Perunding Emas: Oktober 2016
close

2016-10-02

Cara Daftar Perniagaan Online Di SSM Terbaru

Daftar Perniagaan Online Di SSM Terbaru

Untuk bakal pemilik peniagaan online baru,sekarang ssm dah tak guna lagi sistem E-Lodgement.Sekarang menggunakan sistem baru iaitu Ez-Biz online.So saya sertakan sedikit interaksi saya dengan admin page rasmi ssm (page fb ssm).Bagus juga ada laman sosial macam ni,respond pun cepat hehe.

Soal-Jawab

Daftar Perniagaan Online Di SSM Terbaru
Soalan-Assalam admin.Kt sini ke kita nk reg bis online? sy nk reg biz online secara online bgaimana? sy dh gi laman ssm tpi x fhm kt mne nk klik.dh research tpi hasil reseach kata crik E-logde x jumpe pun.

Jawapan-Tuan bole layari ezbiz.ssm.com.my utk keterangan lanjut. Untuk maklumat tuan perkhidmatan elodgement telah ditamatkan pada Mac 2016 yg lepas. Tq.

Ok,sekarang kita cuma pergi ke laman www.ssm.com.my/ms dan carilah Ez-Biz di sebelah tangan kanan ada.Ada tulis Ez-Biz tu klik.Kalau tak jumpa terus je pergi sini senang mudah saya bagi link ezbiz.ssm.com.my sama je sebenarnya.

Pastu macam biasa daftar untuk kali pertama dengan klik sign up (kaler hijau tu untuk kita sign up untuk kali pertama).
Daftar Perniagaan Online Di SSM Terbaru


Lepas itu akan ada macam borang untuk diisikan oleh pemohon.Jangan lupa akaun email pun kena gak lah ada,senang nanti pihak ssm nak send email apa-apa ke makluman.So selalulah bila lepas buat register kat ez-bis online tu pergi check email untuk tengok ada tak email dari pihak ssm.Kalau dapat email kata follow-up ke kauner ssm terdekat,maka kita pergilah mengesahkan diri dan status pendaftaran itu kita yang lakukan,bukanya robot.Cuma sekali sahaja hadir ke kaunter untuk proses pengesahan pendaftaran perniagaan online,pilihlah mana-mana cawangan paling dekat dengan kita.

Sekiranya tuan adalah kali pertama menggunakan ezbiz, tuan perlu hadir ke kaunter SSM utk tujuan pengesahan ID dan pengesahan pemilik sebenar bagi mengelakkan sebarang penipuan. Selepas itu tuan tidak lagi perlu ke kaunter sekiranya membuat pendaftaran perniaagaan yg baru atau pembaharuan perniagaan pada masa2 akan dtg. Hadir hanya sekali seumur hidup. Terima kasih.

Kalau kita dah check email masih belum dapat pemberitahuan mengenai pengaktifan akaun kita di ez-biz online lebih 3 hari berkerja,boleh lah call di SSM Hotline at 603-7721 4000.Boleh tanya pada mereka.Mungkin permohonan tak lengkap atau email salah,atau nombor salah,atau sebelum ini kita pernah register nama sama tapi lupa,boleh tanya untuk dapatkan kepastian.

Kalau kita sudah dapat email dari ssm memberitahu agar kita pergi ke mana-mana kaunter ssm terdekat,pergilah,dia ada tempoh 14 hari dari tarikh email dihantar.Jangan lupa dengan mykad,salinan email yang dihantar.Dalam email tu ada nombor rujukan untuk mereka lakukan proses pendaftaran dan pengesahan yang kita perlukan.Jadi,bawa bersama-sama kita.Print di kertas A4 bila dikaunter beri mereka apa yang diminta.Kalau luput dari tempoh itu,saya pun Allahualam,tak tahu,boleh call mereka sama ada pendaftaran batal dan kena daftar balik yang baru atau macam mana.

Yuran ?

Fi Pendaftaran 


1. Perniagaan pemilikan tunggal menggunakan nama sendiri seperti di kad pengenalan – RM30.00 
2. Perniagaan pemilikan tunggal atau perniagaan perkongsian menggunakan nama tred - RM60.00 
3. Pendaftaran cawangan – RM5.00 setiap cawangan 
4. Cetakan Maklumat Perniagaan – RM10.00 

Yuran daftar perniagaan berbeza dengan persendirian banding perkongsian.


Klik Untuk Panduan pendaftaran 

Jadi itu saja dapat saya kongsikan mengenai daftar perniagaan online dengan ssm terkini.
Read More
© 2014 MyEmasSale | Perunding Emas. All Rights Reserved.

Website tuned by http://myemassale.blogspot.my/

Designed By My-Perunding Emas
© 2014 MyEmasSale | Perunding Emas. All Rights Reserved.

Website tuned by http://myperundingemas.blogspot.com/