Perunding Emas: Harga Emas Melonjak Susulan Isu Brexit
close

2017-01-17

Harga Emas Melonjak Susulan Isu Brexit

Harga Emas Melonjak Susulan Isu Brexit,Hedge Fund,serta Pelantikan Donald Trump sebagai presiden Amerika Syarikat.


Harga Emas Melonjak Susulan Isu Brexit

Beberapa isu utama mendorong harga emas bergerak tinggi berbanding minggu lalu ekoran pembelian emas sejak 9 minggu oleh Hedge Fund memberikan potensi harga emas diniagakan tinggi selain pelantikan Donald Trump sebagai presiden Amerika Syarikat yang baru masih belum reda.

Isu yang sekali lagi timbul ketika ini adalah kebimbangan terhadap brexit masih memberikan rasa pentingnya memiliki emas iaitu kebimbangan terhadap matawang euro dan pound sterling.

Walaubagaimanapun,harga emas boleh pada bila-bila masa kembali melemah hingga keparas $1,178.00 seaun berbanding sekarang melebihi $1,200.00 seaun sekiranya isu ini tidak memberikan kesan besar kepada matawang utama dunia.

Apabila timbul satu isu melibatakan negara,biasanya terkesan adalah matawang,jadi kerana itu ramai memilih emas sebagai aset penyimpan nilai atau pelindung nilai sementara menunggu masalah dapat dipulihkan seperti sediakala.

Jadi isu menarik pada minggu ini adalah

Hedge Fund
Donald Trump
Brexit

Manakala,isu Fed atau rizab persekutuan amerika dengan kadar faedahnya belum lagi timbul,saya jangka mereka akan melihat keadaan di eropah yang sedang hangat dengan brexit sebelum hadir dengan kadar faedah mereka untuk tahun 2017.Jadi,ini akan memberikan kesan kepada dollar dan harga emas.

Isu brexit bagi emas bernafas setelah isu kenaikan kadar faedah oleh rizab persekutuan.Tapi isu brixit ni adalah sementara.Sesudah isu ini ada 2-3 lagi isu yang akan dibawakan oleh FED atau rizab persekutan amerika.

My Perunding Emas.

Nota-Adalah pandangan penulis dan tidak mencerminkan pasaran hadapan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

© 2014 MyEmasSale | Perunding Emas. All Rights Reserved.

Website tuned by http://myemassale.blogspot.my/

Designed By My-Perunding Emas
© 2014 MyEmasSale | Perunding Emas. All Rights Reserved.

Website tuned by http://myperundingemas.blogspot.com/