Perunding Emas: Memikir Jangka Panjang
close

2017-01-04

Memikir Jangka Panjang

Memikir jangka panjang sebelum membuat keputusan adalah faktor penting dalam memberikan kekuatan pada setiap keputusan.

Secara luaran dan kasarnya,aspek pemikiran jangka panjang ni membantu dalam membuat keputsan baik.

JALAN SEHALA ATAU DUA HALA

Dalam membuat keputusan,kita perlu untuk memilih jalan sehala atau dua hala.Kalau pilih jalan sehala,sudah pasti tidak dapat melalui jalan sama untuk balik.

Jadi,memikirkan jangka panjang bantu seseorang untuk balik.

Saya suka membaca analisis-analisis seperti 

A Bird's Eye View Of The Economy In 10 Charts

Don't Get Fooled By The Dead Cat Bounce In Gold

2017 Starts off with a Bang 

untuk melihat struktur pasaran luar berbanding memikirkan keuntungan.Potensi-potensi pasaran dan kesan-kesan negatif pasaran.Semua ni agak sedikit bagi kesan tempoh jangka pendek atau panjang.

Contoh adalah membandingkan kekuatan dollar dan emas,emas dan minyak,minyak dan dollar.Faktor lain seperti isu brexit dan hangat ketika ini adalah isu fed atau rizab persekutuan amerika juga membuat harga emas agak terpengaruh.Dasarnya walaupun tak dituju secara langsung,tapi dengan kuasa permikiran yang panjang,rupanya memang bagi kesan juga kepada logam emas di pasaran komoditi.

Memikir Jangka PanjangJangka panjang pula adakah isu kenaikan kadar faedah oleh rizab persekutuan akan mempengaruhi harga emas dunia dan kalau ia berlaku sejauh mana kekuatanya? berapa lama tempoh kekuatan itu berlaku?

Kita perlu untuk membuat keputusan yang selesa dan baik walau tak tepat,tapi ada persediaan berdepan dengan ketidak tentuan pasaran.Contoh,ketika berlaku krisis ekonomi,apakah tindakan kita atau keyakinan kita pada pasaran? 

Contoh lagi seperti harga emas akan diramal mencecah rm503/g pada tahun 2020.Ini satu ramalan jangka panjang,dan banyak analisis yang saya yang ditulis oleh pakar-pakar analisis dari serata dunia mengatakan harga emas untuk tahun 2019-2020 akan menjadi lebih tinggi mencecah $1,900.00 seaun.Boleh baca tentang analisis semasa disini harga TREND HARGA EMAS SEJAK 2011 

Kerana itu juga,saya berasa agak yakin tentang (keyakinan peribadi tidak mencerminkan keyakinan anda) harga emas boleh bergerak sekitar rm300-rm400/g pada tahun 2019-2020 atau lebih tinggi.Secara peribadi saya membuat ukuran analisis ni dari perbagai sudut sama ada luar dari ekonomi,geopolitik,cuaca,geografi,sejarah dan beberapa fakta berdasarkan islam.Dan banyak lagi dapat kita kaitkan dengan logam emas ni.

Secara jelasnya,logam emas adalah logam yang diterima diseluruh dunia.Bentuk fizikal emas tu sendiri berbeza tapi nilainya berharga walau berat dan saiz berlainan selagi mana ia emas tulen ia diterima.

Sekali lagi menyentuh tentang jangka panjang.Pada satu tahap,emas adalah satu-satunya medium matawang yang diterima selain perak (dirham) untuk berjual beli.Pada masa sekarang mungkin ada matawang sendiri disetiap negara,tapi nanti,tidakah dunia pada masa itu akan mengkaji balik matawang mereka kemudian memilih emas sebagai matawang? (sekadar pandangan peribadi).

Memikir Jangka PanjangBanyak lagi untuk difikirkan sebenarnya tentang akan datang.Emas itu sendiri pada hari ni begitu banyak tentangan dan saingan dari perbagai item komoditi dan matawang.Satu lagi faktor adalah emas tu sendiri menjadi item komoditi,oleh kerana itu,ia di dagangkan harganya menjadi turun naik.Pada satu tahap,ia tak akan dapat didagangkan kecuali emas dengan emas,perak dengan perak

kerana memang semula jadinya begitu.Emas akan balik kepada sifat semulajadinya begitu juga dengan perak.Tapi sekarang ini antara logam yang menjadi pilihan pelabur adalah seperti platinum dan palladium.

Tapi kedua-dua logam itu pasti tidak dapat menyaingi Emas sebagai dinar,dan perak sebagai dirham bila emas dan perak telah menemui sifat semulajadinya balik.

My Perunding Emas

Nota-Adalah pandangan peribadi tidak mencerminkan potensi sebenar masa depan pasaran.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

© 2014 MyEmasSale | Perunding Emas. All Rights Reserved.

Website tuned by http://myemassale.blogspot.my/

Designed By My-Perunding Emas
© 2014 MyEmasSale | Perunding Emas. All Rights Reserved.

Website tuned by http://myperundingemas.blogspot.com/