspot.my/

Designed By My-Perunding Emas
© 2014 MyEmasSale | Perunding Emas. All Rights Reserved.

Website tuned by http://myperundingemas.blogspot.com/