Perunding Emas: Analisis Harga Emas Minggu Bulan Mei 2017
close

2017-05-01

Analisis Harga Emas Minggu Bulan Mei 2017

Harga Emas mingguan bulan mei kita mulakan dengan harga emas berada pada paras $1262.51.Selepas hampir-hampir untuk cuba melepasi paras $1300.00 bulan lalu,iaitu bila harga emas pada bulan april 2017 mencatatkan potensi untuk naik bila berada pada paras $1289.00 seaun emas di pasaran dagangan dunia.


Analisis Harga Emas Minggu Bulan Mei 2017
Graf Terbaru Hingga Setakat 1 Mei


Seperti dijangka dalam analisis sebelum ini,pada pertengahan tahun,harga emas berada tahap yang tinggi,sebelum turun sikit pada hujung tahun pada kebiasaan analisis saya setakat ini.




Analisis Harga Emas Minggu Bulan Mei 2017
Graf yang lebih lama

Oleh kerana harga emas akan memasuki zon pertengahan di tahun 2017,saya menganalisiskan harga tetap berada pada paras sekitar $1250.00 seaun hingga $1300.00 seaun sebelum memasuki hujung tahun 2017 ni.

Harga emas untuk pertengahan tahun lebih rancak dari awal tahun dan hujung tahun.Tempoh ini banyak faktor dan kontrak-kontrak baru diwujudkan untuk jual beli selain faktor-faktor geopolitik yang memang bagi kesan tidak langsung.Yang terbaru isu nuklear korea utara yang akan bagi kesan kepada harga minyak,dollar dan emas.3 item ini adalah yang utama.

Cuma fokus kita kepada emas saja.Sebab nak simpan minyak,tak cukup ruang.Nak simpan dollar? dollar pun terkesan.Nak simpan emas?boleh sebab kalis inflasi.Paling sesuai adalah menyimpan aset dalam emas.

My Perunding Emas

Nota-Analisis adalah jangkaan peribadi dan tidak mengambarkan potensi dan jaminan akan datang.Amalkan pengurusan ekonomi anda dengan bijak.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

© 2014 MyEmasSale | Perunding Emas. All Rights Reserved.

Website tuned by http://myemassale.blogspot.my/

Designed By My-Perunding Emas
© 2014 MyEmasSale | Perunding Emas. All Rights Reserved.

Website tuned by http://myperundingemas.blogspot.com/